Wednesday, December 31, 2008

2008 yang pasti dirindui

HEROs



There's a hero if you look inside your heart.

You don't have to be afraid of what you are.

There's an answer if you reach into your soul,

And the sorrow that you know will melt away.

And then a hero comes alongWith the strength to carry on,

And you cast your fears asideAnd you know you can survive.

So when you feel like hope is gone

,look inside you and be strong.

And you'll finally see the truth,that a hero lies in you.

It's a long road when you face the world alone

No one reaches out a hand for you to hold.

You can find love if you search within yourself.

And the emptiness you felt will disappear.

And then a hero comes alongWith the strength to carry on

,And you cast your fears asideAnd you know you can survive.

So when you feel like hope is gone,look inside you and be strong.

And you'll finally see the truth,that a hero lies in you.

Lord knows dreams are hard to follow.

But don't let anyone tear them away.

Hold on, there will be tomorrow.

In time you'll find the way.

And then a hero comes alongWith the strength to carry on

,And you cast your fears asideAnd you know you can survive.

So when you feel like hope is gone,look inside you and be strong.

And you'll finally see the truth,that a hero lies in you.

That a hero lies in you.Ooohthat a hero lies in you.

Tuesday, December 30, 2008

sELAMAT tINGGAL 2008

Salam semua...



2008 bakal berakhir kurang dari beberapa jam dari sekarang. Bagi aku tahun ini paling banyak mendatangkan kesan perubahan dalam kehidupan ini. Pelbagai pangalaman dikutip dan banyak benar onar dan ranjau yang dilalui. Rupanya bukan mudah untuk menjadi manusia yang jujur dan ikhlas apabila berada didalam komuniti manusia yang berpunyai hati perut yang busuk,hati yang penuh dengki dan otak yang bodoh.

Walaupun begitu , aku yakin dan sememangnya aku percaya , tuhan masih sayangkan aku. Dia sesungguhnya tidak mahu aku terus berada didalam satu kelompok masyarakat yang menjadikan hasad dengki sebagai satu cara hidup.

Namun, dlm menghadapi ujian gentir ini , aku berjaya menemui kekuatanku. Aku bertambah yakin apa jua keputusan yang aku lakukan pada tahun ini didalam apajua situasi,adalah tepat dan aku langsung tidak menyesal. Aku bertambah kenal siapa itu manusia ; tidak kira lelaki ataupun wanita , tua ataupun muda , kenalan rapat,jiran tetangga dan sebagainya ,semuanya seolah-olah tuhan sedang memberiku pengajaran ''nah lihatlah ,manusia yang dulu engkau pertahankan , engkau puji dan engkau banggakan , kini apa yang telah dilakukan pada engkau',mungkin itulah hikmat yang Allah ingin tunjukkan kepada aku.

Aku mula mencari sesuatu yang baru pada penghujung tahun 2008 ini. Perniagaan adalah salah satu perubahan bagi aku memulakan kekuatan ekonomiku dan operasi untuk membesarkan keluarga sudah bermula .

Semoga tahun 2009 mendatangkan seribu rahmat dan hikmah buat aku dan keluargaku.

Amin .

Monday, December 29, 2008

Hari Yang memenatkan .......

Salam semua ,

Hari ini adalah hari cuti di terengganu sempana Maal hijrah . Aku dan isteri mengambil peluang ini ke kebun kami yang tak beberapa jauh dari rumah kami.

Tak ada banyak benda pun kat kebun tu selain orkid, jenis bunga bunga yang lain dan sedikit tanam-tanaman buah-buahan.

Dari jam 8.30 pagi sampai pukul 2.15 petang dan sambung semula pada yang 4 petang sampailah pukul 6.30 , alhamdulillah banyak perkara yang dapat diselesaikan kat kebun tu.

Habis sakit pinggang aku sebab mengangkut batu-batu kecil dan tanah di kebun tu..Harap -harap kebun itu akan menjadi tempat aku melepaskan boring dan tension apabila penat bekerja di pejabat.

Sebenarnya aku banyak menjelajah di seluruh negara sebelum ini dan aku perhatikan banyak nursery - nursery yang majoritinya dimiliki oleh kaum cina amat berjaya.

Contoh , sekiranya korang pegi kat jalan lama rawang ..mak ooi banyaknya nursery -nursery cina yang besar lagi berjaya. Aku takdelah sampai nak menjadikan kebun aku tu 'fully nursery' tapi bila aku pikir-pikirkan' why not'!!!!!


Contohnya abang ipar aku yang duduk kat ipoh; Graduate dari Long Baech University , California dalam bidang komputer ..Tapi sekarang adalah usahawan orkid yang sangat berjaya ..siap dah keluarkan buku pasal orkid. semua penyakit , jenis dan tabiat orkid , tanye dia ajer..dia tu lebih kurang Dr. Orkid lah.

Bagi aku , apa-apa benda pun kalau nak berjaya , mesti minat , fokus dan jangan mudah mengalah..

ok bye..

Selamat Menyambut Tahun Baru Islam - Maal Hijrah

Salam tetamu sekelian..

hari ini 29.12.2008 adalah hari pertama bagi tahun baru islam . Apakah azam anda sempena tahun baru islam ini ?? Macamana dengan azam pada tahun lepas ? Sudah mencapai objektif ke belum??.

Apa-apa pun, azam saya pada tahun baru islam ini akan saya hebahkan pada malam 31.12.2008 nanti.. Tunggu ye!!

Sunday, December 28, 2008

Viva The KOPS !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Liverpool Tangga Teratas Liga.

ketika artikel ini di tulis ..Liverpool sedang mendahului N.Castle 5-1. Apa lagi yang perlu dibuktikan lagi oleh anak-anak buah Rafael Banitez .Mereka memang hebat musim ini.Permulaan tahun 2009 akan mejajikan kegemilangan buat liverpool walaupun Tanpa Fernando Morientes , Skatel , mereka masih lagi menakluki tahta liga perdana inggeris pada separuh musim ini.

Sekian.

Saturday, December 27, 2008

Politik Negara - aku Ponggg gitu Jugok!!!

Di Sunting Dari Blog eddyra..


Dok pahang aku.
Politik punya pasal abih jadi huru-hara. Aku malas sebenornya nok tulih pasal politik Malaysia ni, ngarut belaka sema. Aku follow politik kat Malaysia ni sejak aku form 1, masa tu tengoh panas peristiwa Memali. Aku masih budok-budok lagi masa tu tapi aku doh tahu pasal PAS, UMNO, Barisan Nasional, Gerakan dok gerok dok buleh makang dan sebagainya lah termasuk parti kepala lembu.


Kapong aku memang kapong hok fanatik kepada PAS, tok ki aku orang PAS tapi mok pok sedara aku ramai UMNO. Aku dok kisohlah, ikut pandai dia orang lah nok sokong apa-apa pong bukan jadi kudih gatal pong. Pergaulan aku ada belaka, ada orang UMNO ada orang PAS.. kalau ada DAP kat Ganu mungkin aku saing jugok dengan orang DAP.


Semakin aku meningkat remaja (eheng-eheng..) aku jadi lebih terbuka pasal politik. Orang PAS buat ceramah aku gi, orang UMNO buat ceramah pong aku gi jugok. Aku bahang belaka, UMNO beri pitih pong aku bahang jugok, PAS dok beri pitih tapi aku tolong jugok tepek poster dan naikang banner. Masa demo pasal Salman Rushdie kat Kg Chabang Tiga hok PAS buat aku gi gok, aku ingat agih.


Nok cakap lebih-lebih pong bukang aku buleh gi ngundi pong masa tu. Dok sapa umor lagi kangg..


Masa tu hok aku boleh ingat ahh, PAS memang parti kapong, set-set kapong jer hok sokong PAS ni, UMNO pulok memang sohor lah dengan golongan set-set bandor, orang kaya, hartawang, tokey-tokey cina (mu ingat cina takdok UMNO ke?) dan macang-macang lagi aah. Pandangang orang masa tu PAS ni memang parti cap ayang lah, parti hok takdok masa depang. Kalu kapong hok ramai set-set PAS ni biasanya kapong yang mundur ah, memang nampok macang kapong ulu lah.. set-set darat gitu. Jenis-jenis hok pakai pioh (kopiah la deiii) pakai serbang dengang juboh berselerek. Kalu orang puang gok hok jenis pakai tudung labuh giteww. Mok cik pok cik lah hok rama hok lagu ni.

Semula ah aku sambung..


Mana doh sakning..? Ho kat mok cik pok cik sakning. Kalu juper hok pakai juboh hitang juboh warna koko tu dok laing set-set PAS lah, hok duk wakaf sambil isap rokok daung pun.. set-set PAS jugok lah. Doh nok wak ganer starang muge ahli-ahli PAS ni serba kekurangang, set-set UMNO banyok pitihh..! Buleh projek besor wak jalang kapong, buleh pitih subsidi tu subsisi ni, buat sekoloh situ sining.

Mu pahang ke dok ning? Padang la doh.. wahaha!
Masa tu seingatang aku lah, kalu taing-taing (time) nok pilihanraya gok sibuk skali lah set-set PAS ni masuk hutang cari kayu buat tiang bendera, mana ada pitih boh nok beli kayu macam set-set UMNO dan Barisang Sonal. Buat kerja pong ikut keihlasang jer, tak dok bayo-bayo pitih pong. Tapi kalu hok set-set UMNO tak dok upoh jangang harak ah boh.. dok jalang ah kerja. Tobak ahh ..

Hidup UMNO..Hidup PAS.. takbirrrrrrrr!
Taing ni kalu set PAS wak jatuh bendera UMNO ka atau set UMNO wak jatuh hok PAS ka.. gocoh boh.. gocoh.. pah pecoh muka pong ada.. sikit aku nok nawok. Hok tu pekat hijau hok tu pekat biru.. masing-masing telang badge parti belaka doh.. carik poster aku carik la poster mung.. hok teruk lagi pong ada.. mu pakoh (pangkah) parti tu aku cerai mung.. ada boh.. ada ganah lagi. Jirang dengan jirang dok cakap, padang duk wak jawe gitu lah, adik beradik gitu jugok.. pecoh beloh abih.. punohh-sepunoh punohnyaaa.. Doh bakpe yang jadi gitu.. sebab mu PAS aku UMNO, sebab mu bengong aku dok bengong lah. Tapi abis je pilihanraya molek-molek ada makang minung sekali.. main bola sekali.. adehh ler..!!


Cuma aku sedih sikit bila isu Islang dengan kapir ni jadi isu besor. Islang mu saloh, Islang aku betul. Mu sesat mu toghut.. kerajaang kapirr.. UMNO kapirr.. BN kapirr.. kerajaang toghut!! Doh guana.. kesudohangnya bila ada majlis kahwin set-set UMNO, set-set PAS dok gi starang, takut makang lembu hok set-set UMNO sembelih. Set-set UMNO pulok dok gi jugok kalu set-set PAS buat bekwoh (kenduri la tambii..)


Pah pulok lepah tu taing semayang Jumaat ada sembahyang 2 imang, set-set imang kerajaang dengan set-set bukang imang kerajaang.. kata orang punca semua benda-benda ni bila petikkang ceramah Tok guru Hj Hadi di Banggol Peradong telah di manipulated oleh sesetengah pihak, lalu di namakang sebagai Amanat Haji Hadi. Padahal Hj Hadi dok kata pong tu amanat. Doh guana kata…

OK mu hok baca ni jangan maroh la deh.. aku tak mboh kata sapa betul sapa saloh pong.. mu pikirrrr la sendiri. Mu Melayu aku Melayu orang laing pong Melayu jugok, semua ngaku Tuhan se, nabi se, al quran mu dengan al quran aku sama je.. ke gana kata.. dok bakpe yang dok temu titik persamaang tuh.. asal usul keturunang hok sama je padahalnya. Wat madak benda la nok baloh-baloh bodo ke diri.


Nanti smula-smula la aku sambung.. panjang lagi nih..


OK sambung lagi.. tapi kalu aku napok berat sebeloh sila royak deh. Aku cuma nok cerita gambaran politik Melayu Isle di Tranung nih.


Kata orang, ‘Amanat Haji Hadi’ pencetus segalanya, aku dok berminat nok hurai panjang lebor muge orang lain, tok-tok guru, aling ulamak, tok guru pondok bahas belaka doh ‘amanat’ nih. UMNO sendiri pun ada buat debat olok-olok bincang pasal ni, ada tubik VCD kang.. jadi masing-masing ada pikirang buleh pikir sendiri. Hok mana baik hok mana dok baik, buang hok keruh ambik hok jerneh.


Orait.

UMNO diharang kang tahung 1988, muncul pulok parti Melayu baru, Semangat 46.. set-set Kuli. UMNO berpecoh maka Melayu berpecoh lagi, jadi 2 puokss. UMNO baru dan S46, jadi 3 puoks campur dengan PAS.. punohh Melayu.. punoh ranoh. Mu kata ke aku, aku kata ke mu. Nok pilihanraya punya pasal, Semangat 46 gabung dengan PAS jadi Angkatan Perpaduan Ummah. PAS ni orang ajok gabung dia dok tolok punya.. asalkang nok wak mapuh UMNO dan BN. Pah abih pilihanraya Semangat 46 join UMNO semula.. tinggal PAS terkotang-kating.. adula.. saing guana lagu tu.

1998 DS Anwar Ibrahim kena pecat timbul pulok parti baru Parti Keadilan Nasional. Puoks-puoks UMNO hok dok puah hati tubik joing Keadilan pulok. Melayu berpecoh lagi, baloh lagi.. sampai la ke hari ni. Melayu dok abis-abis bermusuhan, berpecoh beloh, iri hati, kerat keting.. bodo belaka. Cina dengan India pakat tepuk tangan tengok Melayu berpecoh beloh.. dia orang buleh concentrate cari pitih jaga ekonomi mereka. Melayu dok abis-abis berperang, kaum laing sibuk cari pitih, Melayu masih duk berbahas hukum halal haram, hukum haid dan nifas, siapa lebih islang siapa lebih Hadhari.. masih duk bahas lagu mana Islang hok betul, lagu mana Islang hok karut.. tobak dok maju sampai bila-bila Melayu ni. Orang cina orang India pun berpecoh tapi dia orang dok berpecoh atah nama ugama, kita hok ugama sama, kitab sama tapi berpecoh atas nama ugama.. bodo sungguh.


Tapi gok hok menariknya, PAS dok lagi jadi parti kapongan, ramai pulok cerdik pandai, orang-orang terpelajar, orang-orang berilmu hok pindoh masuk PAS. Bagi aku lah, PAS perlukan perubahang, reengineer semula.. biar open minded sikit biar orang bukan Islang terbuka hati nok dekati PAS.


Hari ni.. hari ni macang hok kita tengok ni lah.. UMNO dengan UMNO hok nok tenggelang, PAS dengan cara PAS, Melayu PKR dengan cara Melayu PKR. Tapi pada pendapatang aku lah.. PAS ni nampak stabil sikit, skandal pun hampir-hampir takdok, maintain baik punye macang orang tina maintain kan body dia.. baikkkk punya! Aku rasa kalu PKR perintah Malaysia lepas ni pong kalu dok jalang syariat Islang, aku rasa PAS tubik semula solo. PAS doh biasa solo. UMNO.. tengok lah guana lepas ni takut ada hok pakat join PAS belaka ke hahahah..
Hari ni Melayu masih lagi ketinggalang jauhhh.. masih dok bersatu masih lagi berpuoks-puoks, sudoh-sudoh lah gaduh tu..

Wajarkah 1 Januari Di Sambut ??

Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh saudara Zulkifli Nordin . Dibawahini adalah intipati kuliah beliau yang sempat disalin. ..Diantara lain, beliau mengupas ayat 120, surah Al Baqarah, mafhumnya :-

'Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atausuka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama merekayang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnyapetunjuk Allah ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demisesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudahdatangnya (wahyu yg memberi)pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran),maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapatmengawal dan memberi pertolongan kepada mu.


Beliau juga menyebut hadith Rasulullah SAW yang berbunyi, lebih kurang:

UmatKu dilalaikan tanpa disedari seperti semut hitam diatas batuhitam dimalam yang gelap. Siang ia Islam, malam ia kufur; dan siang iakufur, malam ia Islam. Yahudi & Nasarah yang tidak redha akan Islamkita akan menggunakan apa saja cara untuk menyesatkan kita. Sekarangmereka menggunakan cara yang begitu halus sampai kita sendiri tidaksedar yang kita telah mengikuti mereka. Tengok saja disekeliling kita... Contohnya,haribulan . Berapa ramai yang tahu bahawa cara tarikhMasehi ini ada kaitannya dengan tuhan mereka

21hb Ogos 2002 AD. Apa maksud AD dibelakang? Makna AD ialah"AnnoDomini" bahasa Latin yang bermaksud "Anno" ialah aku/sayadan"Domini" ialah tuhan dilahirkan. Jadi 21hb Ogos 2002 bolehdiertikan sebagai"... beberapa hari setelah tuhan aku dilahirkan."Nauzubillah ... . Insaflah kita kerana secara halus kita mungkintermasuk dalam kategori umat Nabi Muhammad SAW seperti diatas.

Sebabtulah kita dianjurkan supaya beristighfar selalu.Bila sampai 31 Disember, berapa ramaikah umat Islam yang meraikantahun baru?Tetapi sedarkah mereka bahawa telah difatwakan olehSheikh-ul-Azhar, Sheikh Tantawi, Sheikh Yusof Al-Qardhawi dan Ulama2contemporary bahawa menyambut 31Dis. bererti menyambut ulangtahun harijadi tuhan Yahudi & Nasarah?

Bagi mereka yang tidak tahu, hukumnya fasik, tetapi bagi mereka yang tahu (kita sekarang sudah tahu)hukumnya ialah MURTAD. Nauzubillah.-Wallahualam-

Rahsia Bantal ...Sila baca

Bantal Dan Rahsianya.


Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan:-

1) Memeluk Bantal - Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal - Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal - Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki - Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal- Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

6) Tidak punya bantal Kasihan betul... pergi kedai belilah satu

Saturday, December 20, 2008

Peranan Suami Sebagai Ketua dan pelindung Keluarga

SIKAP romantik suami terhadap isteri adalah sifat yang digalakkan dalam Islam. Ia adalah penyubur kasih sayang antara suami isteri.

Sifat ini perlulah dikekalkan sepanjang masa walaupun ketika usia semakin tua dan jangan sekali menjadikan anak serta cucu sebagai alasan untuk tidak lagi bersikap romantis.

Sikap romantik lahir dari hati kaya dengan kasih sayang dan ia adalah manifestasi daripada akhlak mulia yang terpancar melalui percakapan serta perbuatan sehari-hari.

Sikap romantik yang perlu dilahirkan:-

Memberi ciuman mesra kepada isteri tatkala isteri mencium tangan suami yang hendak keluar bekerja dan baru pulang ke rumah.

Ciuman adalah lambang kesetiaan, peniup semangat untuk isteri dan suami meneruskan kehidupan seharian.- Mendakap isteri ketika hendak keluar dari rumah. Ini akan mencetuskan ingatan yang berpanjangan sewaktu suami dan isteri berpisah sama ada untuk keluar bekerja atau urusan lain.-

Selalu mengucapkan perkataan yang menunjukkan kasih mendalam kepada isteri.- Memanggil isteri dengan panggilan atau gelaran yang disukai

- Selalu usik-mengusik dan bergurau senda.

- Berjalan beriringan di luar rumah. Setidak-tidaknya jangan berjalan terlalu laju meninggalkan isteri jauh di belakang.

Petua mengekalkan sifat romantis:- Isteri hendaklah bijak menghias bilik tidur untuk mewujudkan suasana romantik. Apabila ini dapat dilakukan, suami akan sentiasa berasa gembira sehingga sikap romantik yang ada dapat disuburkan.

- Isteri hendaklah menjaga penampilan di hadapan suami dengan memakai pakaian yang menarik dan bau-bauan menyenangkan suami.

- Usah malu menggunakan ungkapan cinta ketika berdua-duaan, seperti lazim diucapkan pasangan bercinta.

- Di celah kesibukan dengan kerjaya dan menguruskan rumah tangga, suami dan isteri hendaklah bijak mencari masa untuk berdua-duaan tanpa gangguan anak atau cucu.

* Pada ketika tertentu, layangkan kad ucapan mengandungi kata romantik yang penuh kasih sayang.* Sekiranya timbul sebarang masalah dalam perhubungan suami isteri, hendaklah ditangani dengan segera masalah itu. Usah biarkan masalah berlarutan sehingga lukanya membekas di hati.

Jadilah suami yang menjadi pelindung kepada isteri dan juga kepada keluarga anda.
*TANDA-TANDA AWAL KANSER*

(1) *Kanser pangkal rahim* - sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa,
sakit selepas bersenggama dan turun berat badan. * *

(2) *Kanser payudara* - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari
puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada. * *

(3) *Kanser usus besar* - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam
perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air. * *

(4) *Kanser paru-paru* - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah,
sakit dada dan hilang berat badan. * *

(5) *Kanser perut* - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur,
cepat kenyang walaupun makan sedikit. * *

(6) *Kanser limpa* - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit
dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak. * *

(7) *Kanser ovari* - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa
bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam. * *

(8) *Kanser otak* - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh,
pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti. * *

(9) *Kanser prostat* - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.* *

(10) *Kanser darah (leukimia)* -letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan
(infection).* *

(11) *Kanser tekak* - suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar* * menelan dan
kelenjar membengkak di leher. * *


*10** ** ** PENYEBAB UTAMA KANSER* * ---------------------------------------------- *

(1) Makanan(6) Tembakau (2) Alkohol(7) Radiasi (3) Sinaran cahaya matahari(8) Pekerjaan (4) Pengambilan ubat(9) Pencemaran air dan udara (5) Perokok yang tidak aktif(10) Keturunan * *
*DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA*

(1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
(2) Hindari makanan ringan yang masam
(3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
(4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
(5) Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6, dan evening primrose oil* *

*Produk Pengguna dan Makanan yang signifikan mendatangkan kanser*.

1. *SATAY hendaklah dimakan bersama dengan timunnya, sebabnya memakan satay bersama
karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen!.Karsinogen
adalah Suatu keadaan yang menyebabkan barah, Timun adalah anti-karsinogen.*

2. *Jangan makan udang selepas mengambil Pil Vitamin C. *Yang mana anda akan mati
Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. *"Bah Kut Teh" (daging babi)* Cuba tuangkan Coke (minuman bersoda) atas kepingan daging
babi tu dan tunggu sekejap, anda boleh nampak ulat berenyut-renyut keluar dari sana .
Fakta diperolehi dari "Health Corporation of Singapore ".

4. *Barah -akibat penggunaan bahan dalam shampoo.*
Jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi *Sodium Laureth Sulfate* atau
ringkasnya *SLS* . Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang.*
Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah:- *Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal,
Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo
Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate
secara tunggal.* Meskipun pertanyaan telah dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari
mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan
apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak".
Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan
yang sama untuk penghasilan busa.

5. *makanan* * jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteow dsb)*

6. *Bawang Goreng segera* .
Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat
terdapat banyak straw minuman, yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah *Straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang
bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan* , ianya *melebur lantas menyaluti
bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada
udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.

Utamakanlah kesihatan.Makan biarlah berpada. berhenti makan sebelum kenyang dan dalamilah ilmu pemakanan.

Kita mstilah mengetahui kandungan bagi setiap makanan yang kita makan itu supaya dapat menghaindari penyakit kronik.

Mencegah lebih baik Dari Mengubati.

Sekian.
n

Friday, December 19, 2008

Info Agama- Amalan Yang Mulia Untuk Pedinding Diri

Salam...

Sekadar untuk berkongsi. Agar kita semua sentiasa di lindungi Allah SWT daripada sihir Jin & Syaitan.Sebaik- baiknya jika sebelum tidur dan jadikan Amalan harian selain berzikir, amalkan selalu membaca Ayatul Qursyi, An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas kerana ayat2 ini besar ertinya sebagai senjata yg amat mustajab & ayat pelindung daripada gangguan Syaitan, Jin dan manusia2 pengamal ilmu sihir.

Nauzubillahi mindzalikh.. Kita tak tahu dan tak sedar di mana2 perkara seperti ini dan selain daripada Pukau boleh berlaku pada diri kita atau pada ahli keluarga kita. (Bacaan mestilah dengan betul tajwidnya dan kita faham maksudnya, se-eloknya refer dari tafsir Al-Quran dan fahami maknanya).

Cuba anda baca maksud surah Al-Falak (ada menyebut mengenai Sihir).Marilah kita sentiasa ingat mengingati dan sentiasa berpesan yg baik2.

Selain daripada sbg pelindung, ayat2 ini juga boleh di jadikan Resepi tambahan untuk para Ibu, Isteri yg memasak.

Dengan sentuhan Dzikir, Kalimah2 Allah & surah di baca dgn penuh keikhlasan dan betul bacaan nya InsyaAllah boleh di jadikan sebagai pelindung kebahagian Keluarga / Rumahtangga (sebab itulah sebenarnya lebih baik makan / masak dirumah daripada di luar, kita tak kenal siapa tukang masak)... Percaya atau tidak, anda boleh amalkan sekarang.

Semua info ini memberi menafaat kepada kita semua...

Sekian.

Info Kesihatan - Manafaat Diet Berpandukan Jenis Darah

Diet untuk darah jenis A Dr Peter J D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A ,mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut.Katanya, mereka yang mempunyai darah jenis A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.Sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti terbatas.

Individu jenis darah ini juga dianjurkan mengambilsusu yang sudah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpalemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlahterbatas), lemak (dalam jumlah terbatas), kekacang dan bijirin dan susukacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran danbuah-buahan dalam kuantiti yang banyak.

Diet untuk darah jenis B -Individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr Peter J D'Adamomenyarankan mereka menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakalasangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungankarbohidrat yang tinggi.

Diet golongan darah jenis AB-Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makangolongan jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus,infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan jenis makananyang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali teluritik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyakkacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecualijagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.

Diet untuk darah jenis O ,Dr Peter J D'Adamo menyarankan pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat denganpengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susudan gandum.Beliau juga menyarankan mereka mengehadkan pengambilan buah-buahan.

Menurut Dr Adamo, ciri khas golongan darah O:Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain Mudah mengadaptasi berbagai makananUntuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik .

Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendahkarbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuranBerisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makananyang diambil tidak bersesuaian.

Menu diet yang dianjurkan untuk kumpulan darah O :Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang Snek : Teh herba Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal Snek : Sepotong kuih Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentangrebus, buah-buahan dan teh herba.

Ciri khas individu jenis darah A:* Memiliki sistem pencernaan yang sensitif* Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging* Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak* Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga* Cukup beristirehat.

Menu diet yang dianjurkan utk darah jenis A:Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oatSnek: Jus anggur / kopi

Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herbaSnek: Kuih beras dua potong dan teh hijau

Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba.

Ciri khas golongan darah B:* Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan,namun perlu menghadkan pengambilan daging.* Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untukmeningkatkan sistem imunisasi badan.

* Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalankaki dan bermeditasi.* Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.

Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak .

Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikanlaut, semua produk susu kecuali 'blue chesse' dan aiskrim, telur ayamorganik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makananberasaskan beras dan buah-buahan.

Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam,udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyakjagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa,santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacangpistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera,beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.

Menu diet yang dianjurkan utk darah jenis B:Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemakSnek: Jus anggurMakan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad danteh herbaSnek: Jus limau/yogurt dan teh herbaMakan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan tehherba.

Ciri khas individu jenis darah AB:* Memiliki sistem pencernaan yang sensitif* Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap* Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan.

Menu diet yang dianjurkan utk darah jenis AB:Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potongkejuSnek : YogurtMakan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum danteh herbaSnek: Kek keju dan teh herbaMakan Malam : Omelet dan salad buah serta air kopi .

Selamat Beramal.

Saturday, December 13, 2008

Rehat Minda anda seketika


PAS Pong Nok Menang Jugokkkk


Khairul Azlam Mohamad Foto Harakahdaily Sat Dec 13, 08 12:20:14 pm MYT
KUALA TERENGGANU, 13 Dis (Hrkh) - Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil P.36 Kuala Terengganu, Ustaz Nasharudin Mat Isa menegaskan penyertaan PAS bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu kali ini untuk menang.

Katanya, pilihan raya kali ini merupakan pilihan raya Pakatan Rakyat, kerjasama antara PAS, Parti KeADILan Rakyat (KeADILan) dan DAP.

Malah menurutnya, jentera parti kini berada dalam keadaan siap sedia dan penyertaan PAS kali ini adalah bagi memenangi kerusi parlimen tersebut.

?Kita masuk untuk menang. Pilihan raya kecil ini adalah pilihan raya Pakatan Rakyat dan kita (PAS) mendapat sokongan sepenuhnya daripada rakan-rakan komponen Pakatan Rakyat.
Kita (PAS) terima sokongan dalam bentuk kerjasama itu dan telah mulakan beberapa proses awal dan mereka (KeADILan dan DAP) telah pun menghantar wakil masing-masing bagi menduduki jawatankuasa pilihan raya kecil ini,? tegasnya pada sidang media di Bilik Mesyuarat Pejabat PAS Kawasan Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Beliau yang juga Timbalan Presiden PAS berpuas hati dengan persiapan jentera parti di peringkat kawasan dan negeri yang dibawa kepada Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat.
Menurutnya, mesyuarat jawatankuasa tersebut akan diadakan di Kuala Terengganu pada 21 Disember 2008 ini.

Saya rasa berpuas hati dengan persiapan jentera parti di peringkat yang telah dibuat dan keputusan mesyuarat di peringkat negeri ini akan dibawa kepada Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 21 Disember 2008 yang akan diadakan di Kuala Terengganu," katanya.
Katanya, pada mesyuarat tersebut perbincangan lebih menjuruskan mengenai polisi parti termasuk bakal calon yang akan bertanding.

Menurutnya, prosedur biasa diguna-pakai dalam hal berkaitan dengan calon yang akan diketengahkan bermula di peringkat akar umbi lagi.
Hadir sama pada sidang media itu, Timbalan Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil P.36 Kuala Terengganu, Dato. Mustafa Ali dan Pengarah Jentera Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, Dato. Wan Abdul Mutalib Embong. - mns_

BN Mesti Menangggggggg..Najib ( Boleh Ker ??)

KUALA TERENGGANU 13 Dis. — Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari depan amat penting sebagai bukti untuk menunjukkan kebangkitan parti itu selepas kekalahan BN dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, Ogos lepas.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kemenangan di Kuala Terengganu kelak sebagai sesuatu yang amat penting untuk masa depan UMNO.

“Kita mesti menang sebab kita nak jadikan kemenangan ini sebagai satu titik permulaan BN dan UMNO untuk bangkit dari kekalahan di Permatang Pauh,” katanya ketika berucap pada majlis penutup Pemukiman UMNO Terengganu dan pelancaran jentera pilihan raya kecil Kuala Terengganu di Taman Tamadun Islam di sini, hari ini.

Turut hadir isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said, dua Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz, Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Najib yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, kemenangan yang bakal diraih oleh BN itu juga merupakan satu isyarat kepada semua pihak bahawa rakyat memilih sebuah parti yang boleh membela hidup dan masa depan mereka.

“Kita nak bagi isyarat yang jelas kepada negara dan satu dunia yang rakyat negara ini memilih BN sebagai parti mereka,” kata beliau.

Pilihan raya kecil Kuala Terengganu diadakan berikutan kematian Datuk Razali Ismail Razali, penyandang kerusi itu, pada 28 Nov lalu.

Sementara itu, Najib turut menitipkan beberapa petua kepada calon yang akan bertanding pada pilihan raya kecil berkenaan supaya dapat membawa kemenangan besar kepada parti itu.
Menurutnya, dalam sesebuah pilihan raya, baik umum atau kecil, pengundi adalah perkara yang paling penting dan diberi keutamaan melebihi perkara-perkara lain.
“Kita mesti faham dalam masa pilihan raya yang lebih penting bukanlah jentera Umno, bukan ketua cawangan dan bukan ahli jawatankuasa cawangan tetapi pengundi yang paling penting kerana mereka adalah “raja” semasa pilihan raya.

“Sesiapa saja jadi calon tak penting tapi yang utama dia mestilah seorang yang merendah diri, tidak sombong, mesra rakyat, bersalam dengan semua orang, buatlah cara yang disenangi pengundi kerana mereka juga akan sayang kita sebab perwatakan kita itu,” katanya.

Liverrpooll...liverpoollllllll


Liverpool atas landasan betul - Benitez
LIVERPOOL - Rafael Benitez percaya Liverpool berada di landasan betul untuk mengukir kejayaan musim ini jika mereka berupaya berada di puncak liga ketika Liga Juara- Juara Eropah berehat selama dua bulan.


Berjaya melayakkan diri di tempat pertama pada peringkat kumpulan selepas menang 3-1 ke atas PSV Eindhoven di Belanda, Selasa lalu, pasukan Benitez seterusnya akan berdepan dengan Hull City di Anfield hari ini.
Penolong khas Rafael Banitez

Chelsea yang tidak bermain sehingga Ahad ini membolehkan Liverpool menjarakkan kedudukan dengan perbezaan empat mata di puncak liga jika berjaya menang dalam perlawanan pertama di antara dua kelab tersebut sejak 49 tahun.


Ini adalah peluang untuk Benitez mendorong pemainnya supaya tidak mempersiakan peluang jika Liverpool mahu memenangi kejuaraan liga buat pertama kali sejak 19 tahun.
''Kami telah melayakkan diri ke peringkat seterusnya dalam saingan Eropah, kami berada di puncak liga dan sekarang kami boleh menumpukan kepada saingan di peringkat domestik.
''Kami mempunyai peluang hampir tiga bulan untuk menumpukan kepada saingan Liga Perdana dan Piala FA. Kami mahu kembali beraksi di peringkat Eropah tahun depan dengan masih berada di puncak liga.

''Kami tidak mahu memberikan kedudukan tempat pertama kepada pasukan lain. Jika kami masih berada di tempat teratas apabila memulakan saingan Liga Juara-Juara Eropah peluang untuk mencatat keputusan yang baik musim ini sangat cerah,'' kata Benitez yang hampir memperbaharui kontrak untuk terus bersama pasukan The Reds sehingga 2013.
Liverpool tahu mereka perlu mempertingkatkan tahap permainan di hadapan penyokong sendiri jika mereka tidak mahu perkara yang sama berlaku terhadap Arsenal berulang apabila tewas di tempat sendiri di tangan Hull awal musim ini.

The Reds seri di tempat sendiri ketika menentang Stoke dan Fulham seterusnya mereka diejek apabila sekadar mencatatkan keputusan seri 0-0 menentang West Ham.
Stevan Gerrard, Xabi Alonso dan Jose Reina dijangka kembali menyertai pasukan selepas direhatkan ketika bertemu Eindhoven. Penyerang Belanda, Dirk Kuyt juga bersedia untuk beraksi selepas mengalami kecederaan urat pelipat lutut pertengahan minggu ini.
Hull telah membuktikan dengan melakukan kejutan berada di antara pasukan kelompok teratas pada penampilan kali pertama dalam Liga Perdana England.
Walaupun dijangka tersingkir selepas pertama kali beraksi dalam liga, mereka memulakan aksi minggu ini di tempat keenam, kurang tiga mata untuk mengisi tempat ke Liga Juara-Juara Eropah.


Namun, persiapan mereka untuk perlawanan hari ini telah dibayangi dengan penahanan penyerang Marlon King yang menjaringkan gol kemenangan ketika bertemu Middlesbrough minggu lepas.
King yang dipinjam dari Wigan sehingga penghujung musim dituduh menyerang seorang wanita di kelab malam di London.
Ia masih menjadi persoalan sama ada dia dapat beraksi atau tidak di Anfield tetapi pemain yang akan menerima layanan hangat dari penyokong Liverpool ialah Nick Barmby.
Bekas pemain tengah England berusia 34 tahun itu beraksi bersama Liverpool selama dua tahun selepas perpindahan kontroversi dari pasukan musuh, Everton pada 2000 dan membantu kelab memenangi tiga piala dalam satu musim.
''Saya suka mengingatkan kembali kenangan saya bersama Liverpool, ia sebuah pasukan yang hebat.


''Saya telah berpeluang memenangi beberapa piala bersama sebuah kelab terbaik di dunia tetapi saya lebih gembira mengingatkan kembali suasana penyokong di Anfield.
''Suasananya sungguh menakjubkan dan melihat pasukan lawan menentang Liverpool dalam saingan liga sungguh memukau, saya harap ia berterusan,'' kata Barmby.
Barmby bagaimanapun mempertahankan penyerang Liverpool, Robbie Keane.
Keane masih bergelut untuk mencari jaringan selepas berpindah ke Tottenham dan tidak disenaraikan ketika menentang Blackburn minggu lepas sebelum dipanggil semula berhadapan PSV.


''Robbie Keane seorang pemain yang bagus, anda tidak perlu gusar mengenainya. Saya yakin pada separuh saingan musim ini dia akan kembali menyengat untuk pasukan Liverpool,'' ujarnya.

Friday, December 12, 2008

Jaga lah kesihatan diri..

RASA kurang cergas, mengantuk selepas makan tengah hari dan letih antara masalah biasa yang dialami kebanyakan orang. Perkara ini lebih ketara dalam tempoh satu hingga dua jam selepas makan tengah hari yang boleh menyebabkan produktiviti terjejas.


Kadangkala kita hairan bagaimana orang yang jauh lebih tua boleh kekal cergas dan sentiasa bersemangat melaksanakan tugasnya.
Sebenarnya masalah cepat letih dan kurang cergas disebabkan gaya hidup, tabiat pemakanan dan cara kita mengawal minda serta emosi.

Tabiat dan pemilihan makanan mempengaruhi tahap kecergasan seseorang. Beberapa cara boleh dilakukan untuk meningkatkan kecergasan dan mengatasi masalah cepat letih serta mengantuk di tempat kerja.

-Mesti bersarapan walaupun anda tidak rasa lapar. Kajian menunjukkan individu yang bersarapan berasa lebih baik daripada segi mental dan fizikal. Penyelidik dari Universiti Cardiff, United Kingdom mendapati hidangan seringkas bijirin sarapan pagi boleh merendahkan tahap hormon kortisol iaitu hormon yang menyebabkan tekanan.


-Makan setiap tiga hingga empat jam dalam kuantiti kecil — maknanya anda mesti makan pagi, tengah hari dan malam. Makan secara teratur tiga kali sehari boleh mengawal paras gula dalam darah. Makan sedikit tetapi kerap lebih baik daripada makan banyak pada satu-satu masa. Ini kerana badan menggunakan lebih tenaga untuk menghadam makanan dan ini boleh membuatkan anda berasa letih.

-Pastikan setiap hidangan mengandungi karbohidrat dan protein sebagai sumber tenaga. Karbohidrat dari makanan ditukar kepada gula ringkas (sebagai tenaga) dan ini secara tidak langsung mengurangkan keinginan anda kepada makanan manis.


-Lebihkan pengambilan sumber serat — Untuk mengekalkan kesihatan, kita disaran mengambil sekurang-kurangnya lima hidangan serat setiap hari tetapi jika mahu meningkatkan tahap kesihatan dan mencegah penyakit, kita perlu makan lima hingga sembilan hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan sehari.
Serat bukan saja membuat kita berasa lebih cepat kenyang, tetapi tempoh kenyang itu juga lebih lama. Ini kerana serat memperlahankan ‘kemasukan’ karbohidrat ke dalam darah yang membuatkan tenaga tahan lebih lama.

-Minum banyak air. Air sangat penting untuk memastikan semua organ berfungsi secara optimum. Kekurangan air walaupun sedikit boleh membuatkan darah menjadi pekat dan memaksa jantung untuk mengepam lebih kuat.
Tanpa disedari perkara ini menyebabkan kita terasa penat.Air juga membantu melancarkan aliran nutrien ke seluruh badan. Ia juga mengembalikan kepekatan darah ke paras normal. Jika anda berasa mengantuk, terutama selepas makan tengah hari, itu tandanya kurang oksigen sampai ke otak. Untuk mengatasinya, minum lebih banyak air masak bagi menghilangkan rasa mengantuk.

Berapa banyak perlu minum? Sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter sehari. Ada pengamal perubatan alternatif berpendapat satu liter masih tidak memadai kerana jumlah air yang hilang dari badan mungkin lebih banyak, terutama jika bersenam dan ketika cuaca panas.

Jadi kita disaran minum lebih banyak kerana air menjadi bahan paling murah untuk menyingkir bahan toksik daripada badan. Antara cara untuk mengetahui sama ada anda cukup air atau tidak ialah mengira kekerapan ke tandas dan warna air kencing.

Kekerapan yang normal ialah sekali dalam masa dua hingga empat jam dan air sepatutnya jernih serta berwarna kuning cair. Selain minum air kosong, sumber cecair lain ialah jus buah, sup dan buah-buahan yang mengandungi banyak air seperti tembikai, oren dan anggur. Namun individu yang ada masalah berat badan berlebihan digalak lebih banyak minum air kosong bagi mengelak pertambahan kalori yang tidak diperlukan daripada gula.

bersambung....

Satay Ramzam ....Cuba ye..kalu tak sedap bagitau ..kalu sedap bagitau kawan2

Salam Semua ,

Saya bukanlah pandai sangat buat sate nie..tapi memang saya suka makan sate. Jadi dibawah ini adalah resepi saya . Cubalahh…


Bahan-bahan satay:1 kg isi ayam/daging } dihiris kepingan 2.5 x 2.5cm 1 1/2 sudu kecil garam4 sudu besar gula pasir2 sudu besar madu2 sudu besar minyak masaklidi sateminyak untuk merenjis(dgn serai yg dititik)Bahan yg perlu dikisar:3 ulas bawang merah2 biji buah keras2 ulas bawang putih3 cm kunyit hidup atau 2 sudu kecil kunyit serbuk 4 cm halia2 batang serai4 cm lengkuas1 sudu besar ketumbar } disangai1 sudu kecil jintan manis } disangai1 sudu kecil jintan putih } disangaiCara membuatnya: Campurkan gula, madu, minyak masak dan garam ke dalam bahan-bahan kisar.Perap daging dengan bahan kisar sekurang-kurangnya selama 3 jam . Cucuk dengan lidi dan bakar, sambil merenjis dengan minyak menggunakan serai hingga sate masak. Sajikan dengan kuah kacang, nasi impit, ketupat, bawang dan timun. Tips: Lidi terlebih dahulu direndam di dalam air selama 2 jam sebelum digunakan untuk mengelakkan lidi hangus bila satay dibakar.

Diet Ikut Jenis Darah Anda...Cuba lah.

Amalan pemakanan secara bersukat cenderung mengalami masalah ketidakseimbangan nutrisiMENGAMALKAN pemakanan berjadual mengikut jenis diet tertentu kini menjadi trend di kalangan masyarakat. Ada yang mengamalkannya secara melulu, sebahagian lagi menjadikan internet sebagai rujukan.Antara jenis diet yang menjadi amalan dan didakwa mampu membantu mengekalkan kesihatan badan selain tujuan menguruskan badan adalah diet mengikut jenis darah atau Blood Type Diet (BTD) diperkenalkan Dr Peter D’Adamo melalui buku tulisannya, Eat Right 4 Your Type dan Lectins: The Diet Connection buat pertama kalinya pada 1997.Bagaimanapun pakar pemakanan menolak dakwaan D’Adamo kerana menurut mereka BTD tidak diiktiraf secara saintifik. Mengapa berlaku percanggahan ini.

Teori diet D'Adamo tidak diiktirafDIET mengikut jenis darah atau Blood Type Diet (BTD) diperkenalkan Dr Peter D’Adamo melalui buku tulisannya, Eat Right 4 Your Type dan Lectins: The Diet Connection buat pertama kalinya pada 1997.TAN menunjukkan amalan pemakanan seimbang berdasarkan piramid makanan.Ia adalah diet asas dengan kepercayaan jenis darah adalah faktor terpenting menentukan diet yang sihat. Bagaimanapun ia dikritik hebat oleh pakar pemakanan, nutrisi dan doktor kerana teori itu tidak dibuat berasaskan kajian saintifik.Evolusi teori kumpulan darah yang digunakan D’Adamo adalah berasaskan kajian oleh William C Boyd seorang antropologi darah yang membuat kajian mengenai kumpulan darah. Dalam buku tulisan Boyd, Genetics and the races of man: An introduction of blood groups, physical anthropology diterbitkan pada 1950, Byod menerangkan bagaimana analisis genetik terhadap kumpulan darah dan bangsa seseorang itu boleh membezakan genetik. Daripada pemahaman inilah, Boyd mengagihkan populasi dunia kepada 13 bangsa.Kemudian, D’Adamo mengagihkan pula 13 perbezaan itu bersama-sama dengan jenis darah dengan setiap jenis darah dalam 13 kumpulan itu memerlukan diet yang berbeza.Bagaimanapun BTD yang dirumuskan berdasarkan teori D’Adamo tidak diiktiraf secara saintifik kerana ia diandaikan mengikut teori tindak balas kimia lectin iaitu sejenis protein dalam makanan yang mana jenis darah diprogramkan secara genetik untuk menerima atau menolak.Teori itu mengandaikan, sebarang ketidakserasian antara lectin dan jenis darah akan mengakibatkan rumpuan sel yang dipanggil percantuman pada bahagian sel berkenaan yang akan mengganggu pencernaan, metabolisme, masalah berat badan dan juga mengakibatkan sistem keimunan tidak berfungsi dengan berkesan.

Namun, itu hanyalah teori tanpa asas saintifik. Persoalannya, mengapa ia menjadi ikutan? Pakar Pemakanan Pusat Perubatan Pantai, Tan Shy Pyng berkata, untuk kurus dan kekal langsing membuatkan manusia sanggup berbuat apa saja. Malah, pelbagai formula kurus dicipta dan disebarkan secara meluas melalui media terutama internet membuatkan ramai berani mencuba.“Ada banyak jenis diet antaranya Diet Atkin, BTD dan banyak lagi namun ia sebenarnya tidak baik untuk kesihatan. Mereka yang mengamalkan pemakanan bersukat cenderung mengalami masalah ketidakseimbangan nutrisi di dalam badan, mungkin disebabkan memilih makanan.“Mereka percaya jenis kumpulan makanan tertentu perlu diambil dalam jumlah tertentu sedangkan ia tidak benar. Misalnya BTD tidak menggalakkan individu berdarah O mengambil makanan tinggi karbohidrat dan perlu meningkatkan pengambilan protein.“Tapi, menurut pandangan pakar pemakanan dan perubatan, cara itu boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah krisis tenaga disebabkan kekurangan karbohidrat.

Mungkin yang mengamalkan BTD akan kurus dalam tempoh tertentu tapi proses yang terjadi tidak normal dan memudaratkan,” katanya.Pengambilan protein berlebihan boleh menyebabkan ia berkumpul menjadi urea dan creatinine (bahan kumuh). Jumlah pengambilan protein yang banyak akan membebankan buah pinggang dan lama-kelamaan akan menjejaskan fungsi organ itu.“Biasanya masalah berkenaan hanya akan dapat dilihat dalam tempoh 10 hingga 15 tahun,” katanya.BTD juga diperkenalkan bukan hanya untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan tapi ia turut disyorkan pada pesakit kanser. Secara asasnya, pesakit kanser sememangnya memerlukan protein dan kalori tapi jumlah kalori yang banyak akan menyebabkan sistem imun hilang.“Sebagai penyelesaian, jika seseorang ingin mengurangkan berat badan, cara yang paling betul adalah mengamalkan pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat. Perhatikan apakah punca masalah kegemukan? Faktor utama adalah makanan segera dan kurang senaman.“Kanak-kanak juga ramai yang mengalami masalah obesiti. Ia disebabkan tabiat mereka yang berubah, tidak aktif, malas bersenam dan memakan makanan segera,” katanya.

Tan berkata, bersenam tidak akan memberikan hasil segera seperti mengamalkan diet atau mengambil pil kurus tapi ia memerlukan tempoh dan kesungguhan. Sebagai permulaan, seseorang yang berbadan besar boleh memulakan senaman seperti jalan kaki atau joging.“Kami juga menggalakkan pesakit yang datang berjumpa pakar pemakanan menukar gaya hidup mereka yang kuat makan atau makan makanan tidak sihat, kurang bersenam atau masalah genetik.“Mereka yang aktif tapi masih gemuk biasanya disarankan mengurangkan pengambilan karbohidrat supaya apabila bersenam, tenaga yang bertukar menjadi lemak akan terbakar.“Selain itu, mereka juga perlu tukar cara pemakanan. Cara masakan dan kuantiti mempengaruhi. Jika sebelum ini suka masakan bersantan, selepas ini amalkan makanan sup atau tanpa santan,” katanya.

Kata Tan, jika sebelum ini mereka yang mengalami masalah kegemukan sering putus asa untuk menjalani rawatan menguruskan badan, tapi Tan memberi jaminan bahawa genetik dan tahap metabolisme boleh bertukar.“Amalkan gaya hidup aktif kerana lemak yang degil lama kelamaan jika sentiasa dibakar akan menjadi tenaga dan secara perlahan-lahan akan menukar tahap metabolisme badan,” katanya.Sementara itu, Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia, Dr Tee E Siong berkata, orang ramai yang ingin mencuba MTD sepatutnya membuat penyelidikan lebih lanjut dan tahu mengapa diet ini perlu diambil.Katanya, dalam amalan pengambilan nutrisi, tidak ada bentuk pemakanan yang diambil berasaskan kumpulan darah.

Diet boleh dibuat mengikut jantina, usia dan aktiviti harian tetapi bukan mengikut kumpulan darah.“Untuk mendapatkan pemakanan seimbang dan penjagaan kesihatan, pengambilan makanan haruslah berpandukan nutrisi pemakanan yang diperlukan. Panduan jenis pemakanan boleh dibuat mengikut saranan Kementerian Kesihatan dan Panduan Pemakanan Malaysia,” katanya.Dr Tee berkata, mengamalkan diet mengikut jenis darah hanya akan membuatkan seseorang itu tertumpu pada jenis makanan tertentu saja. Ia boleh menyebabkan seseorang itu tidak mendapat nutrisi secukupnya dan kekurangan zat tertentu.Keadaan ini boleh mendedahkan seseorang itu kepada masalah kesihatan lebih kronik. Misalnya kekurangan asid folat, vitamin B6 atau B12 yang boleh meningkatkan tahap homocysteine (kompaun yang terhasil apabila protein makanan dipecahkan dan diproses) dalam darah.Ada teori yang mengatakan jika tahap homocysteine meningkatkan, risiko terhadap masalah jantung juga tinggi.

Fakta: BTDKebaikanBagus jika anda tidak suka mencuba makanan baru dan hanya makan menu tertentu.Anda tahu jumlah makanan yang anda makan dan banyak mana anda makan.Walau apa jenis diet yang anda amalkan, anda masih perlu bersenam.Mengehadkan jumlah makanan boleh menyebabkan kekurangan berat badan.Pengambilan makanan yang siap diproses tidak digalakkan.KeburukanTidak ada penyelidikan saintifik yang menunjukkan kaitan antara jenis darah, jenis makanan dan berat badan.Tidak realistik kerana bukan semua ahli keluarga memiliki jenis darah yang sama.Diet berasaskan jenis darah sangat kompleks malah kerap kali dipertikaikan.Mengehadkan pemakanan menyebabkan anda mengalami kekurangan nutrisi.Memerlukan pengambilan makanan tambahan untuk menambah kekurangan nutrisi.

FaktaDiet untuk darah jenis A Dr Peter J D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut.Katanya, mereka yang mempunyai darah jenis A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.Sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti terbatas. Individu jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang sudah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas), kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.

Diet untuk darah jenis B Individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr Peter J D’Adamo menyarankan mereka menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

Diet golongan darah jenis AB Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.

Diet untuk darah jenis O Dr Peter J D’Adamo menyarankan pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum.Beliau juga menyarankan mereka mengehadkan pengambilan buah-buahan.

Wednesday, December 10, 2008

Bukit Antarabangsa

Salam Sejahtera,

Hari ini sudah hampir seminggu kejadian tanah runtuh yang berlaku di Bukit antarabangsa, Ulu Klang ,Selangor. Dan pada hari juga sudah berpuluh-puluh cadangan,saranan pendapat telah diutarakan dari Kerajaan Pusat,kerajaan negeri ,ahli akademik ,ahli arketik ,ahli geologi ,budak universiti ,budak sekolah dan juga orang awam. Pada hemat saya , saya hanya memberi masa selama 3 minggu sahaja,percayalah semua ini akan hilang bak kabus . Bukannya kali pertama kejadian ini berlaku malah , kejadian tumbangnya highlands tower yang hanya 1.5 km dari tempat kejadian pada hari ini sebenarnya sudah cukup memberi pengajaran. Siapakah yang harus dipersalahkan? Pemilik rumah? Pemaju? PBT? Kerajaan Negeri? siapa???

Bagi saya yang bersalah ialah ,pemilik ,pemaju ,PBT dan Kerajaan Negeri.

Pembeli kerana tidak mengutamakan keselamatan tetapi mengutamakan kemegahan ,ego kerana tinggal ditempat yang mempunyai pemandangan yang indah dan mewah. padahal 1.5km daripada rumah mereka telahpun tumbang highlands tower.

Pemaju kerana hanya mengutamakan keuntungan. Amat tidak logik sekirannya mereka tidak menyedari bahawa pembinaan ditepi cerun atau lereng bukit adalah sangat merbahaya kerana sebagai pemaju mereka sudah mengetahui bahawa kawasan bukit antarabangsa adalah kawasan yang telah 'Over develope' , pembangunan yang berlebihan.

PBT ,kerana saya yakin dan pasti pegawai-pegawai peguatkuasa telah pun kenyang dengan duit kopi ,perempuan yang menjadi habuan untuk meluluskan projek -projek 'panas' seperti perumahan dilereng atau tepi bukit ini.

Kerajaan Negeri kerana bagi mereka yang penting adalah ingin menunjukkan yang negeri mereka membangun dan kebanyakkan pegawai-pegawai daerah adalah ahli-ahli umno atau JKKK kawasan di negeri selangor.

Apa yang patut dilakukan kini??

bagi saya , satu post mortem oleh kerajaan negeri sekarang perlu dilakukan. Siapa yang meluluskan projek berkenaan ?Adakah pegawai-pegawap PBT dan siapa yang memberi arahan ? MB selangor atau Exco ataupun JKKK cawangan Bukit Antarabangsa? mereka ini harus diseret kemuka pengadilan . Mereka ibarat harapkan pagar,pagar makan padi.

Dengan tindakan tegas seperti ini saya percaya dan yakin PBT tempatan yang lain malah diseluruh negara akan memikirkan 7-8 kali dalam memberi kelulusan bagi penempatan di lereng-lereng bukit atau tepi-tepi bukit.

Sekian .

Kemanakah arah Bolasepak negara

ﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ
Saya mulakan dengan Bolasepak Negara. Perlawanan antara Malaysia dengan Thailand bagi kejuaraan piala suzuki baru sahaja tamat dan keputusannya ialah M'sia 0 Thai 3. Apa sebenar yang di miliki oleh pasukan negara? Skuad bolasepak ataupun skuad pondan? Inilah masaalahnya apabila politik dicampir adukkan dengan sukan. Lihat mereka-mereka yang ada di dalam FAM? adakah mereka benar-benar layak?
Atau adakah kerena Kelas bolasepak negara kita semengnya sudah tidak boleh diperbaiki? Dimanakah kita pada era tahun 70an,80an atau 90an dan dimanakah Vietnam ,kemboja ,thailand ,korea dan jepun pada era zaman yang sama?
Sebenarnya kita mempunyai kekuatan.Kita memerlukan pengurusan yang benar-benar berfikiran bolasepak. Malah kita mungkin akan lebih baik berbanding dengan era -era yang seperti saya sebutkan tadi.
Mengapa perlu kita mempunyai Sultan sebagai presiden FAM? mengapa kita memerlukan seorang naib ketua pemuada umno sebagai naib presiden FAM ?? Mengapa kita memerlukan seorang setiausaha agung FAM yang tidak langsung mempunyai idea-idea yang bernas untuk memajukan sukan bolasepak tanahair??Saya bukan anti umno dan bukan anti sultan..tapi bagi saya kita perlukan perubahan bagi struktur organisasi FAM. Megapa harus kita meminggirkan Datuk Aini Taib, Datuk Nadzi salleh yg mana tokoh-tokoh sukan ini telah membuktikan bahawa sukan juga memerlukan pasukan pengurusan yang baik , cekap dan fokus.
Kita sebenarnya lebih banyak politiking didalam FAM daripada memajukan sukan bolasepak tanahair. Kebanyakan pihak pengurusan FAM hanya mementingkan glamour , wang dan pengaruh politik didalam sukan. Naib Presiden FAM , Khairy Jamaluddin telah memberi amaran kepada Jurulatih pasukan negara supaya mencari kemenangan dlm saigan Piala Suzuki di thailand kalau tidak beliau akan disingkirkan. Nah , gaya arahan melebihi pemilik Real Madrid , tapi adakah khairy memecat jurulatih pasukan Myteamnya yang gagal menyerlah?
Kia harus bantu pasukan negara dan bagi saya sekiranya pasukan negara gagal dlm kejohanan peringkat asia, yang patut letak jawatan ialah Presiden dan naib presidennya.

Tuesday, December 9, 2008

Hari Raya Yang sederhana

Alhamdullilah aku dan isteri baru saja tiba dirumah daripada rumah ibubapaku di K.terengganu. Perjalanan amat lancar sekali mungkin kerana ramai warga-warga perantau telah beransur pulang ke k.l atau ke destinasi masing-masing untuk memulakan kerja selepas hampir seminggu bercuti. Keadaan jalanraya terutamanya dari dungun ke kemaman yang boleh dikatakan hampir 70% adalah 4 lorong sedikit sebanyak menyumbang kepada pergerakan trafik yang bergerak lancar. Sambutan Hari Raya korban di K.t pada tahun ini agak sederhana dan tidak jauh berubah dari tahun sebelumnya. Tiba saja aku dirumah ibubapaku pada petang hari raya pertama, begitu banyak sekalli makanan yang disediakan oleh ibuku; Nasi Bukahri , Nasi Impit dan juga ayam kampung kerutuk..selain dari daging korban yang di goreng...emmm naik la 4-5 kilo berat aku nie...

Walubagaimanapun aku tidaklah 'belasah' semua sekali..mungkin kerana sekarang ni aku memang cepat kenyang..

Agak sunyi juga kerana aku dan isteriku sahaja yang ada dirumah kerana kebanyakan abng dan kakak aku menyambut hari raya haji tahun ini dirumah mertua masing-masing..

Ahh ..penat rasanya...aku berhenti dulu disini ..nak tido..esok kerje...wasssalam.

Monday, December 8, 2008

Allahuakbar..allahuakbar..walillailham....

Hari ini 8.12.2008 adalah hari umat islam diseluruh malaysia menyambut perayaan aidil adha. Isteriku tercinta turut melakukan ibadah korban pada tahun ini. Hujan yang lebat sejak 2 hari yang lalu berhenti seketika seolah-olah memberi laluan untuk umat islam melakukan ibadat korban pada pagi ini. Mudah-mudahan ibadat korban hari ini diterima oleh yang maha berkuasa.

Selepas waktu tengahari ini aku dan isteri akan ke kampung halamanku di K.terengaanu utk bertemu dengan ayah dan bonda tercintaku. Semalam ibuku telah pun menalifonku bertanya bila aku akan pulang kerana hidangan kegemaranku,nasi impit berkuahkan ikan tongkol sudah hampir siap.

Buat umat islam dimalaysia dan di seluruh dunia' selamat menyambut hari Raya aidil Adha' .

Wassalam.

Pertemuan dan PerPISahaN

Bertemu dan berpisah..itu adalah lumrah alam. Menyakitkan,mengecewakan ,sedih ,pilu ,gembira adalah sebahagian dari bertemu dan berpisah.

Namum apakan daya ..itu adalah suratan takdir..tak kira bila,bagaimana , dimana ...ibu dan anak..kawan dan kekasih .. suami dan isteri malah abang dan adik ...semuanya akan berpisah...

namum perpisahan ...kematian ..perbalahan ..salah faham...adalah perpisahan yang menyakitkan...amat melukakan...

Hadapi dengan hati yang tabah..segala dugaan akan diharungi..rintangan dan halangan dihadapi dengan tenang dan penuh redha..pasti akan Bangkit kembali!!!!!!!!

Sunday, December 7, 2008

BanJIR Oh. banjir...Terengganu BANJIRRRRRRRRR

hujan lebat tanpa henti-henti sampai ler sekarang nie...Berita terbaru air makin naik di Kemaman , Dungun dan Hulu terengganu.. kalau besok tak lagi berhenti ... tak berayalah jawabnya orang kat sini..

Tapi memang ok pun kalau banjir sebab tahun lepas negeri lain ; kelantan ,Pahang ,johor dan Kedah semuanya mengalami banjir yang hebat-hebat belaka , tapi Terengganu takde pulak.. Ramai orang kat terengganu ini meramalkan tahun ini terengganu memang hebat dilanda banjir..tapi tak tahulah ..tu semua kehendak tuhan sajalah..kita sebagqai HambaNya hanya mendoakan agar sekiranya banjir melanda ,,biarlah ala kadar je kan..kan..Amin.

The KOP still at TOP of the table!!!!!!

Klasss Liverpoll ..latest result : Blackburn 1 Liv. 3 .. Now at the end of the half season , liverpool lead the table. If they keep winning , it not possible that they will be the champ.

Can they do it!!! Of course. We have been waiting for a decade to see the KOP lift the trophy for EPL ... Go liv..go.. You'll Not Walk Alone.

Saturday, December 6, 2008

EPL-English Premier League

VIVA LiverpOOOLLLL....

Saya adalah antara berjuta peminat setia Liverpooll..anda bagaimana..Chelsea Ker? MU Ker ? arsenal Ke....Tak Kisahhhhhh...apa-apa pun .. season nie..The KOP will be the champ!!!!

Trajedi Di Ulu Klang BERulang

Hari ini , 6 disember 2008, trajedi tanah runtuh telah berlaku di Bukit Antarabangsa , selangor mengorbankan setakat ini 3 nyawa manakala 6 lagi masih hilang.

Bilakah kita sebagai manusia dapat mengambil pengajaran daripada trajedi ini dari terus berlaku!! Kejadian Highlands Tower seharusnya telah pun menjadi pengajaran, tetapi nafsu manusia dan lumrah manusia yang MUdah Lupa terus menjadi penyumbang kepada kejadian..

Adakah pegawai pegawai daerah yang meluluskan pelan perumahan di bukit tersebut mempunyai rasa tanggungjawab sosial didalam menilai kelulusan permohonan dikawasan tersebut? inilah mentaliti yang perlu diubah oleh pegawai-pegawai kita..

Harapan kita kejadian ini akan menjadi pengajaran buat kita dan menjaga alam kita , bukit-bukau serta hutan adalah menjadi tanggungjawab kita bersam...

Wednesday, December 3, 2008

Adakah anda gemarkan muzik..saya percaya sudah tentu..sama gak ngan saya!!! Tapi saya tidaklah minat sampai lupa dunia...cukuplah sebagai menghilangkan rasa boring...Oh..penyanyi..emmm ..saya amat meminati suara Rossa...Siti nurhaliza..Misha Omar dan.. Ella ..Anuar Zain.. dan beberapa lagi dan saya percaya anda pun begitu jua...

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil adha

Salam semua buat umat islam ..to all muslim around the globe, Happy Hajj!!

semoga dengan meraikan hari kebesran ini dapat menambahkan ketaatan kita kepada Pencipta Kita.
Salam sejahtera and Good Day to all....Welcome to my blog and i will try my best to infobicara you allll.......
Powered By Blogger

Anda adalah pelawat yang ke.....

;

King Of The KOPS

King Of The KOPS

About Me

Hanyalah Manusia Biasa.............

Blog Archive

My Blog List

Selamat Datang - Trafik Tak Jem Hari Ini !!

Followers

Islamic Hijri Calendar