Wednesday, March 18, 2009

Undang-Undang Umno..Jangan Terlebih Tikam!!!

Bagi salah tak bagi kalah, bertindak salah tak bertindak pun salah. Menghukum salah tak hukum pun salah. Semua yang dibuat serba salah.

Cuma satu yang saya tak pernah jangka, iaitu jenis hukuman yang dijatuhkan. Itu memang komfom salah.

Mana pernah wujud kes, pembunuh dijatuh hukum lebih ringan dari pembantu yang menghulurkan parang kepada si pembunuh? Tapi dalam UMNO semua kemungkinan boleh berlaku.

Dato YB Japlin, pelobi kepada calon dijatuh hukum lebih berat dari si calon.

Mana pernah berlaku, berat atau ringannya hukuman yang dijatuhkan terhadap pembunuh bergantung kepada berapa banyak tikaman yang dilakukan oleh si pembunuh? Kalau sikit tikaman, maka ringanlah hukuman. Kalau banyak tikaman, maka beratlah hukuman yang dijatuhkan. Mana Tengku Rithaudeen belajar undang-undang?

Kesian DS Ali Rustam. Kalau betul dia main tikam lebih berapa banyak dari KJ, berapa lebihnya?

Kenapa tak sebut berapa amaun yang ditikam oleh DS Ali dan berapa pula amaun yang ditikam oleh KJ?

DS Ali, saya tak tau berapa dia tikam. Tapi KJ, kalau tak silap ,khabar angin melalui perbualan dengan rakan-rakan di Sabah, Dato Japlin tolong hulurkan parang yang berharga RM180,000 bagi pihak KJ dengan pendahuluan sebanyak RM100,000 kepada Ketua-Ketua Pemuda sessi 2004-2008.

Kalau betul apa yang didengar, ini bermakna DS Ali mesti tikam lebih dari RM180,000. Tapi tak mungkin DS Ali tikam sampai banyak tu.

Jadi untuk memberi keadilan kepada semua pihak, Lembaga Disiplin kena umum berapa amaun atau tikaman sebenar DS Ali dan berapa tikaman sebenar KJ. Barulah ‘justified’ hukuman tu.

Masa Dato Norza kena, amaun yang ditikam diumum dalam media. Kenapa amaun tikaman mereka tak diumum?

Pelikkan..ada jugak hukuman yang mengambil kira amaun tikaman...umno..umno...em.emmm.

1 comment:

Prof. Era Pasca said...

heheh tikam skit salah, tikam banyak salah... kalau tikam separuh je... ala separuh pisau.? mule terngaga-ternganga.. baginda pun ade pendapat...

http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/korupsi-atau-rasuah-kemampuan.html

Powered By Blogger

Anda adalah pelawat yang ke.....

;

King Of The KOPS

King Of The KOPS

About Me

Hanyalah Manusia Biasa.............

Blog Archive

My Blog List

Selamat Datang - Trafik Tak Jem Hari Ini !!

Followers

Islamic Hijri Calendar