Wednesday, December 23, 2009

Pentingnya PAS pada UMNO hari ini!!

Dalam kehangatan Konvensyen Blogger PAS yang masih dirasai sampai hari ini, saya terpanggil untuk membuat sedikit komen berkaitan dengan jasa blogger kepada perjuangan Islam dan perjuangan menentang kezaliman dan korupsi di Malaysia.

13 Mei DAN KERAJAAN CAMPURAN UMNO-PAS

UMNO sudah kalah selepas 2008. Mereka sudah tersungkur. Dan seperti tahun 1969, mereka kembali melutut kepada PAS untuk menyelamatkan mereka.
Peristiwa 13 Mei adalah peristiwa yang menyayat hati. Pembunuhan ke atas orang-orang Cina adalah kezaliman yang besar. Ini kerana keadaaan ekonomi orang Melayu pada masa itu terhimpit bukan kerana bangsa Cina. Ia adalah kerana kelemahan UMNO.
Di waktu peristiwa 13 Mei 1969, Malaysia mengalami peningkatan ekonomi yang amat baik. Ia kerana harga komoditi Getah dan Bijih Timah amat tinggi pada waktu itu. Ia menyebabkan pertumbuhan ekonomi yang amat besar di Malaysia.
MALANGNYA, segala kekayaan di Malaysia pada masa itu masih berada dalam tangan penjajah Inggeris. Orang-orang Cina tampak seperti lebih kaya hanya kerena orang-orang Cina biasanya duduk di kawasan-kawasan bandar. Dan orang-orang Cina adalah bangsa yang kuat bekerja dan kuat berusaha.

Namun, kekayaan negara tidak dapat digunakan untuk membantu orang Melayu yang miskin dan melarat pada masa itu. Kerana kekayaan negara kita pada masa itu telah diangkut balik ke England oleh penjajah Inggeris.
Ini adalah rahsia yang UMNO tidak pernah beritahu kepada orang-orang Melayu pada masa itu. Selama selepas Merdeka, UMNO telah menjadi penjaga kepada kepentingan Inggeris di Malaysia serta memastikan penjajah Inggeris tidak dihalang dari merompak harta kekayaan negara kita ini.

Keputusan pilihanraya 1969 amat mengecewakan UMNO. UMNO hilang dua negeri (Selangor dan Perak) serta hampir hilang 2/3 di Parlimen. PAS boleh menang di Parlimen Parit melalui calonnya, Haji Hashim Gera (bapa kepada Setiausaha PKR sekarang ini, Dato Salehuddin Hashim). Biasanya, apabila berlaku undi protes dari orang Melayu, maka kerusi Parlimen Parit akan jatuh pada PAS. Itulah indicator saya.
UMNO menyedari orang-orang Melayu marah dengan mereka dan sanggup mengundi protes terhadap UMNO dalam pilihanraya 1969. Maka, peristiwa 13 Mei telah diciptakan (mengikut Tunku Abdul Rahman sendiri) bagi menyelamatkan pemerintahan UMNO di Malaysia. Yang menjadi mangsa adalah dari bangsa Cina yang tidak berdosa.

Hakikatnya orang Melayu melarat pada masa itu atas kelemahan UMNO yang menjadi agen British dan barua syarikat-syarikat British yang telah mengaut kekayaan negara ini. Tapi, dengan peristiwa 13 Mei 1969 pemerintahan UMNO berjaya diselamatkan.
Namun, untuk mengembalikan keyakinan orang MElayu pada UMNO, itu adalah satu tugas yang lebih rumit. Maka, pada suatu hari datanglah Arwah Tun Razak dengan helikopternya melawat Dato Asri di Kota Baru Kelantan.

Dan tidak berapa bulan selepas itu, tertubuhlah kerajaan campuran UMNO-PAS di Kelantan dan seterusnya tertubuhlah Barisan Nasional. Iya, PAS adalah ahli pertama menganggotai Barisan Nasional.

Maka, setelah PAS menyelamatkan imej UMNO di kalangan orang Melayu, 3 tahun selepas penubuhan Barisan Nasional, situasi telah dicipta supaya PAS ditendang keluar dari Barisan Nasional. Setelah madu habis dihisap, sepah pula dibuang. Itulah dia nasib PAS.

Alasan utama pembuangan PAS dari Barisan Nasional adalah apabila sebuah cawangan UMNO di Johor telah mengambil keputusan untuk membubarkan cawangan tersebut dan menukar cawangan tersebut kepada cawangan PAS. Arwah Dato’ Asri berhujjah bahawa kalau tidak diizinkan ia berlaku, penduduk kampung tersebut mahu menubuhkan cawangan DAP.

Itu sahaja.

PAS, setelah ditendang, menjadi seperti melukut di tepi gantang. Orang Melayu kekal dengan UMNO dan Barisan Nasional selepas PAS ditendang. Program-program yang diperjuangkan PAS, biasiswa dsbnya, digunakan oleh UMNO untuk mengekalkan kekuasaan UMNO.

Dengan kata lain, PAS telah berjasa besar menyelamatkan UMNO dari pupus. Hayat UMNO bersambung sampai hari ini di atas pengorbanan besar PAS selepas 1969.

BLOGGER MEMAIN PERANAN BESAR

Yang mula mendedahkan perbincangan dalam gelap antara pimpinan2 PAS pro UMNO dengan pimpinan-pimpinan UMNO adalah blogger, bukan akhbar.
Ahli-ahli PAS mendapat tahu perselingkuhan ini melalui para blogger. Hasilnya, berlaku penolakan yang besar di kalangan ahli dan pimpinan-pimpinan peringkat pertengahan. Ia mengagalkan usaha pimpinan2 PAS yang pro-UMNO ini membawa PAS bersatu dengan UMNO.

Kalaulah pada 1969 dahulu ada blog, saya yakin PAS tidak akan masuk Barisan Nasional. Segala usaha perbincangan dan perselingkuhan berlaku dalam gelap.

No comments:

Powered By Blogger

Anda adalah pelawat yang ke.....

;

King Of The KOPS

King Of The KOPS

About Me

Hanyalah Manusia Biasa.............

Blog Archive

My Blog List

Selamat Datang - Trafik Tak Jem Hari Ini !!

Followers

Islamic Hijri Calendar