Wednesday, October 21, 2009

Zaid Komited Dengan PR - Bagusssss

Datuk Zaid Ibrahim berkata keputusan beliau mengambil cuti daripada tugasan harian parti untuk tempuh enam bulan hanya semata-mata untuk merealisasikan penubuhan Pakatan Rakyat sebagai sebuah parti politik yang mendokong nilai-nilai asas yang sama.

Justeru beliau menolak cubaan media arus perdana dan pimpinan Umno kononnya bercadang meninggalkan KEADILAN.

"Dalam tempuh enam bulan saya berharap dapat meningkatkan usaha untuk memantapkan Pakatan Rakyat. Saya kini sibuk menyiapkan rangka dasar persetujuan bersama Pakatan Rakyat yang bakal dibentangkan pada Konvensyen Khas Pakatan Rakyat Disember ini," kata Zaid.

"Saya akan terus bekerja kuat untuk menterjemahkan prinsip perjuangan parti dan Pakatan bagi kebaikan rakyat," tambah beliau.

Zaid berkata hubungan beliau dengan semua pemimpin Pakatan terutamanya KEADILAN adalah baik dan menekankan bahawa beliau tetap komited menjadikan Pakatan Rakyat "satu gagasan politik alternatif yang kuat dan berwawasan."

"Kita mahu menggantikan BN sebagai kerajaan pusat dan sudah tentunya banyak kerja perlu dilakukan. Langkah pertama ialah konvensyen Disember dan saya melihat ia sebagai satu langkah amat penting untuk mencarta perjalanan perjuangan Pakatan seterusnya," tambah bekas Menteri Undang-Undang itu.

No comments:

Powered By Blogger

Anda adalah pelawat yang ke.....

;

King Of The KOPS

King Of The KOPS

About Me

Hanyalah Manusia Biasa.............

My Blog List

Selamat Datang - Trafik Tak Jem Hari Ini !!

Followers

Islamic Hijri Calendar