Tuesday, March 10, 2009

Menjelang Pemilihan Umno

Oleh Asam Pedas:-

1) Tadi sempat sembang dengan Tan Sri Rafidah. Dia akui menyedari Utusan dan Berita Harian lebih "pro" pada Shahrizat. Survey UM pun 'pro' pada Shahrizat. Tetapi Rafidah kata dia tidak terganggu. "Semua orang berhak pilih siapa mereka suka. Tetapi undi itu rahsia. Kita tunggu sahaja 25 Mac," katanya. Hemmm...

2) Don't count your money before the deal is done - itulah nasihat saya kepada Datuk Seri Shahrizat yang menawarkan jawatan "penasihat" kepada Rafidah jika dia menang Ketua Wanita nanti. Ewah...undi belum berlangsung, dah cakap macam orang dah menang! Hemmm...

3) Ada gosip yang lebih hangat singgah di telinga saya, iaitu bakal first lady "can't stand" Shahrizat. Eh betul ke? Hemmm...

4) Tindakan Datuk Kamilia secara terbuka mengatakan dia lebih "selesa" dengan Shahrizat mungkin membawa padah kepadanya. Apabila dia membuat kenyataan itu secara tidak langsung menunjukkan dia hanya boleh bekerja dengan orang tertentu. Sebagai bakal pemimpin, kita seharusnya boleh bekerja dengan sesesiapa sahaja! Hemmm...

5) Beberapa orang UMNO yang saya temui di parlimen hari ini berkata, "jangan terkejut kalau Muhyiddin kalah". Apabila saya bertanya, mengapa, jawab mereka simple aja "Dia kedekut dan sombong". Lagi dua orang tu tak kedekut kan? Hemmm...

6) Dengar cerita, kedudukan beberapa Menteri yang ada tak begitu selamat apabila Najib jadi PM, terutama mereka yang rapat atau sudah dilabel kroni Pak Lah dan KJ. Dua nama dah naik, seorang namanya bermula dengan "I" dan dua lagi pangkal namanya "S". Hemmm...

No comments:

Powered By Blogger

Anda adalah pelawat yang ke.....

;

King Of The KOPS

King Of The KOPS

About Me

Hanyalah Manusia Biasa.............

Blog Archive

My Blog List

Selamat Datang - Trafik Tak Jem Hari Ini !!

Followers

Islamic Hijri Calendar