Tuesday, January 13, 2009

Warga Emas Yang Di Aniaya...Inilah Bezanya antara Hukum Islam Dan Bukan Islam

ZAITON menenangkan suaminya, Muda selepas mendengar keputusan Mahkamah Tinggi Kuala
Terengganu semalam.



Dipetik dari Kosmo : January 13,2009.
KUALA TERENGGANU - Hilang tanah kepada 'cucu saudara'. Itulah yang dialami pasangan Muda Mat Zin, 80, dan isterinya, Zaiton Ishak, 69, selepas Mahkamah Tinggi di sini menolak tuntutan terhadap sebidang tanah mereka yang dipindah milik kepada seorang lelaki, Mamat Ross Bakar pada Mac 2005.
Hakim Ahmad Zaidi Ibrahim ketika membuat keputusan itu berkata, selepas meneliti keterangan semua saksi, beliau mendapati tanah tersebut dipindah milik dengan cara sah walaupun mereka mendakwa sebaliknya.
Ujarnya, ini berdasarkan keterangan Penolong Pendaftar Tanah Daerah Kuala Terengganu semasa perbicaraan sebelum ini bahawa pemilik tanah iaitu Muda menyatakan dia faham dan setuju untuk memindah milik tanah seluas 1.031 hektar itu.
Katanya, keterangan pasangan tersebut bahawa berlaku penipuan dan mendakwa Mamat Ross yang berusia 51 tahun bukan cucu saudara mereka juga telah gagal dibuktikan.
Jelasnya, berdasarkan keterangan beberapa saksi semasa perbicaraan kes menunjukkan bahawa mereka memang mempunyai pertalian saudara.

Katanya, ini dikuatkan lagi apabila pada borang 14A (pindah hak milik) turut tertulis penyerahan hak milik tanah dibuat daripada 'toki (datuk) saudara kepada cucu saudara.'
"(Lagipun) adalah tidak munasabah untuk melakukan pindah milik tanah tanpa sebarang ikatan persaudaraan," kata Ahmad Zaidi dalam keputusannya di sini semalam.

Dalam tuntutan saman yang difailkan pada 2006, kedua-dua warga emas itu meminta status pindah milik tanah di Bukit Rawa, Batu Rakit dibatalkan dan aset itu dikembalikan kepada mereka.

No comments:

Powered By Blogger

Anda adalah pelawat yang ke.....

;

King Of The KOPS

King Of The KOPS

About Me

Hanyalah Manusia Biasa.............

Blog Archive

My Blog List

Selamat Datang - Trafik Tak Jem Hari Ini !!

Followers

Islamic Hijri Calendar