Saturday, February 28, 2009

Rahsia Haruan Tasik

Oleh : Pok Mud's : PANCING November 1999

Haruan tasik merupakan spesies tunggal yang mewakili famili Rachycentridae. Walau bagaimanapun, ikan gemi yang hampir menyerupai haruan tasik adalah tergolong dalam famili yang berbeza. Bagi pemancing yang pernah merasai 'power ranger' haruan tasik (dalam bahasa Inggeris dipanggil Cobia) sudah tentu faham akan kekuatan tarikan spesies yang berkepala seperti ikan haruan atau toman ini. Haruan tasik mempunyai badan yang tegap seperti silinder membujur dan berwarna coklat gelap serta satu jalur cerah (putih). la berekor tirus yang bercabang, ini berbeza dengan haruan atau toman yang berekor bulat.

Sirip dorsal pertama agak ke belakang dengan satu jaluran sirip kecil yang menggerutu sehingga ke pangkal sirip dorsal pertama. Begitupun, ia boleh disifatkan sebagai pemburu atau gemar makan meyambar dengan rakus bak toman yang kelaparan. Jaluran warna cerah keputihan memudahkan pemancing mengenali spesies ini apabila ia berada di dalam air. Barisan gigi halus atas dan bawah membuatkan sukar untuk mangsa melepaskan diri dari cengkamannva dan memberi kelebihan kepada pemancing apabila ia meragut umpan yang dihulurkan.

Haruan tasik bermata kecil dan mempunyai kepantasan renang hasil tujahan ekor cabang yang lebar dan besar serta dengan bantuan badan yang leper bersilinder dan membujur. la boleh membesar sehingga 2 meter (atau lebih tinggi dari kebanyakan orang Asia) dan kebanyakannya menghuni Laut Cina Selatan.

Saiz yang, biasa ditemui ialah sekitar 0.5 hingga l meter, itupun membuatkan rarnai pemancing menggelabah. Spesies jantan dan betina sukar dibezakan dengan sekali pandang, ia seakan-akan sama

Habitat Dan Sifat

Spesies tunggal ini gemar mendiami kawasan pantai berkarang, pulau dan laut lepas. Haruan tasikjuga boleh digolongkan sebagai ikan pelagik iaitu gemar bermain di permukaan air.

Kadang-kala kita boleh nampak ia berlegar mengelilingi bot pemancing. Sebagai ikan pelagik, pergerakan hariannya lebih tertumpu kepada kawasan yang kaya dengan sumber makanan seperti tukun, unjang, boya dan pulau berkarang. la juga sering berenang bersama-sama dan menjadi teman setia kepada ikan paus bintik (whale shark) yang baru-baru ini dilaporkan ditangkap oleh nelayan di Pulau Pinang, beratnya 5 tan!
Haruan tasik biasanya 'mengemudi' paus bintik dengan berenang di hadapan (kadang-kala bawah mulut) seolah-olah berada betul-betul di mulut luas sang paus bintik yang hanya memakan plakton.

Ini menjadikan haruan tasik agak terselamat dari sebarang serangan pemangsa lain seperti jerung dan alu-alu dengan adanya 'bodyguard' di belakang.
Haruan tasik gemar meronda di merata tempat bukan saja di perrnukaan air malah di dasar, pertengahan air dan kawasan pantai untuk memburu mangsa.

Satu lagi tabiat haruan tasik ialah suka mengekori 'partner' yang kena tali pancing. Ia menghilangkan diri sebaik saja sahabatnya naik ke atas bot.

Taburannya lebih ketara di sebelah Pantai Timur berbanding Pantai Barat dengan nisbah tangkapan 5: 1.

Jumlah tangkapan direkodkan melebihi 600 tan sebulan. la banyak ditangkap pada musim sebelum angin monsun timur (tengkujuh) iaitu dari bulan Ogos hingga Oktober. Bagi pemancing, haruan tasik bukanlah spesies yang bermusim.

Peralatan

Sebarang ikan yang menyambar umpan pemancing menyambarnya bukan berdasarkan kepada jenis peralatan, harga, saiz, jenama dan empunya pancing. la lebih tertakluk kepada cara penyampaian, umpan, lubuk serta nasib pemancing itu sendiri. Jadi memancing tak perlu bomoh untuk mendapatkan ikan.

Untuk haruan tasik, jika pemancing menggunakan peralatan aksi ringan tentu bagai nak 'raklah' teknik melawannya. Kalau cekap mengawal peralatan, episod separuh jalan mungkin dapat dihindarkan. Sebagai mana sifat ikan berkulit 'Melayu' ini yang amat rakus melarikan tangsi, peralatan kelas menengah ke atas disyorkan dengan kekuatan tangsi dari 15 hingga 30 paun.

Joran pendek (joran bot) lebih sesuai dengan lenturan parabolik agar mudah pemancing mengepam dan memujuk ia menyerah diri. Denyutan hujung joran berulang kali membuatkan ramai pemancing bertambah gian untuk bertarung dengannya lagi.

Memancing dari bot lebih senang kerana spesies ini lebih tertumpu di luar pantai. Gancu juga perlu jika anda berminat untuk membawanya pulang, jika tidak, potong saja tali perambut atau biarkan saja ia memutuskan perambut ketika menggelupur di permukaan air tanpa mencederakannya.

Untuk tagal, disyorkan agar menggunakan mata kail jenis ketajaman kimia (chemical sharpness) yang mudah reput apabila berada lama di dalam air. Dengan ini, mata tertanggal dengan sendiri dan ikan bebas seperti biasa untuk pertarungan di masa akan datang. Mata kail jenis Octopus untuk umpan hidup dan O'Shaughnessy untuk umpan mati dengan saiz 1 hingga 4 adalah disyorkan.

Teknik Dan Umpan

Haruan tasik sentiasa berkeliaran mencari mangsa di kawasan yang memiliki makanan yang banyak. Mangsa pula terdiri dari anak-anak ikan pelagik, sotong, udang, ketam dan anak-anak ikan lain yang bda di habitat laluannya seperti anak kunyit. Oleh kerana berketurunan pemburu, menggunakan umpan ikan mati tidak menjadi masalah untuk menawannya. Jika ia ada berdekatan, umpan ikan tadi akan menjadi mangsa sementara cobia akan menjadi milik anda.


Saya gemar menggunakan umpan anak kunyit hidup di samping hirisan sotong (lihat ilustrasi kaedah mengumpan dengan hirisan sotong) atau ikan selayang mati. Bagi mereka yang gemar menggunakan umpan segar atau hidup terutamanya yang diperolehi melalui pancing apollo, anda dinasihatkan membawa pam udara kuasa bateri supaya ikan pelagik ini tidak cepat mati. Jarang ada bot memancing (nelayan) yang memiliki tempat simpanan umpan hidup.

Walaupun haruan tasik sejenis ikan pelagik, memancing dasar mempunyai peratus sentapan yang lebih tinggi berbanding pertengahan air dan permukaan (teknik hanyut atau guna belon). Selain itu, teknik menunda juga berkesan untuk mendapatkan haruan tasik.

Gewang ikan, sotong atau skirt boleh digunakan untuk menunda haruan tasik. Kawasan pilihan menunda ialah di sekitar pulau, luar kawasan unjang dan kawasan pantai berbatu karang. Jangan menunda berdekatan dengan unjang dan pelampung bubu kerana pasti gewang anda tersangkut pada tali yang berserangkai.

Lengkapkan peralatan anda dengan umpan pilihan tadi dan padankan dengan perambut di antara 40 hingga 60 paun. Perambut tangsi memadai dan berkonsepkan 'satu haruan tasik, satu perambut'. Biasanya perambut tangsi akan calar akibat bergeser dengan barisan gigi halusnya.

Haruan tasik mempunyai kekuatan larian dan junaman yang kuat, konsisten dan suka berlegar di permukaan sebelum membuat junaman di saat akhir.
Banyak kes putus perambut di permukaan air terjadi apabila teknik menggancu tidak betul.

Pada masa ini bukan saja haruan tasik, spesies-spesies lain juga mampu membuat junaman apabila badan tersentak atau sakit (kena sipi) ketika si pemancing sudah yakin ikan tersebut dalam genggaman. Jika terjumpa haruan tasik berlegar di sekitar bot, sistem tegangan perlu 'disetkan' pada tahap sesuai bagi membenarkan larian junaman selepas mata pancing sudah tersusuk pada bahagian mulutnya.

Kalau anda tersilap, sarang burung terjadi atau tangsi kehabisan dipecutnya

Kuali

Haruan tasik kurang popular di kalangan peniaga pasar ikan kerana kurang permintaan di kalangan masyarakat negara ini. Ada juga yang menikmati kemanisan dagingnya dengan masak singgang asam pedas dan bakar sambil di cicah air asam. Kalau tak pun, goreng bercili pasti akan membuka selera ketika di tengah laut

No comments:

Powered By Blogger

Anda adalah pelawat yang ke.....

;

King Of The KOPS

King Of The KOPS

About Me

Hanyalah Manusia Biasa.............

Blog Archive

My Blog List

Selamat Datang - Trafik Tak Jem Hari Ini !!

Followers

Islamic Hijri Calendar