Wednesday, December 10, 2008

Kemanakah arah Bolasepak negara

ﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ
Saya mulakan dengan Bolasepak Negara. Perlawanan antara Malaysia dengan Thailand bagi kejuaraan piala suzuki baru sahaja tamat dan keputusannya ialah M'sia 0 Thai 3. Apa sebenar yang di miliki oleh pasukan negara? Skuad bolasepak ataupun skuad pondan? Inilah masaalahnya apabila politik dicampir adukkan dengan sukan. Lihat mereka-mereka yang ada di dalam FAM? adakah mereka benar-benar layak?
Atau adakah kerena Kelas bolasepak negara kita semengnya sudah tidak boleh diperbaiki? Dimanakah kita pada era tahun 70an,80an atau 90an dan dimanakah Vietnam ,kemboja ,thailand ,korea dan jepun pada era zaman yang sama?
Sebenarnya kita mempunyai kekuatan.Kita memerlukan pengurusan yang benar-benar berfikiran bolasepak. Malah kita mungkin akan lebih baik berbanding dengan era -era yang seperti saya sebutkan tadi.
Mengapa perlu kita mempunyai Sultan sebagai presiden FAM? mengapa kita memerlukan seorang naib ketua pemuada umno sebagai naib presiden FAM ?? Mengapa kita memerlukan seorang setiausaha agung FAM yang tidak langsung mempunyai idea-idea yang bernas untuk memajukan sukan bolasepak tanahair??Saya bukan anti umno dan bukan anti sultan..tapi bagi saya kita perlukan perubahan bagi struktur organisasi FAM. Megapa harus kita meminggirkan Datuk Aini Taib, Datuk Nadzi salleh yg mana tokoh-tokoh sukan ini telah membuktikan bahawa sukan juga memerlukan pasukan pengurusan yang baik , cekap dan fokus.
Kita sebenarnya lebih banyak politiking didalam FAM daripada memajukan sukan bolasepak tanahair. Kebanyakan pihak pengurusan FAM hanya mementingkan glamour , wang dan pengaruh politik didalam sukan. Naib Presiden FAM , Khairy Jamaluddin telah memberi amaran kepada Jurulatih pasukan negara supaya mencari kemenangan dlm saigan Piala Suzuki di thailand kalau tidak beliau akan disingkirkan. Nah , gaya arahan melebihi pemilik Real Madrid , tapi adakah khairy memecat jurulatih pasukan Myteamnya yang gagal menyerlah?
Kia harus bantu pasukan negara dan bagi saya sekiranya pasukan negara gagal dlm kejohanan peringkat asia, yang patut letak jawatan ialah Presiden dan naib presidennya.

No comments:

Powered By Blogger

Anda adalah pelawat yang ke.....

;

King Of The KOPS

King Of The KOPS

About Me

Hanyalah Manusia Biasa.............

Blog Archive

My Blog List

Selamat Datang - Trafik Tak Jem Hari Ini !!

Followers

Islamic Hijri Calendar