Salam semua ,
Hari ini adalah hari cuti di terengganu sempana Maal hijrah . Aku dan isteri mengambil peluang ini ke kebun kami yang tak beberapa jauh dari rumah kami.
Tak ada banyak benda pun kat kebun tu selain orkid, jenis bunga bunga yang lain dan sedikit tanam-tanaman buah-buahan.
Dari jam 8.30 pagi sampai pukul 2.15 petang dan sambung semula pada yang 4 petang sampailah pukul 6.30 , alhamdulillah banyak perkara yang dapat diselesaikan kat kebun tu.
Habis sakit pinggang aku sebab mengangkut batu-batu kecil dan tanah di kebun tu..Harap -harap kebun itu akan menjadi tempat aku melepaskan boring dan tension apabila penat bekerja di pejabat.
Sebenarnya aku banyak menjelajah di seluruh negara sebelum ini dan aku perhatikan banyak nursery - nursery yang majoritinya dimiliki oleh kaum cina amat berjaya.
Contoh , sekiranya korang pegi kat jalan lama rawang ..mak ooi banyaknya nursery -nursery cina yang besar lagi berjaya. Aku takdelah sampai nak menjadikan kebun aku tu 'fully nursery' tapi bila aku pikir-pikirkan' why not'!!!!!
Contohnya abang ipar aku yang duduk kat ipoh; Graduate dari Long Baech University , California dalam bidang komputer ..Tapi sekarang adalah usahawan orkid yang sangat berjaya ..siap dah keluarkan buku pasal orkid. semua penyakit , jenis dan tabiat orkid , tanye dia ajer..dia tu lebih kurang Dr. Orkid lah.
Bagi aku , apa-apa benda pun kalau nak berjaya , mesti minat , fokus dan jangan mudah mengalah..
ok bye..
‘I can hardly walk across a room’: David Lynch urges smokers to quit after
emphysema diagnosis
-
The Twin Peaks director, who began smoking at eight, says he ‘saw the
writing on the wall and it said, “You’re going to die in a week if you
don’t stop”’...
1 hour ago
No comments:
Post a Comment