KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud didakwa dihimpit kebimbangan berikutan gelombang kesedaran rakyat bumi kenyalang yang semakin kuat sedangkan pilihanraya negeri pula kian hampir.
Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia merangkap Ketua AMK Sarawak, Ahmad Nazib Johari berkata kebimbangan itu nampak terserlah apabila buat pertama kalinya beliau (Taib) mengeluarkan kenyataan dalam akhbar tempatan dengan respon rakyat negeri itu yang didakwa sebagai anti orang kaya.
Sebaliknya, Nazib menerangkan bahawa rakyat Sarawak bukan anti orang kaya dan Taib boleh jadi orang kaya tetapi yang dipertikaikan rakyat ialah kekayaan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri itu dan keluarga serta kroninya mungkin diperolehi melalui salahguna kuasa dan rasuah sebagai pemimpin.
“Selama 30 tahun pemerintahan Taib, mereka berterusan memunggah kekayaan negeri dengan cara yang meragukan. Tanah dan balak dijual pada tauke besar dengan meminggirkan hak rakyat miskin,” katanya kepada wartawan FMT di sini, hari ini.
Nazib yang juga Exco AMK Pusat menambah, projek-projek hanya diagihkan pada adik beradik, anak beranak dan kroni, tanpa tender terbuka dengan hanya rundingan terus yang menguntungkan mereka semata-mata.
Keluarga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu juga kata Nazib, terlalu kaya hingga mampu membeli aset berbilion-bilion dolar di luar negara.
Gaji ketua menteri tidak lebih RM20,000
“Sedangkan gaji Taib sebagai ketua menteri sama seperti Menteri Besar Selangor tidak lebih RM20,000. Ini menyebabkan rakyat hilang kepercayaan terhadap kepimpinan beliau,” tegasnya.
Taib Mahmud, baru-baru ini menggesa rakyat Sarawak agar menolak parti yangg bersikap “anti orang kaya” atas alasan kononnya akan membantutkan pembangunan ekonomi negeri.
Taib mengakui membuat kenyataan sedemikian berikutan pendedahan konsisten blog Sarawak Report yang memaparkan kekayaan luar biasa Pengerusi BN Sarawak itu.
Ahmad Nazib yang juga Naib Ketua Cabang Petra Jaya berkata, hasil bumi Sarawak sepatutnya diagih dengan adil sehingga mampu mengurangkan kadar kemiskinan tegar di kalangan rakyat Sarawak terutama di luar bandar.
“Tetapi, malangnya kekayaan Sarawak ini hanya berlegar di kalangan pemimpin elit, kebanyakan kroni dan proksi BN.
“Hal ini boleh disifatkan zalim kepada rakyat Sarawak yang berpuluh-puluh tahun kekal miskin merempat lebih-lebih lagi pemimpin sedemikian tidak amanah dan tidak bertanggungjawab sebagai pemimpin yang telah diberi kepercayaan selama ini,” ujarnya.
Laporan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) telah dibuat untuk menyiasat semua dakwaan itu tetapi malangnya sehingga kini institusi yang dianggap bebas ini membisu seribu bahasa, tambahnya.
Sumber : http://freemalaysiatoday.com/bahasa/?p=11672
Filed under: Politik
‘You betrayed us’: how UK farmers swiftly turned on Labour over inheritance
tax plans
-
Despite winning a swathe of rural seats, the government’s budget has caused
a rupture with the farming community, who have vowed to ‘fight their corner’
...
42 minutes ago
No comments:
Post a Comment