Saturday, February 28, 2009

Kegawatan Ekonomi Malaysia 2009

Dipetik Dari Blog Kampung boy

Semua orang tahu sekarang ini, dunia dilanda bahang kegawatan ekonomi yang kebanyakan dirasai terutamanya Amerika Syarikat dan juga United Kingdom. Orang mulai resah terasa kesan angkara bencana yang diramal mungkin lebih teruk dirasai berbanding tahun 1987 dan juga 1997 yang boleh memberikan impak besar kepada masyarakat seluruh dunia. Ini kerana kegawatan ekonomi akan mula menular ke beberapa buah negara termasuk negara kira sendiri, Malaysia. Sebelum itu, ada baiknya kita mengetahui punca-punca yang menyebabkan berlakunya masalah kegawatan ekonomi dunia ini.Amerika Syarikat(AS) yang merupakan kuasa besar ekonomi dunia telah gagal menguruskan ekonomi dan polisi antarabangsanya merupakan punca global yang kini diancam oleh gadai janji subprima. Apakah itu sub-prima??? Gadai janji subprima yang berlaku di AS boleh dijejaki sejak tahun 7 tahun lalu ketika dunia dilanda kegawatan ekonomi sekitar tahun 2001 dengan langkah Presiden US, George W Bush atas nasihat bekas, Pengerusi Rizab Persekutuan AS, Alan Greespan ketika itu cuba merangsang perbelanjaan rakyat di US. Beliau telah melaksanakan dasar fiskal dan monetari yang kurang berkesan.

Daripada sudut dasar fiskal, kerajaan AS pada masa itu telah menurunkan cukai namun ia lebih menjurus ke arah golongan berada walhal golongan kaya AS lebih berminat berbelanja di luar US. Itulah hakikat yang sebenarnya. Malah apabila langkah itu gagal, AS telah merubah ke dasar monetari dengan cara menurunkan kadar faedah sehingga ke satu ke paras terendah satu peratus pada 2001 dan juga tetap menemui jalan buntu akibat daripada masalah utama AS yang menghadapi lebihan pelaburan. Ini kerana faedah yang rendah sebenarnya menyebabkan tidak ramai yang akan berminat untuk melaburkan disebabkan pulangan yang bakal diperolehi meraka sangat rendah.

Selain itu, kadar faedah yang rendah menyebabkan lambakan rakyat AS yang melakukan pinjaman walhal mereka sebenarnya tidak berkemampuan unutk membayar kembali pinjaman tersebut menerusi pelbagai pakej pinjaman termasuk gadai janji subprima. Gadai janji subprima adalah pinjaman perumahan yang diberikan kepada para peminjam yang tidak memiliki kewangan latar belakang kewangan yang kukuh dengan kadar faedah yang lebih tinggi. Keadaan menjadi lebih teruk selepas itu apabila harga mulai turun walhal kadar faedah telah dinaikkan semula ditambah apabila kadar simpanan rakyat AS adalah negetif disebabkan Ini kerana apabila ekonomi telah kembali pulih sejak kegawatan ekonomi sejak tahun 1997, mereka tidak menyimpan tetapi membelanja melebihi pendapatan mereka. Adakah contoh perkara-perkara seperti ini memberikan kesan langsung kepada kita semua termasuk di Malaysia??? Kita perlu ingat, AS adalah merupakan kuasa besar ekonomi dunia, jadi sedikit sebanyak ia sememangnya bakal memberikan impak kepada Malaysia samada impak besar atau kecil, samada lambat ataupun cepat aje. Tempiasnya tetap terkena.

Di atas adalah kisah benar yang terjadi di Amerika yang akan mencorakkan ekonomi dunia. Kesannya mula dirasai di Eropah dan akan menular ke seluruh dunia. Kerajaan Malaysia sudah mula mencanangkan propaganda yang ekonomi Malaysia tidak akan terjejas, namun begitu menyeru semua rakyat bersabar dan bekerjasama mengharungi gelombang ekonomi yang tak menentu ini. Tiba-tiba beberapa pemberhentian secara besar-besaran di beberapa buah syarikat gergasi termasuk Western Digital dan juga Intel contohnya. Beribu orang pekerja hilang pekerjaan dan jumlah itu akan bertambah.

Kesan yang utama yang akan melanda Malaysia sudah pasti eksport ke Amerika dan Eropah akan jatuh teruk atas sebab permintaan yang menurun. Di antara yang akan merasa kesan utama adalah industri elektronik, perabut, pakaian dan lain-lain pembuatan. Elektronik merupakan eksprort utama Malaysia ke Amerika dan Eropah. Pengurangan permintaan sudah pasti akan menyebabkan kilang-kilang eloktronik terpaksa mengurangkan pengeluaran dan untuk jangka masa yang pendek terpaksa mengurangkan waktu operasi kilang. Ramai pekerja yang hanya akan bergantung kepada gaji asas sahaja.Ini akan memeritkan keadaan kerana kebanyakan daripada pekerja kilang hidup mewah dari elaun kerja lebih masa yang mereka lakukan. Jika dalam tempoh 6 bulan syarikat masih tidak mempunyai permintaan yang menggalakkan, maka syarikat akan mula mengurangkan pekerja untuk mengurangkan kos operasi. Maka akan ramai yang akan kehilangan pekerjaan. Apa akan jadi dengan nasib mereka???

Jangkaan sektor yang akan merasai bahang kegawatan ekonomi adalah sektor elektronik diikuti oleh sektor pembuatan seperti perabut dan automotif. Sektor perlancongan juga pasti tidak akan ketinggalan. Kurangnya pelancong asing dari Amerika, Eropah dan Asia bererti akan malaplah industri perlancongan Malaysia. Sudah pasti yang akan merasa kesan utama adalah hotel-hotel terkemuka di Malaysia dan sektor-sektor yang berkait rapat dengannya seperti khidmat limosin, pemandu pelancong dan sebagainya.

Apabila semua sektor ekonomi ini merasai kegawatan ekonomi barulah Institusi kewangan akan merasakan kesannya terutama dari segi runcit (retail) dan consumer. Pertambahan bilangan hutang tidak berbayar dan berlakunya penguncupan kredit. Di masa ini, kesan kenaikan interest tidak dapat dielakkan yang mana akan menyebabkan seluruh ekonomi Malaysia akan merasakan bahangnya.

Kesan-kesan di atas akan mula dirasai oleh Malaysia pada tahun 2009. Namun sebilangan kecil sudah mula merasai kesannya. Semuanya bergantung kepada kepekaan kita . Bertindak segera sebelum kita terjerumus kedalam gelombang tsunami kegawatan ekonomi. Jangan terlalu selesa dengan keadaan yang ada sekarang. Kemungkinan untuk kita menerima nasib yang sama dengan para pekerja Lehman Brothers amat nyata. Bersedia untuk menghadapi yang terburuk.

No comments:

Anda adalah pelawat yang ke.....

;

King Of The KOPS

King Of The KOPS

About Me

Hanyalah Manusia Biasa.............

Blog Archive

My Blog List

Selamat Datang - Trafik Tak Jem Hari Ini !!

Followers

Oil and Gold Price

Islamic Hijri Calendar

ESPN

Loading...