Sunday, May 31, 2009

MALAYSIA BANDARAYAKU-IBUKOTA MAKSIAT ASIA-TRULY ASIA

Tulisan ini dipetik dari Laman Tranungkite.net

Hari ini majalah Asia One telah adakan satu rencana bergambar yang bertajuk ' One Of KL's Professional Pimp Tells All'. Terjemahan- 'Satu Dari Bapa Ayam Dari KL Membuat Dedahan '

Bacalah selanjunya di: http://www.asiaone.com/News/AsiaOne%2BNews/Malaysia/Story/A1Story20090525-143562.html

Di dalam rencana tersebut - seorang Cina ,yang dipanggil abang ayam [KaiKo- dalam bahasa Cina] , yang merupakan satu daripada ratusan bapa ayam profesional, telah membuat satu kenyataan yang dia bolih membekal se orang sundal untuk kliennya di dalam masa 90 minit.

Jadi ada kemungkinan besar yang perempuan perempuan berhias dan memakai pakaian yang seksi bersama se orang lelaki berada di cafe atau kedai mamak yang berkelakuan bagaikan menunggu panggilan talipon, itu sebenarnya menunggu panggilan si bapa ayam untuk memberi perkhidmatan kepada klien.

Tidak kurang juga pemandu teksi yang menjalan kerja 'transporter' ala cerita wayang popular itu ,untuk membuat 'delivery' kepada pelanggan pelanggan.

Alangkah sedihnya kita bila maruah gadis gadis kita terjual seperti di Bangkok sejak 10 tahun kebelakangan ini. Adakah ini sudah menjadi lumrah hasil daripada pembangunan pesat yang dimulakan olih Tun Madey.

Saya cadangkan satu pendakatan radikal perlu dimulakan olih pihak berwajib. Panggillah semua cendiakawan islam -untuk mencari satu penyelesaikan ke atas kes kes yang sedih ini. Karaoke walaupun nampak biasa [innocent] aje membawa kepada klien dan pelayan meminum arak sekurang kurangnya beer yang menjadi pembuka tirai [ice breaker] kepada maksiat besar.

Takde gunanya jika kita menuding jari kiri kanan mencari sebab musabab. Yang pentingnya satu penyelesaian secara global mesti digubal - seperti memperbaiki peluang pekerjaan , standard yang mesti ditetapkan olih dbkl untuk pelesenan kelab kelab karaoke dan sosial dan pengawalan perjudian di kelab kelab sosial atau yang berkombo dengan karaoke.

Pihak berwajib mesti menentukan standard moral value. Janganlah ada kelab sosial berkaraoke , mempunyai mesin kuda berderet dan mempunyai penari separoh bogel yang membuat 'table top dancing' atau pole dancing.

Di dalam hal agama pun, dasar dari dbkl, Kementrian Pengguna dan juga Kewangan bolih mengutuhkan nilai nilai islam yang baik di dalam negara. Ingatlah dengan mengadakan satu slogan ala rebranding islam - jadikannya islam hadari - tidak ada kesan dan bolih disimpulakan sebagai amalan sia sia aje dan tak berkesan. Adalah diharapkan pihak pihak berwajib bolih menggubal satu framework yang dapat menjaga kehormatan pekerja wanita di bandaraya kl dan menjaga orang melayu muslim supaya berkelakuan sebagai muslim yang dihormati.

Di dalam apa situasi pun maruah perempuan dan pria muslimin adalah tanggungjawab kita bersama. Kebebasan untuk orang bukan islam untuk minum arak dan bergaul dengan orang melayu muslim bolih diawasi dengan membuat syarat syarat di dalam pelesenan. Lihat sajelah bagaimana kerajaan keluarkan lesen untuk Genting menjalankan satu casino dan membuat syarat ke atas Genting untuk tidak mengizinkan Genting memberi peluang untuk orang melayu berjudi di sana. "

PKR Menang Di Penanti

DR.Mansur Othman Dari PKR menang dalam PRK Penanti dengan majoriti 5558 undi dengan menumbang 3 lagi calon bebas.

Saturday, May 30, 2009

Kerajaan Negeri Terengganu Tanggung Projek Rejim Hampir 1 billion



Berikut adalah senarai projek di Besut yang terpaksa di tanggung oleh Kerajaan Negeri sekarang ini seperti yang didedahkan oleh Datuk Ahmad Said.



Projek UDM Kampus Besut: RM 250 Juta
Projek Sekolah Agama Di Besut : RM 145 Juta
Taman Ilmu Di Besut : RM 410 Juta
Pasar Souq di jerteh : RM 75 Juta
Tambahan Kos Masjid Hadhari Di jerteh : Beberapa juta akan di Tambah.

Friday, May 29, 2009

TerengganuKu!!!!

Saya tertarik dengan berita muka depan ( headline ) yang disiarkan di akhbar Kosmo pada Khamis ,28.5.2009 , iaitu semalam.

Dilaporkan seorang bakal pengantin perempuan terpaksa menebalkan muka dengan meminta duit hantaran 'advance ' dari bakal suaminya untuk memperbaiki jalan yang menuju kerumahnya dimana jalan tersebut akan bakal dilalui oleh rombongan bakal suaminya dan juga oleh bakal lebih 5000 jemputan majlis perkahwinan beliau.

Beliau yang tinggal di Setiu Trg dikatakan sudah berpuluh-puluh kali melaporkan kepada JKKKKKK kampung beliau semenjak dahulu lagi tentang kerosakan jalan tersebut tetapi tiada tindakan yang diambil .

Untuk pengetahuan pembaca sekelian , setiu adalah merupakan salah satu kawasan kubu kuat UMNO semenjak dahulu lagi dan kawasan tersebut juga merupakan kubu kuat Umno pada era Rejim Derih Jusoh memerintah Negeri Terenganu malah setiu juga terletak bersebelahan ( jiran ) dengan Besut yang mempunyai Taman Tamadun Islam hasil projek ratusan juta ringgit yang diusahakan oleh Rejim Derih Jusoh yang satu ketika memerintah Terengganu .

Dibawah pemerintahan Rejim tersebut satu ketika dahulu ,Terengganu begitu maju dan terlebih advance dgn pembinaan Masjid Kristal , Acara tahunan Sukan Kapal Layar Antarabangsa yang dikenali sebagai Monsoon Cup ,Berpuluh-puluh Papan-papan iklan yang memuji diri didirikan diseluruh pelusuk di Negeri Terengganu , pembinaan stadium yang berharga ratusan juta dan beberapa juta lagi projek yang telah berjaya memboyotkan perut kroni-kroni rejim tersebut.

Walaubagaimanapun ,untuk pengetahuan pembaca sekelian , stadium yang baru dibina tersebut kini telah tidak dapat digunakan semula pada hari ini disebabkan kerja-kerja pembaikian semula terpaksa di buat akibat kerosakan teruk walaupun baru sahaja digunakan tak sampai 3 tahun.

Walaubagaimanpun diharapkan JKKKKKkkk kampung tersebut dapat mengambil perhatian dengan segera terhadap rungutan bakal pengantin tersebut agar pesanan PM 1Malaysia yang mahukan pemimpin -pemimpin umno mendengar denyut nadi rakyat, menyinsing lengan dengan turun kebawah melihat masalah rakyat , dapat direalisasikan.

Tetapi , saya percaya sekiranya Rejim Derih Jusoh masih lagi mentadbir dan memerintah Terengganu , kampung bakal pengatin tersebut pasti mempunyai jalan ratusan juta ringgit dan mungkin dihadapan rumah bakal pengantin tersebut mempunyai 'traffi light'!!!.

Friday, May 22, 2009

Perak ...perak...perak...

hari ini mahkamah memutuskan Dr.Zambry sebagai menteri besar perak yang sah. Dalam hal ini saya lebih menyokong agar Pakatan Rakyat melupakan hasrat utk membantah keputusan hakim tersebut di mahkamah persekutuan. Saya berpendapat rakyat majoriti negeri perak sudah muak dengan isu ini dan mereka tahu yang Nizar telah melakukan saluran yang betul utk mencari keadilan.

Apa yang terbaik kini ialah memberi laluan Kerajaan BN menjalankan tugas mereka sebagai kerajaan yang sah . Saya faham yang tidak sah ialah dari segi teknikal sahaja kerana yang pasti BN telah mendapat sokogan dari 3 ADUN dari pakatan rakyat.

Biarlah rakyat perak membuat keputusan semula pada PRU yg. ke 13 nanti dan saya yakin rakyat Perak matang dan tahu menilai pemimpin yang sebenarnya.
Powered By Blogger

Anda adalah pelawat yang ke.....

;

King Of The KOPS

King Of The KOPS

About Me

Hanyalah Manusia Biasa.............

My Blog List

Selamat Datang - Trafik Tak Jem Hari Ini !!

Followers

Islamic Hijri Calendar