Wednesday, December 10, 2008

Bukit Antarabangsa

Salam Sejahtera,

Hari ini sudah hampir seminggu kejadian tanah runtuh yang berlaku di Bukit antarabangsa, Ulu Klang ,Selangor. Dan pada hari juga sudah berpuluh-puluh cadangan,saranan pendapat telah diutarakan dari Kerajaan Pusat,kerajaan negeri ,ahli akademik ,ahli arketik ,ahli geologi ,budak universiti ,budak sekolah dan juga orang awam. Pada hemat saya , saya hanya memberi masa selama 3 minggu sahaja,percayalah semua ini akan hilang bak kabus . Bukannya kali pertama kejadian ini berlaku malah , kejadian tumbangnya highlands tower yang hanya 1.5 km dari tempat kejadian pada hari ini sebenarnya sudah cukup memberi pengajaran. Siapakah yang harus dipersalahkan? Pemilik rumah? Pemaju? PBT? Kerajaan Negeri? siapa???

Bagi saya yang bersalah ialah ,pemilik ,pemaju ,PBT dan Kerajaan Negeri.

Pembeli kerana tidak mengutamakan keselamatan tetapi mengutamakan kemegahan ,ego kerana tinggal ditempat yang mempunyai pemandangan yang indah dan mewah. padahal 1.5km daripada rumah mereka telahpun tumbang highlands tower.

Pemaju kerana hanya mengutamakan keuntungan. Amat tidak logik sekirannya mereka tidak menyedari bahawa pembinaan ditepi cerun atau lereng bukit adalah sangat merbahaya kerana sebagai pemaju mereka sudah mengetahui bahawa kawasan bukit antarabangsa adalah kawasan yang telah 'Over develope' , pembangunan yang berlebihan.

PBT ,kerana saya yakin dan pasti pegawai-pegawai peguatkuasa telah pun kenyang dengan duit kopi ,perempuan yang menjadi habuan untuk meluluskan projek -projek 'panas' seperti perumahan dilereng atau tepi bukit ini.

Kerajaan Negeri kerana bagi mereka yang penting adalah ingin menunjukkan yang negeri mereka membangun dan kebanyakkan pegawai-pegawai daerah adalah ahli-ahli umno atau JKKK kawasan di negeri selangor.

Apa yang patut dilakukan kini??

bagi saya , satu post mortem oleh kerajaan negeri sekarang perlu dilakukan. Siapa yang meluluskan projek berkenaan ?Adakah pegawai-pegawap PBT dan siapa yang memberi arahan ? MB selangor atau Exco ataupun JKKK cawangan Bukit Antarabangsa? mereka ini harus diseret kemuka pengadilan . Mereka ibarat harapkan pagar,pagar makan padi.

Dengan tindakan tegas seperti ini saya percaya dan yakin PBT tempatan yang lain malah diseluruh negara akan memikirkan 7-8 kali dalam memberi kelulusan bagi penempatan di lereng-lereng bukit atau tepi-tepi bukit.

Sekian .

No comments:

Powered By Blogger

Anda adalah pelawat yang ke.....

;

King Of The KOPS

King Of The KOPS

About Me

Hanyalah Manusia Biasa.............

Blog Archive

My Blog List

Selamat Datang - Trafik Tak Jem Hari Ini !!

Followers

Islamic Hijri Calendar