Saturday, December 13, 2008

Liverrpooll...liverpoollllllll


Liverpool atas landasan betul - Benitez
LIVERPOOL - Rafael Benitez percaya Liverpool berada di landasan betul untuk mengukir kejayaan musim ini jika mereka berupaya berada di puncak liga ketika Liga Juara- Juara Eropah berehat selama dua bulan.


Berjaya melayakkan diri di tempat pertama pada peringkat kumpulan selepas menang 3-1 ke atas PSV Eindhoven di Belanda, Selasa lalu, pasukan Benitez seterusnya akan berdepan dengan Hull City di Anfield hari ini.
Penolong khas Rafael Banitez

Chelsea yang tidak bermain sehingga Ahad ini membolehkan Liverpool menjarakkan kedudukan dengan perbezaan empat mata di puncak liga jika berjaya menang dalam perlawanan pertama di antara dua kelab tersebut sejak 49 tahun.


Ini adalah peluang untuk Benitez mendorong pemainnya supaya tidak mempersiakan peluang jika Liverpool mahu memenangi kejuaraan liga buat pertama kali sejak 19 tahun.
''Kami telah melayakkan diri ke peringkat seterusnya dalam saingan Eropah, kami berada di puncak liga dan sekarang kami boleh menumpukan kepada saingan di peringkat domestik.
''Kami mempunyai peluang hampir tiga bulan untuk menumpukan kepada saingan Liga Perdana dan Piala FA. Kami mahu kembali beraksi di peringkat Eropah tahun depan dengan masih berada di puncak liga.

''Kami tidak mahu memberikan kedudukan tempat pertama kepada pasukan lain. Jika kami masih berada di tempat teratas apabila memulakan saingan Liga Juara-Juara Eropah peluang untuk mencatat keputusan yang baik musim ini sangat cerah,'' kata Benitez yang hampir memperbaharui kontrak untuk terus bersama pasukan The Reds sehingga 2013.
Liverpool tahu mereka perlu mempertingkatkan tahap permainan di hadapan penyokong sendiri jika mereka tidak mahu perkara yang sama berlaku terhadap Arsenal berulang apabila tewas di tempat sendiri di tangan Hull awal musim ini.

The Reds seri di tempat sendiri ketika menentang Stoke dan Fulham seterusnya mereka diejek apabila sekadar mencatatkan keputusan seri 0-0 menentang West Ham.
Stevan Gerrard, Xabi Alonso dan Jose Reina dijangka kembali menyertai pasukan selepas direhatkan ketika bertemu Eindhoven. Penyerang Belanda, Dirk Kuyt juga bersedia untuk beraksi selepas mengalami kecederaan urat pelipat lutut pertengahan minggu ini.
Hull telah membuktikan dengan melakukan kejutan berada di antara pasukan kelompok teratas pada penampilan kali pertama dalam Liga Perdana England.
Walaupun dijangka tersingkir selepas pertama kali beraksi dalam liga, mereka memulakan aksi minggu ini di tempat keenam, kurang tiga mata untuk mengisi tempat ke Liga Juara-Juara Eropah.


Namun, persiapan mereka untuk perlawanan hari ini telah dibayangi dengan penahanan penyerang Marlon King yang menjaringkan gol kemenangan ketika bertemu Middlesbrough minggu lepas.
King yang dipinjam dari Wigan sehingga penghujung musim dituduh menyerang seorang wanita di kelab malam di London.
Ia masih menjadi persoalan sama ada dia dapat beraksi atau tidak di Anfield tetapi pemain yang akan menerima layanan hangat dari penyokong Liverpool ialah Nick Barmby.
Bekas pemain tengah England berusia 34 tahun itu beraksi bersama Liverpool selama dua tahun selepas perpindahan kontroversi dari pasukan musuh, Everton pada 2000 dan membantu kelab memenangi tiga piala dalam satu musim.
''Saya suka mengingatkan kembali kenangan saya bersama Liverpool, ia sebuah pasukan yang hebat.


''Saya telah berpeluang memenangi beberapa piala bersama sebuah kelab terbaik di dunia tetapi saya lebih gembira mengingatkan kembali suasana penyokong di Anfield.
''Suasananya sungguh menakjubkan dan melihat pasukan lawan menentang Liverpool dalam saingan liga sungguh memukau, saya harap ia berterusan,'' kata Barmby.
Barmby bagaimanapun mempertahankan penyerang Liverpool, Robbie Keane.
Keane masih bergelut untuk mencari jaringan selepas berpindah ke Tottenham dan tidak disenaraikan ketika menentang Blackburn minggu lepas sebelum dipanggil semula berhadapan PSV.


''Robbie Keane seorang pemain yang bagus, anda tidak perlu gusar mengenainya. Saya yakin pada separuh saingan musim ini dia akan kembali menyengat untuk pasukan Liverpool,'' ujarnya.

No comments:

Powered By Blogger

Anda adalah pelawat yang ke.....

;

King Of The KOPS

King Of The KOPS

About Me

Hanyalah Manusia Biasa.............

Blog Archive

My Blog List

Selamat Datang - Trafik Tak Jem Hari Ini !!

Followers

Islamic Hijri Calendar