Friday, December 19, 2008

Info Kesihatan - Manafaat Diet Berpandukan Jenis Darah

Diet untuk darah jenis A Dr Peter J D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A ,mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut.Katanya, mereka yang mempunyai darah jenis A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.Sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti terbatas.

Individu jenis darah ini juga dianjurkan mengambilsusu yang sudah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpalemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlahterbatas), lemak (dalam jumlah terbatas), kekacang dan bijirin dan susukacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran danbuah-buahan dalam kuantiti yang banyak.

Diet untuk darah jenis B -Individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr Peter J D'Adamomenyarankan mereka menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakalasangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungankarbohidrat yang tinggi.

Diet golongan darah jenis AB-Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makangolongan jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus,infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan jenis makananyang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali teluritik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyakkacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecualijagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.

Diet untuk darah jenis O ,Dr Peter J D'Adamo menyarankan pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat denganpengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susudan gandum.Beliau juga menyarankan mereka mengehadkan pengambilan buah-buahan.

Menurut Dr Adamo, ciri khas golongan darah O:Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain Mudah mengadaptasi berbagai makananUntuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik .

Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendahkarbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuranBerisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makananyang diambil tidak bersesuaian.

Menu diet yang dianjurkan untuk kumpulan darah O :Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang Snek : Teh herba Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal Snek : Sepotong kuih Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentangrebus, buah-buahan dan teh herba.

Ciri khas individu jenis darah A:* Memiliki sistem pencernaan yang sensitif* Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging* Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak* Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga* Cukup beristirehat.

Menu diet yang dianjurkan utk darah jenis A:Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oatSnek: Jus anggur / kopi

Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herbaSnek: Kuih beras dua potong dan teh hijau

Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba.

Ciri khas golongan darah B:* Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan,namun perlu menghadkan pengambilan daging.* Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untukmeningkatkan sistem imunisasi badan.

* Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalankaki dan bermeditasi.* Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.

Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak .

Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikanlaut, semua produk susu kecuali 'blue chesse' dan aiskrim, telur ayamorganik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makananberasaskan beras dan buah-buahan.

Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam,udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyakjagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa,santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacangpistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera,beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.

Menu diet yang dianjurkan utk darah jenis B:Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemakSnek: Jus anggurMakan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad danteh herbaSnek: Jus limau/yogurt dan teh herbaMakan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan tehherba.

Ciri khas individu jenis darah AB:* Memiliki sistem pencernaan yang sensitif* Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap* Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan.

Menu diet yang dianjurkan utk darah jenis AB:Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potongkejuSnek : YogurtMakan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum danteh herbaSnek: Kek keju dan teh herbaMakan Malam : Omelet dan salad buah serta air kopi .

Selamat Beramal.

No comments:

Powered By Blogger

Anda adalah pelawat yang ke.....

;

King Of The KOPS

King Of The KOPS

About Me

Hanyalah Manusia Biasa.............

Blog Archive

My Blog List

Selamat Datang - Trafik Tak Jem Hari Ini !!

Followers

Islamic Hijri Calendar