KUALA LUMPUR, 29 Dis. - Hujan sederhana kadangkala lebat yang turun di beberapa daerah di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor dijangka berterusan sehingga esok.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, kawasan yang terlibat di Kelantan ialah Jeli, Machang, Pasir Mas dan Tanah Merah, manakala Terengganu pula di kawasan Daerah Besut, Dungun, Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu, sementara Pahang melibatkan Bentong, Jerantut, Kuantan, Lipis, Maran dan Raub, dan Johor pula di kawasan Mersing.
Hujan sederhana dan kadangkala lebat boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah dan berdekatan tebing-tebing sungai, kata kenyataan itu.
Sementara itu, angin kencang timur laut berkelajuan 60 kilometer sejam dengan ombak setinggi 5.5 meter dijangka berterusan di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Selatan Samui, Tioman, Bunguran, Condore, Reef North dan Layang-layang sehingga Isnin depan.
Menurut kenyataan itu, keadaan angin kencang dan laut bergelora tersebut berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.
Pada masa yang sama, angin kencang timur laut berkelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter di kawasan perairan Sarawak (Miri), Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah (Pantai Barat, Pedalaman dan Kudat), Utara Samui dan Palawan juga dijangka berterusan sehingga Isnin depan.
"Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri,” menurut kenyataan itu.
Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu dan Pahang mulai Jumaat malam hingga pagi Isnin depan. - Bernama
‘You betrayed us’: how UK farmers swiftly turned on Labour over inheritance
tax plans
-
Despite winning a swathe of rural seats, the government’s budget has caused
a rupture with the farming community, who have vowed to ‘fight their corner’
...
46 minutes ago
No comments:
Post a Comment