UNITED Malays National Organisation berkhayal bahawa gerombolan mereka sahaja yang mewakili orang Melayu. Ini sebenarnya satu dongeng. Kisah dongeng ini sengaja disebarkan untuk membodohkan fikrah orang Melayu.
Projek pembodohan Melayu ini adalah sebahagian dari strategi politik United Malays National Organisation. Selama lebih dari 50 tahun proses pembodohkan ini telah dilakukan. United Malays National Organisation amat- amat sedar tanpa projek pembodohan ini mereka akan hilang kuasa untuk memerintah.
Berfikir bebas
Kalau di zaman fedual dahulu – orang-orang Melayu dibodohkan dengan pelbagai dongeng tentang daulat raja, tentang hikmat raja, tentang kehebatan raja, tentang ilmu raja atau tentang raja yang mewakili tuhan di bumi ini. Ini semuanya dongeng. Semua ini adalah sebahagian dari projek membodohkan Melayu.
United Malays National Organisation tidak mahu orang Melayu memiliki fikrah dan berkeupayaan untuk berfikir secara bebas. Susuk yang memiliki fikrah dan berkeupayaan berfikir secara bebas pasti akan menjauhkan diri dari gerombolan ini. Manusia yang berfikir akan berkeupayaan untuk melihat tipu belit yang sedang dijalankan oleh gerombolan ini.
Projek pembodohan ini ada yang dijalankan dengan licik sehingga tidak dapat dilihat. Ada pula projek ini yang amat jelas dapat dilihat. Projek pembodohkan yang licik dan yang terang berjalan serentak untuk membonsaikan akal fikrah manusia Melayu.
Cara Pertama:
Menakut-nakutkan Melayu tentang bahaya orang asing. Orang asing yang dimaksudkan oleh gerombolan ini tidak lain dan tidak bukan ialah orang China. Orang-orang China akan dijadikan ‘hantu’ untuk terus menakut-nakutkan orang Melayu.
Akan ditimbulkan pelbagai cerita untuk membuktikan bahawa ekonomi negara ini dimiliki oleh orang China. Racun bencikan China ini telah memandulkan fikrah orang Melayu untuk melihat dengan jelas bahawa wujud persekongkolan yang maha intim antara kroni gerombolan United Malays National Organisation dengan para cukong China.
Para cukong China yang membuat harta kekayaan sebenarnya berkerjasama dengan gerombolan United Malays National Organisation. Kerjasama mereka seperti Aang dengan Adik.
Cuba kita kembali kepada kes Bank Bumiputera yang lingkup pada tahun 80’an dahulu. Nama seperti Hashim Shamsuddin dan Lorraine Osman akan muncul. Ini akan diikuti dengan nama George Tan. Siapakah Loraine Osman ini? Malaon ini tidak lain dan tidak bukan ialah bendahari gerombolan sendiri.
Ini hanyalah satu contoh dari bejuta- juta contoh yang lain. Ini belum lagi diambil kira kes PKFZ, Bakun , Pewaja, Formula 1, Moonson Cup, KLCC – di mana wujud kerjasama antara gerombolan dengan ‘orang asing’ untuk menjarah negara.
Cara kedua:
Menyebar berita dongeng bahawa sesiapa yang menentang United Malays National Organisation bererti menentang raja dan monarki. Ini bukan sahaja dongeng tetapi cerita lawak.
Orang-orang Melayu sengaja dibodohkan dan tidak diarifkan untuk memahami bahawa melawan/menentang/mengkrtitik sistem monarki ini bukan sesuatu yang pelik atau menghairankan.
Dalam sejarah negara Arab banyak raja-raja telah dicampakkan ke dalam tong sampah sejarah. Raja Feisal dari Iraq, Raja Farouk dari Mesir, Raja Idris dari Libya, Raja dari Segala Raja Ahmad Reza Pahlevi dari Iran – semuanya dihumbankan. Justeru – menentang monarki bukan sesuatu yang asing dalam sejarah tamadun manusia. Malah menentang monarki adalah tindakan progresif dan maju.
Tetapi orang Melayu sengaja dibodohkan agar terus terperangkap untuk tunduk melutut tanpa berfikir. Orang Melayu tidak diberi kefahaman yang jelas bahawa : menjunjung ke bawah duli itu ertinya menjunjung tapak kaki. Orang Melayu tidak diberitahu bahawa : pacal itu ertinya anak anjing.
Bukan kah ini kerja bodoh dan memperbodohkan diri sendiri.
Cara ketiga:
Sesiapa yang menentang United Malays National Organistion dikatakan menentang Islam. Ini juga adalah projek membodohkan orang Melayu. Bagaimana menentang gerombolan ini disangkut pautkan dengan agama tidak pula dilakar dengan jelas.
Islam ialah agama kepercayaan. Manakala United Malays National Organistion adalah satu gerombolan politik. Islam telah wujud 1500 tahun dahulu. Gerombolan yang beroperasi hari ini hanya wujud semenjak tahun 1988 dahulu. Manusia Melayu telah menganut Islam 500 tahun dahulu dan tidak ada sangkut paut dengan United Malays National Organisation.
Manusia Melayu menganut Islam bukan kerana United Malays National Organisation. Mereka menganut Islam kerana satu kepercayaan agama.
Tetapi orang Melayu di Malaysia ini terus ditakut-takutkan seolah-olah gerombolan ini adalah wakil tuhan di atas bumi. Ini karut. Tidak ada sesiapa yang mewakili tuhan di atas bumi ini. Menentang United Malays National Organisation bukan menentang agama, bukan menentang Islam dan bukan menentang Tuhan.
Yang Maha Esa tidak pernah melantik United Malays National Organistion untuk menjadi wakil. Malah Yang Maha Esa tidak juga melantik Pope, Sami, Dalai, Ayahtollah, Padri, Rabbai – untuk menjadi wakil.
Apa yang terjadi ialah para agamawan ini adalah orang-orang yang beramal dan beribadat. Mereka mengikut selurus dan setepat mungkin ajaran-ajaran dari kitab-kitab suci. Semua mereka adalah manusia yang sama seperti Mak Cik dan Pak Cik di Felda Sungai Rokan – bezanya mereka boleh befikir dan berilmu.
Ahkirnya:
Projek pembodohan Melayu ini telah dibudayakan. Ini bererti ianya telah menjadi sebahagian dari proses budaya pemikiran Melayu. Lembaga-lembaga daulah yang wujud telah diarahkan untuk terus menjalankan projek pembodohan ini.
Kaedah pembelajaran dan media adalah dua lembaga yang digunakan untuk projek membodohkan Melayu. Media Melayu jika dibandingkan dengan media yang bukan Melayu amat ketara bezanya. Tahap laporan berita, tahap tulisan rencana, tahap soal jawab agama dalam media Melayu – semuanya memiliki nilai bodoh yang amat tinggi.
Begitu kaedah permbelajaran dan keilmuan. Anak-anak muda Melayu terus diperbodohkan dalam sistem pembelajaran yang sedia wujud. Justeru kerana itu ibu bapa dalam masyarakat China tidak mahu anak anak mereka masuk ke sekolah aliran Melayu. Mereka tidak mahu anak anak mereka jadi bodoh. Dalam masa yang sama , makin ramai ibu bapa Melayu telah mula menghantar anak-anak mereka ke sekolah aliran China. Di sekolah aliran bukan Melayu masih ada peluang untuk anak-anak sekolah ini diajar untuk berfikir bukan diajar untuk menjadi bodoh.
Kemelut politik hari ini adalah hasil dari projek pembodohan orang Melayu. Masih ramai lagi orang Melayu yang bodoh sehingga mereka gagal untuk membezakan apa yang betul dan apa yang salah. Apa yang hak dan apa yang batil. Projek bodoh ini telah juga memesongkan nilai budaya orang Melayu.
Orang Melayu yang telah dibodohkan gagal melihat bahaya rasuah malah mereka dengan bangga akan mengangkat pemimpin pengamal rasuah. Orang Melayu yang telah berjaya dibodohkan gagal melihat bagaimana sistem kehakiman dan keadilan dalam negara ini boleh dijual beli. Mereka ini terus ingin menjadi bodoh.
Orang Melayu yang ingin terus menjadi bodoh ini gagal melihat pembunuh, pencolek, pengambil rasuah – bukan satu pekerjaan salah. Budaya songsang lagi bodoh ini melihat kejahatan baik dan suci kerana ianya dilakukan oleh manusia Melayu beragama Islam yang memiliki kad gerombolan United Malays National Organisation.
Oleh: Hishamuddin Rais
INFOBiCARA adalah satu wadah bagi saya untuk meluahkan pengalaman , pandangan ,atau pendapat dan juga tulisan tulisan dari blogger yang lain untuk dikongsi bersama.Semoga ianya menjadi InfoBicara yang alternatif kepada anda.Selamat Datang !!
Sunday, December 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Disebalik Rahsia
Anda adalah pelawat yang ke.....
;
King Of The KOPS
About Me
- MRY
- Hanyalah Manusia Biasa.............
Blog Archive
-
▼
2009
(221)
-
▼
December
(25)
- Hadiah Utk Rakyat Menjelang 2010
- Perutusan Tahun Baru Anwar Ibrahim
- Surat Terbuka Husam Kpd Madey
- Pas Makin Bercelaru - Hamidah Osman
- Said Zahari- Tunku tak berminat bincang dengan Chi...
- Siapa Dia Ronnie Liu????????
- PEMBANGUNAN ALA UMNO DI KUALA NERUS
- 2009 Berada Di Penghujung Jalan
- Teoh Sah Dibunuh???
- CERITA DARIPADA MAKKAH PERAK AKAN BUBAR
- Tok Guru Bersetuju dengan Datuk Ahmad Said
- Datuk Ahmad Said atau Mokhtor Nong Kena Pecat??
- Berita Negara Jiran-Sepanjang 2009, Angka Kecelaka...
- Tidak adil salahkan Ketua Whip BN - Nazri
- Proses Pembodohan Orang Melayu
- Fadhilat 10 Muharram
- Kemalangan Ngeri Membabitkan bas SANI Express
- Umno anjur perhimpunan 'desak PAS Selangor keluar ...
- Royalti Terengganu Masih Tertangguh
- Pentingnya PAS pada UMNO hari ini!!
- GST- Penyembelih Rakyat Cara Baru
- Ku Li - Mahathir Pembazir Wang Negara
- Bolasepak Piala Dunia 2010
- Moga Doa TGNA dimakbulkan ...Aminnnnnn
- Selamat UlangTahun Pertama Infobicara
-
▼
December
(25)
My Blog List
-
-
The e fishery scam . Part 2. The contrarian series #2. - 1. As usual the UMNO brown shirts on the internet are quick to apportion blame to the PM2. The Stupids are dumbing us down . We are going to be suckered in...17 hours ago
-
From Celebration to Escalation: How Trump’s Iran Cease-Fire Collapsed - The U.S. deal with Iran signed in June initially appeared to be a success. It didn’t take long to fall apart.1 day ago
-
Wan Rosdy Seru Rakyat Negeri Sembilan Beri Mandat Kepada BN, Untuk Kestabilan Politik Dan Kemajuan Ekonomi Negeri - *BAHAU*: Naib Presiden UMNO Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyeru rakyat Negeri Sembilan agar memberikan mandat kepada Barisan Nasional (BN) pada Pili...1 day ago
-
2026 ENERGY CRISIS! - Its looking as though this energy crisis could be worse for the global economy than COVID. This is not a joking matter. Remember, at the height of the COVI...3 months ago
-
-
UN court acquits Serb ultranationalist Seselj of all counts - In a sweeping defeat for UN prosecutors, the Yugoslav war crimes tribunal acquitted Serbian ultranationalist Vojislav Seselj on Thursday of all nine coun...4 years ago
-
เล่น Gclub ผ่านเว็บ สนุกง่าย ไม่จำกัดเวลาและงบประมาณ - ผลตอบแทนของการ สมัครเล่น Gclub ผ่านเว็บ เพื่อเดิมพัน หากเราวางเดิมพันถูก เงินก็จะถูกปรับขึ้นในยอดเครดิตของเราเกือบจะทันที หากต้องการจะเอาเงินออกก็ง่ายแสนง่...5 years ago
-
CILI KASI TARUK! BLOG LAGI BAIK DARI FACEBOOK HARAMI - Lama aku tak update blog, rindu pulak rasanya, memang best platform BLOG, lagi best dari FACEBOOK milik Mark Zuckerberg yang kuat mengampu Donald Trump y...5 years ago
-
Tips Mencegah Penularan Virus Korona Pada Lansia - Semakin hari, penyebaran virus korona semakin mengkhawatirkan. Hal ini karena jumlah pasien positif korona semakin mengalami peningkatan. Dibandingkan de...6 years ago
-
Perutusan Dari Tun Mahathir - PERUTUSAN KHAS YAB TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD, PERDANA MENTERI MALAYSIA PADA 26 FEBRUARI 2020 (RABU) 1. Terlebih dahulu izinkan saya memohon maaf kepada s...6 years ago
-
Anwar takut tak dapat jadi perdana menteri ke 8. - Anda barangkali boleh bersetuju yang Anwar memang takut tak dapat jadi perdana menteri ke 8. Sebab itu Dia dan DAP hari hari mendesak Tun Dr Mahathir suap...6 years ago
-
-
Menteri DAP Rasis S. Kulasegaran Sila Letak Jawatan - KUALA LUMPUR 30 Julai - Selepas mengguris perasaan orang Melayu dengan ucapan yang mengandungi sentimen perkauman tanpa mengambil kira sensitiviti rakya...7 years ago
-
Monster Babysitter Advertised Her Services Hours After Hiding Dead Baby In Fridge - [image: Photo from mStar] Most Malaysians were horrified this morning as news of Adam Rayqal Mohd Sufi’s tragic death broke.8 years ago
-
NOTIS PENUTUPAN BLOG RAKYAT MARHAEN - *SAYA ADMIN BLOG RAKYAT MARHAEN DENGAN RASMI MEMAKLUMKAN KEPADA SEMUA PENGIKUT BLOG INI DAN RAKYAT MALAYSIA, BERKUATKUASA PADA JAM 11.59 MALAM 11/5/2018 (J...8 years ago
-
-
Ambil kira ‘malang tak berbau’ ketika percutian.. - Percutian adalah waktu untuk menenangkan minda dan menikmati suasana baru di luar kebiasaan atau rutin harian. Waktu itu juga kebiasaannya dimanfaatkan un...10 years ago
-
Nazri Aziz: "Please be a Raja Buta & Bisu. Or Else" - One of the reasons why I had not written a blog post is this: the time and effort tends to be spent on updates and comments at Facebook. The following is f...11 years ago
-
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan - MILAN 17 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mulai tahun depan, rantau Asia Tenggara akan membentuk satu pasaran bersepadu dikenali sebagai Komuniti...11 years ago
-
-
LEMBU Korban MENGAMUK Di IPOH, 9 Cedera - IPOH : Sembilan warga pelancong Singapura telah diserang oleh seekor lembu yang mengamuk di tengah-tengah pusat bandar di sini. Kumpulan pelancong bersam...12 years ago
-
-
Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...12 years ago
-
-
-
Acheh Digegarkan Gempa Bumi 7.1 Skala Richter - Gempa bumi kuat berukuran 7.1 pada skala Richter menggegarkan Aceh awal pagi Rabu, namun belum ada laporan mengenai kerosakan harta benda dan korban jiwa ...14 years ago
-
Video & Gambar : Aktiviti Bermotor Sempena Santai Pemuda Bersama ARC Besut - Pendaftaran peserta Saf pimpinan Aktiviti bermotor Acara tarik tali Antara sebahagian hadirin Penyampaian hadiah oleh Ketua Pemuda Pas Pusat Ust Nasaruddi...14 years ago
-
Birthday Boy and A 'Fishful' Day - Today is my dad's 76th birthday: "*Bah, Happy Birthday and wishing you the very best of health!!*". My dad (and my Hubby) came over to Melbourne for a visi...14 years ago
-
-
AZ-ZAIN - PRODUK HALAL PILIHAN MUKMIN - * Produk Sejuk Beku seperti Ayam Kampung Organik Dr. Zainol, Ayam Daging Dr. Zainol, Tulang Ayam Daging, Kepak Ayam Daging dan Peha Ayam Daging* *Pan...15 years ago
-
-
-
Ramuan Herba Yang Berkhasiat Tinggi - *AWALMART* *History of Traditional Chinese Medicine (TCM)* TCM is as old as Chinese history (5,000 years) itself. TCM is based upon clinical experi...17 years ago
-
Slumdog Millionaire - Slumdog Millionaire is the story of Jamal Malik (Patel), an 18 year-old orphan from the slums of Mumbai, who is about to experience the biggest day of hi...17 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

No comments:
Post a Comment