Friday, December 31, 2010

Marilah kita bermusuh sampai kiamat

Didahului dengan catatan MSO yang seolah olah memberi bayangan,disusuli dengan huraian separa lengkap Pak Bakar yang aku dapat dari laman Kopitiam Bang Nan,dapatlah aku ketahui bahawa isu perpaduan Melayu berulang semula.
Kalau dulu sewaktu isu ini mula diperbahaskan ,aku mungkin diantara mereka yang bersungguh menolaknya,kali ini mungkin tidak.
Telah berubahkah perlembagaan UMNO sehingga aku menukar fikiran kali ini.Jawapannya tentu tidak kerana UMNO masih seperti dulu,rakus,rasuah,menindas dan putar belit.
Jesteru kenapa aku menerima usaha usaha ini.

1.Aku sendiri seperti mana mereka yang menentang tentu tidak tahu apa yang diperbincangkan.Setakat meneka dan buat andaian sendiri ,tak payahlah.
Adakah ditolak setengah daripada mereka yang mengaku Melayu dan menerima Melayu yang lain,menerima Melayu PAS dan menolak Melayu Keadilan,belum dijelaskan.

2.Adakah kaedah perbincangan ini hanya menghalakan pada politik tanpa melibat isu isu lain seperti agama Islam ,kehakiman,keselamatan juga tidak siapa pun dapat terangkan waktu ini.

3.Penglibatan mereka bertaraf Ulama sebagai pemimpin yang dipilih dalam Muktamar adalah satu justifikasi bahawa mereka layak untuk berbincang apa saja bagi kesejahteraan umat Islam dan rakyat Malaysia.Kalau pemimpin yang dipilih diragu kualiti dan tindakannya,ternyata bukan sahaja pemimpin itu yang tidak betul,malah semua yang memilihnya juga berfikiran tidak betul.Maknanya tak tahu memilih,dan jika mereka pernah salah memilih ada kemungkinan juga mereka juga silap kali ini kerana menentang usaha usaha perpaduan ini.

4.Para penentang sering berhujah UMNO pernah mengkhianati PAS,tetapi para penentang tak pernah memberitahu atau menghurai keuntungan daripada percantuman dulu menyebabkan ranting ranting PAS subur di Felda dan Felcra.
Para penentang juga masih "kanyiak" waktu itu untuk menyaksikan penembusan mereka mereka yang berjiwa Islam kedalam kubu kubu yang UMNO begitu kuat diwaktu itu,dan hasilnya dapat dinikmati sehingga kini.
UMNO khianat Melayu selama 53 tahun? dan ayat ini dah selalu aku jumpa.Diulang ulang.
Beulkah ini?.Kalau betul,Anwar,Saifuddin Nasution,Kamruddin Jaafar juga tentu termasuk dalam golongan para pengkhianat ini.
Itulah aku selalu sebut,hampa ni dengar,kemudian hampa ulang,umpama burong tiong.Tak guna akal untuk fikir samada ungkapan itu betul semua atau salah semua.

5.Menentang kerana UMNO dibarisi pemimpin burok akhlaknya juga satu pembawaan yang MAHA HIPOKRIT.Baik sangatkah akhlak setengah daripada pemimpin PAS,DAP serta PKR.
Untuk mengatakan pemimpin PKR dan DAP terdiri dari mereka yang benar benar berjuang,adalah satu daripada cakap yang penuh auta dan mungkin hanya dipercayai olih mereka yang tidak pernah kemana kemana dan menyifatkan Harakah serta Edisi Keadilan tidak pernah berbohong.
Kekalutan mengejar jawatan dalam PKR dan DAP seakan tidak pernah ujud bagi penentang penentang ini.

6.Berbincang sesama Melayu-Islam adalah satu pengkhianatan pada PKR dan DAP?.
Aku juga akan menentang jika ini tujuannya.Tapi adakah "persahabatan bersama DAP merupakan persahabatan yang kekal.Jengoklah dan tengok sejarah permainan politik orang Cina dan India.PRU 10,PRU11 dan PRU12 jadikanlah sebagai rujukan.

7.Kenapa berselindong bahawa UMNO tidak perlu didekati kerana masaalah diatas dan tidak menyatakan sebab sebenar.
Takut kehilangan sokongan yang bermakna kehilangan kuasa?
Kehilangan kuasa bermakna kehilangan "masukkk".Takut elaun hilang,jawatan dalam GLC hilang.Cakaplah yang sebenar,jangan tipu tipu.Cakap lah yang benar,jangan ingat semua orang guna kepala lutut untuk berfikir seperti apa yang hampa lakukan.

Komen aku: Panjang lagi artikel yang dia tulis tu. Untuk selanjutnya pi baca di blog MindaKampung.


Cenangau Daunkari

No comments:

Powered By Blogger

Anda adalah pelawat yang ke.....

;

King Of The KOPS

King Of The KOPS

About Me

Hanyalah Manusia Biasa.............

Blog Archive

My Blog List

Selamat Datang - Trafik Tak Jem Hari Ini !!

Followers

Islamic Hijri Calendar