Saturday, December 13, 2008

BN Mesti Menangggggggg..Najib ( Boleh Ker ??)

KUALA TERENGGANU 13 Dis. — Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari depan amat penting sebagai bukti untuk menunjukkan kebangkitan parti itu selepas kekalahan BN dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, Ogos lepas.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kemenangan di Kuala Terengganu kelak sebagai sesuatu yang amat penting untuk masa depan UMNO.

“Kita mesti menang sebab kita nak jadikan kemenangan ini sebagai satu titik permulaan BN dan UMNO untuk bangkit dari kekalahan di Permatang Pauh,” katanya ketika berucap pada majlis penutup Pemukiman UMNO Terengganu dan pelancaran jentera pilihan raya kecil Kuala Terengganu di Taman Tamadun Islam di sini, hari ini.

Turut hadir isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said, dua Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz, Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Najib yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, kemenangan yang bakal diraih oleh BN itu juga merupakan satu isyarat kepada semua pihak bahawa rakyat memilih sebuah parti yang boleh membela hidup dan masa depan mereka.

“Kita nak bagi isyarat yang jelas kepada negara dan satu dunia yang rakyat negara ini memilih BN sebagai parti mereka,” kata beliau.

Pilihan raya kecil Kuala Terengganu diadakan berikutan kematian Datuk Razali Ismail Razali, penyandang kerusi itu, pada 28 Nov lalu.

Sementara itu, Najib turut menitipkan beberapa petua kepada calon yang akan bertanding pada pilihan raya kecil berkenaan supaya dapat membawa kemenangan besar kepada parti itu.
Menurutnya, dalam sesebuah pilihan raya, baik umum atau kecil, pengundi adalah perkara yang paling penting dan diberi keutamaan melebihi perkara-perkara lain.
“Kita mesti faham dalam masa pilihan raya yang lebih penting bukanlah jentera Umno, bukan ketua cawangan dan bukan ahli jawatankuasa cawangan tetapi pengundi yang paling penting kerana mereka adalah “raja” semasa pilihan raya.

“Sesiapa saja jadi calon tak penting tapi yang utama dia mestilah seorang yang merendah diri, tidak sombong, mesra rakyat, bersalam dengan semua orang, buatlah cara yang disenangi pengundi kerana mereka juga akan sayang kita sebab perwatakan kita itu,” katanya.

No comments:

Powered By Blogger

Anda adalah pelawat yang ke.....

;

King Of The KOPS

King Of The KOPS

About Me

Hanyalah Manusia Biasa.............

Blog Archive

My Blog List

Selamat Datang - Trafik Tak Jem Hari Ini !!

Followers

Islamic Hijri Calendar