Salam semua...
2008 bakal berakhir kurang dari beberapa jam dari sekarang. Bagi aku tahun ini paling banyak mendatangkan kesan perubahan dalam kehidupan ini. Pelbagai pangalaman dikutip dan banyak benar onar dan ranjau yang dilalui. Rupanya bukan mudah untuk menjadi manusia yang jujur dan ikhlas apabila berada didalam komuniti manusia yang berpunyai hati perut yang busuk,hati yang penuh dengki dan otak yang bodoh.
Walaupun begitu , aku yakin dan sememangnya aku percaya , tuhan masih sayangkan aku. Dia sesungguhnya tidak mahu aku terus berada didalam satu kelompok masyarakat yang menjadikan hasad dengki sebagai satu cara hidup.
Namun, dlm menghadapi ujian gentir ini , aku berjaya menemui kekuatanku. Aku bertambah yakin apa jua keputusan yang aku lakukan pada tahun ini didalam apajua situasi,adalah tepat dan aku langsung tidak menyesal. Aku bertambah kenal siapa itu manusia ; tidak kira lelaki ataupun wanita , tua ataupun muda , kenalan rapat,jiran tetangga dan sebagainya ,semuanya seolah-olah tuhan sedang memberiku pengajaran ''nah lihatlah ,manusia yang dulu engkau pertahankan , engkau puji dan engkau banggakan , kini apa yang telah dilakukan pada engkau',mungkin itulah hikmat yang Allah ingin tunjukkan kepada aku.
Aku mula mencari sesuatu yang baru pada penghujung tahun 2008 ini. Perniagaan adalah salah satu perubahan bagi aku memulakan kekuatan ekonomiku dan operasi untuk membesarkan keluarga sudah bermula .
Semoga tahun 2009 mendatangkan seribu rahmat dan hikmah buat aku dan keluargaku.
Amin .
Trump Picks Burgum for Interior Secretary
-
The North Dakota governor helped strengthen ties between the oil industry
and President-elect Donald J. Trump.
23 minutes ago
No comments:
Post a Comment