Tuesday, March 31, 2009

Najib Menghitung hari

Perhimpunan Agung Umno baru sahaja tamat 2-3 hari yang lalu yang menyaksikan Najib Tun Razak menang tanpa bertanding jawatan Presiden Umno , Tan Sri Muhyiddin sbg Timbalan Presiden , Hishamudin ,zaid hamidi dan shafie afdal sebagai naib presiden manakala Khairy ketua pemuda dan sharizat jalil sbg ketua wanita.

Hampir kesemua ahli umno beranggapan inilah barisan terkuat umno yang pada pandangan mereka mampu membawa kembali umno kelandasan yang betul selepas 'hanyut ' di bawah pimpinan pak lah.

Saya tertanya-tanya ,apakah yang telah berlaku keatas umno selama ini adalah di sebabkan pimpinan pak lah semata-mata?

Cuba kita fikir dan lihat kembali apakah perubahan yang dilakukan oleh pak lah sehingga di katakan punca kelemahan umno khasnya dan BN amnya.

Pak Lah sewaktu menerima pelantikan sbg PM telah mewarisi pelbagai masalah politik yang sangat teruk terutamanya didalam umno sendiri. Paklah telah mewarisi umno yang penuh korup yang sebenarnya telah menjadi amalan didalam parti itu sendiri semenjak umno baru ditubuhkan oleh Tun mahathir .

malah ,Paklah telah cuba untuk menjadi PM yang telus dan amanah dengan memperkenalkan slogan-slogan seperti' bekerja bersama saya ,bukan untuk saya ', Cemerlang , gemilang , terbilang dan lain-lain lagi.

umum mengetahui bahawa parti pembangkang terutama di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melancarkan kempen-kempen yang sangat hebat sebelum PRU 12 dengan isu-isu seperti ISA , OSA , rasuah ,kronism ,Isu bahasa ,harga barang keperluan harian,ketelusan badan kehakiman dan lain-lain lagi.

Isu -isu ini yang gagal ditangani dengan baik oleh paklah telah menyebabkan BN kalah teruk dan hampir tumbang jika tidak disebabkan oleh kerusi yang byk dimenangi di sabah dan sarawak.

Namum , ramai yang tidak menyedari bahawa isu-isu tersebut adalah berpunca dari pimpinan yang terdahulu iaitu dibawah pemerintahan Tun mahathir.

Mahatir amat licik dan bijak. Beliau telah mengetahui bahawa BN akan tumbang sekiranya beliau terus menjadi PM yang akhirnya beliau telah meletak jawatan tetapi telah memberi syarat kepada Paklah supaya melantik Najib sebagai TPM dan paklah mesti meneruskan projek yang beliau dan kroninya mempunyai kepentingan.

Paklah mengambil masa hampir 2 minngu untuk mengumumkan pelantikan najib sbg TPM tetapi paklah mungkir janji dengan tidak meneruskan projek seperti landasan keretapi di utara tanahair dan jambatan bengkok dijohor.

Mahathir kemudiannya melancarkan serangan ke atas paklah dengan menuduh beliau lembik dan sebagainya.

Kecaman mahathir sikit sebanyak telah menyebabkan rakyat dan ahli-ahli umno benci kepada umno dan dengan kempen -kempen hebat dari parti pembangkang, BN hampir tersungkur pada PRU 12.

Ahli-ahli umno malah ahli majlis tertinggi sendiri iaitu Muhyidin serta Rafidah begitu hebat mengasak paklah dan akhirnya pak lah akur dan tidak mempertahankan jawatan presiden umno.

Hari ini, Najib secara rasmi adalah presiden umno yang baru dan menghitung hari untuk menjawat jawatan perdana menteri. Paklah masih lagi tidak memberi tarikh sebenar peletakan jawatan beliau dan enggan mengulas apabila ditanya wartawan.

Bagi saya , Paklah telah cuba untuk menjadi PM dan presiden Umno yang berkesan.
Ingatlah , dibawah pemerintahan Paklah ,Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara yang saya percaya sekiranya masih dibawah pemerintahan Mahathir , beliau akan melakukan apa saja untuk memenjarakan DSAI.

Paklah juga telah melakukan pembaharuan dengan memberi ruang kepada media massa terutamanya debat secara langsung serta jangan lupa demo jalanan oleh HINDRAF , saya percaya di bawah pemerintahan mahathir , beliau akan terlebih dahulu menyumbat pemimpin hindraf didlm penjara sebelum demo dpt dilakukan.

Paklah juga telah mengarahkan pembebasan Anak lelaki Nik Aziz yang telah ditahan dibawah ISA dan Paklah juga telah memgembalikan maruah Tun salleh Abas dan hakim-hakim yang lain yang telah dipecat dan dihina sewaktu zaman tun mahathir.

Kesilapan paklah ialah beliau mempunyai penasihat-penasihat yang bodoh , yang tidak memahami sensitiviti rakyat serta menteri-menteri yang lembab terutamanya apabila beliau meluluskan kenaikkan harga minyak sehingga RM 2.70 selitar.

Namum antara menteri -menteri yang turut bersetuju dengan kenaikan harga minyak ini ialah Najib, muhyiddin dan semua jemaah menteri yang sebenarnya bakal kembali menjawat jawatan penting dlm kerajaan apabila najib menjadi PM Kelak.

Paklah cuma menjadi kambing hitam. beliau menjawat jawatan PM hanya untuk membolehkan Mahathir kembali berkuasa dengan berdiri dibelakang najib apabila najib menjadi PM.

Najib sebelum memenangi Jawatan presiden Umno telah berjaya merampas Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dan mengantung penerbitan akhbar harakah dan suara keadilan adalah gambaran awal bentuk pemerintahan najib kelak.

Gambaran oleh media asing tentang kes pembunuhan altantuya yang dikatakan mempunyai hubung kait dengan najib akan menjadi barah kepada umno dan BN.Ianya akan menjadi tekanan hebat buat najib dan akan memberi imej yang buruk kepada pemerintahan Malaysia kelak. Gelagat isterinya beliau yang gemar bershopping sakan akan merelisasikan jangkaan umum yang najib adalah Perdana Menteri serta Presiden Umno terakhir sebelum Umno pupus selepas PRU ke 13 tahun 2011 nanti..

Dan najib terus menghitung hari.....

No comments:

Powered By Blogger

Anda adalah pelawat yang ke.....

;

King Of The KOPS

King Of The KOPS

About Me

Hanyalah Manusia Biasa.............

Blog Archive

My Blog List

Selamat Datang - Trafik Tak Jem Hari Ini !!

Followers

Islamic Hijri Calendar