Sunday, October 11, 2009

BN Menang Di Bagan Pinang

Keputusan Rasmi BN : 8013 Undi
PAS: 2578 Undi
Majoriti 5435 undi ( Lebih Kurang )


Keputusan 2008 BN :6430 undi
PAS:4097 undi
Majoriti 2 333 undi

Seperti mana post saya yang lalu, dijangkakan PAS akan mendapat meningkatkan jurang majoriti undi BN tetapi akhirnya meleset. BN sememangnya mempunyai kedudukan yang baik utk memenangi DUN ini sejak dari percalonan lagi.

Apakah moral yang diperolehi oleh kedua-dua parti bertanding dari keputusan ini.

BN boleh mendongak dada mengatakan bahawa kepimpinan BN telah mendapat sokongan baru dimana sokongan tersebut telah kembali kepada UMNO . Benarkah?

BN / UMNO perlu ingat bahawa kerusi Bagan Pinang adalah kerusi tradisi mereka . Isa samad adalah anak jati bagan pinang dan telah berjasa selama 22 tahun dibagan pinang.

Tetapi adakah jasa sahaja cukup bagi BN utk terlalu yakin bahawa mereka pasti mengekalkan kuasa pada PRU ke 13 kelak?

Seperti PRK yang sebelumnya , BN mendapat sokongan pada dari SPR , media serta polis yang membantu mereka berkempen tetapi di bagan pinang BN bernasib baik kerana mereka juga turut dibantu oleh undi Pos .

Undi pos yang diperolehi oleh BN adalah kebih dari 3400 undi manakala PAS hanya mendapat 601 untuk. Ini bermakna , BN mendapat 4613 dari rakyat ( bukan undi Pos)
manakala Pas mendapat 1977 undi ( bukan undi Pos ) . BN telah mendapat 42% dari 8013 daripada undi pos hampir separuh dari undi yang diperolehi. Adakah ini menunjukkan sokongan rakyat terhadap BN meningkat??

Itu masih lagi belum dicampur dengan wang ringgit serta projek segera , bantuan segera kesekolah2 serta kampung sebagai umpan pilihanraya. Adakah Pas berpeluang terhadap ini semua??

Keputusan Bagan pinang sebenarnya telah menjadikan pakatan pembangkang terjaga dari mimpi indah.Proksi2 umno seperti Datuk Hassan dan Mustafa Ali sedikit sebanyak telah berjaya memberi impak kepada pakatan rakyat. Pakatan Rakyat perlu sedar mereka tidak lagi boleh berbalah sesama sendiri kerana inilah yang berlaku kepada kerajaaan megeri terengganu ketika memerintah pada tahun 1999.

No comments:

Powered By Blogger

Anda adalah pelawat yang ke.....

;

King Of The KOPS

King Of The KOPS

About Me

Hanyalah Manusia Biasa.............

My Blog List

Selamat Datang - Trafik Tak Jem Hari Ini !!

Followers

Islamic Hijri Calendar