Thursday, February 26, 2009

Toll.Toll...Toll..Tolol !!!!

Dipetik Dari Blog Perisik Rakyat



Berita paling best hari ni :

Kadar tol bagi lima lebuhraya, termasuk Lebuhraya Utara Selatan (Plus) naik sebanyak 5 peratus mulai 1 Mac ini.
Empat lagi leburaya ialah Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE).

Lebuhraya Utara-Selatan (Plus): Kadar kenaikan tol untuk sistem kutipan tol tertutup Plus dinaikkan 0.68 sen sekilometer bagi kereta. Bagaimanapun, kenaikan ini tidak membabitkan tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Tambak Johor dan Bangunan Sultan Iskandar.

Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint). Plaza tol Pantai: naik 50 sen dari RM1.50 kepada RM2 (naik 33) dan Plaza tol Damansara: naik 30 sen dari RM1 kepada RM1.30 (naik 30%).

Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh)(Lebuhraya E12): Kadar tol dinaikkan sebanyak 50 sen bagi kereta - dari RM1.50 hingga RM2 (naik 33%).
Kadar tol Lebuhraya Sungai Besi (Besraya): Kadar tol dinaikkan sebanyak 10 sen bagi kereta - dari RM1.30 kepada RM1.40 (naik 7.7%). Bayaran hanya dibuat di Plaza Tol Mines kerana Tol Salak Selatan Jaya telah ditutup mulai semalam.
Lebuhraya Baru Pantai (NPE): Kadar tol dinaikkan sebanyak 40 sen bagi kereta - dari RM1.60 kepada RM2 (naik 25%).

Dan macam biasa "Berita Paling Best" hari ini pasti (WAJIB) disusuli dengan kenyataan :

"Sebenarnya kadar tol di lebuhraya Plus, Sprint dan Akleh sepatutnya dinaikkan pada 1 Januari 2008, tetapi telah ditangguhkan kepada 28 Februari lalu."
"Berikutan penangguhan itu, kerajaan terpaksa membayar pampasan berjumlah RM245 juta, iaitu RM177 juta kepada Plus, RM38 kepada Sprint dan RM30 juta kepada Akleh,"
"Kenaikan kadar tol itu tidak seharusnya dilihat sebagai membebankan kerana mutu dan kualiti lebuhraya berkenaan terjamin, selain menjadi laluan altenatif di kawasan berkenaan."
"Kewujudan lebuhraya berkenaan juga telah membawa rahmat kepada rakyat dan negara, dengan menggalakkan pembangunan, perumahan, perniagaan dan juga meningkatkan sosio-ekonomi penduduk sekitar.

Tahniah kepada pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang berkhidmat didalam organisasi KERAjaan Malaysia (pusat) kerana anda prihatin kepada rakyat (baca : prihatin bagaimana nak sapu duit rakyat).

Tahniah juga kepada penyokong-penyokong UMNO/BN kerana telah memberi mandat kepada UMNO/BN untuk menubuhkan KERAjaan Pusat pada PRU-12 yang lalu seterusnya membolehkan UMNO/BN meneruskan agenda mereka - NAIK, NAIK, NAIK, NAIK, NAIK, NAIK dan NAIK...!!!

Sekali lagi ucapan tahniah kepada penyokong-penyokong UMNO/BN kerana telah memberi mandat kepada UMNO/BN untuk menubuhkan KERAjaan Pusat pada PRU-12 yang lalu seterusnya membolehkan UMNO/BN meneruskan agenda mereka memBANGANGkan korang semua (penyokong-penyokong UMNO/BN) dan macam biasa, usaha memBANGANGkan penyokong-penyokong UMNO/BN yang sedia BANGANG ini akan berterusan kerana siBANGANG-siBANGANG (penyokong-penyokong UMNO/BN) ini tidak akan tahu bahawa mereka-mereka ini (penyokong-penyokong UMNO/BN) sedang diBANGANGkan oleh idola mereka...

P/s : Baik duduk kemamang..mane ade toll...

No comments:

Powered By Blogger

Anda adalah pelawat yang ke.....

;

King Of The KOPS

King Of The KOPS

About Me

Hanyalah Manusia Biasa.............

Blog Archive

My Blog List

Selamat Datang - Trafik Tak Jem Hari Ini !!

Followers

Islamic Hijri Calendar