Satu daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ialah memerangi rasuah. Namun demikian, usaha yang dilakukan oleh Kerajaan UMNO-BN berhubung aspek itu tidak menunjukkan hasil yang memuaskan. Indikatornya ialah hasil penyelidikan menunjukkan rakyat tidak yakin dengan kebolehan UMNO-BN untuk mengekang rasuah. Masih ramai rakyat yang menyatakan pengalaman mereka terpaksa merasuah polis. Demikian pula halnya dengan rasuah yang melingkari pemimpin dan penjawat awam.
Ketika persoalan itu menjadi isu yang terumbang-ambing, UMNO-BN terus merudumkan kepercayaan rakyat kepada mereka. Mereka melantik seorang perasuah besar sebagai Pengerusi FELDA, iaitu Isa Samad. Bagi Najib, Isa sudah suci setelah mengaku salah dan menjalani hukuman. Begitu jugalah pandangan mereka terhadap Ketua Menteri Melaka dan Khairy Jamaluddin yang terus diberi kepercayaan walaupun terang dan nyata merasuah perwakilan dalam pertandingan merebut jawatan parti.
Imej UMNO sudah lebih daripada tercalar dalam pengamalan rasuah. Anehnya, dari masa ke masa mereka menambah calaran itu hingga menjadi pekung yang membusuk. Pemimpin yang rasuah tidak akan diterima dan dihormati oleh rakyat, kecuali rakyat yang juga cintakan rasuah. Golongan ini akan sentiasa dicurigai. Kecurigaan itu akan menurunkan martabat pemimpin pada pandangan rakyat.
Sejarah menunjukkan UMNO tidak serik-serik dengan hukuman demi hukuman yang diberikan oleh rakyat. Mungkin mereka angkuh kerana setiap kali jatuh mereka boleh bangun kembali. Situasi itulah yang meletakkan mereka dalam zon selesa. Perkara yang sama akan berulang lagi dalam PRU Ke-13.
Itukah keyakinan mereka ketika ini? Adakah keyakinan itu akan menjadi kenyataan atau memakan diri mereka? Kemungkinannya ada jika majoriti pengundi Melayu dengan rela hati menjadi "pengemis politik" yang diberi RM50 pun sanggup mati kerana UMNO. Namun demikian, riak dan raut wajah pemimpin UMNO mula menampakkan tanda-tanda kebimbangan.
Hal itu dapat dikesan melalui ketidakstabilan pemikiran pemimpinnya. Kebolehan mereka untuk mematahkan hujah pihak lawan bukan sahaja semakin tumpul malahan juga menyerlahkan kepandiran. Oleh sebab itu, Pakatan Rakyat perlu memberi tekanan yang lebih hebat daripada Projek 100 Hari selepas menawan Putrajaya kepada UMNO-BN. Cerah masa depan!!!
‘You betrayed us’: how UK farmers swiftly turned on Labour over inheritance
tax plans
-
Despite winning a swathe of rural seats, the government’s budget has caused
a rupture with the farming community, who have vowed to ‘fight their corner’
...
41 minutes ago
No comments:
Post a Comment