BENDERA RASMI NEGARA MONGOLIADatuk Najib Tun Razak kini sah Perdana Menteri Malaysia yang Ke-6 mengantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau telah mengangkat sumpah sebagai PM di Istana Negara Pagi ini dihadapan Seri Paduka baginda Yang Dipertuan Agung Sultan Mizan.
Now what next? Apakah hala tuju PM baru ini ?
Pihak pembangkang yang diketui oleh DSAI telah menghantar surat permohonan kepada Agung Sultan Mizan merayu agar perlantikan ini ditangguhkan agar datuk najib disiasat terlebih dahulu daripda beberapa isu seperti rasuah komisen pembelian kapal selam dan jet pejuang Sukhoi serta hubungkait beliau dengan Altantuya Sharibuu beberapa jam sebelum majlis perlantikan berlangsung namun tidak diperkenankan oleh yang dipertuan agung.
Pada saya , Datuk najib tidak mungkin dapat mengembalikan kekuatan Umno dan Barisan Nasional. Sebentar tadi pada ucapan pertama beliau sbg PM , Datuk Najib mengumumkan penarikan balik penggantugan akhbar harakah dan suara keadilan serta pembebasan tahanan ISA hindraf.
Datuk Najib mengembalikan cara berpolitik ala Tun mahathir. Tun mahathir ketika era pemerintahannya telah mengamalkan politik 'beri dan tarik ' iaitu melakukan sesuatu dengan penuh muslihat yang tersirat. Sbg contohnya , penswastaan syarikat kerajaan seperti LLN kepada TNB dan Telekom adalah contoh dimana kos yang dahulunya ditanggung kerajaan berpindah kepada rakyat.
Ya,memang benar penswastaan dapat meningkatkan pendapatan pekerja serta chukai kerajaan dapat dikutip dan seterusnya menjana pendapatan kepada kerajaan.Tetapi dengan penswastaan TNB contohnya , kerajaan tidak mengawal kenaikan tarif dimana ianya berdasarkan kepada keputusan pihak pengurusan TNB. Benar , TNB memerlukan 'endorsement 'kerajaan sekiranya tarif ingin dinaikan , tetapi ianya hanya bersifat sementara dan kadang2 ditangguhkan sahaja dan akhirnya dinaikkan juga.
Begitu juga dengan penubuhan IPP ( penjana tenaga bebas ) yang menjual 'standby capacity ' yang berjumlah hampir RM 1 billion setahun, walaupun TNB tidak memerlukannya , tetapi terpaksa membelinya kononnya sebagai 'backup' capacity ,secara tidak langsung mengurangkan pendapatan TNB. Siapa tuan punya IPP ini kalau bukan kroninya.
Jadi , rakyat yang menanggung beban kos tarif elektrik yang tinggi ,TNB menjana pendapatan tetapi pendapatan ini digunakan utk membeli secara paksa dari kroninya( IPP bebas).
Jalanraya . Umum mengetahui bahawa hampir disegenap pelusuk lembah Klang ( KL,Selangor ) dilingkari dengan jalanraya yang bertol. Pengalaman saya yang berkerja disana serta kadang kala bercuti disana dapat merasakan bebanan kewangan yang terpaksa ditanggung apabila menggunakan jalan yang bertol. Tak perlu bagi saya mendedahkan pemilk -pemilik konsesi lebuhraya tersebut.
Benar , Rakyat mempunyai jalan alternatif tetapi bagaimanakah rupa bentuk jalan alternatif tersebut? ini dia , berlubang-lubang , sempit dan penuh sesak.
Kerajaan mengambil mudah dan boleh dikatakan mengabaikan tahap keselesaan jalan alternatif tersebut sedangkan rakyat yang mengunakan jalan tersebut mengetahui bertapa seksanya jalan alternatif tersebut.
Lihat sahajalah jalanraya yang bukan bertaraf lebuh raya menuju merapoh ke gua musang , hampir setiap perayaan akan belaku kemalangan maut sedangkan jalan tersebut patut dilebarkan utk keselesaan pengguna jalanraya.
Begitu juga dengan Lebuhraya tidak bertol K.Berang - Simpang Pulai yang melalui tasik kenyir dan gua musang , sudah hampir 11 tahun jln raya itu dibina tetapi masih terbengkalai ,pengguna terpaksa menlalui Felda Aring sebelum sampai ke gua musang dan seterusnya ke simpang pulai Perak.
Itulah politik Tun Mahathir.Memberi sesuatu tetapi dalam masa yang sama 'membelasah ' cukup-cukup.
Datuk najib kini melakukan perkara yang sama .3-4 hari yang lalu Kementerian Dalam Negeri menggantung penerbitan harakah dan suara keadilan dan kini najib cuba menjadi hero dengan memansuhkan larangan tersebut. Apakah terlalu bodoh menteri tersebut menggantung akhbar tersebut tanpa meminta pandangan PM atau TPM ,sedangkan ianya akan membawa implikasi/ persepsi yang buruk terutama ditengah kehangatan 3 piliharaya kecil skrg?
Umum mengetahui bahawa semenjak beberapa minggu yang lalu hampir semua keputusan penting telah dirujuk pada Najib , bukannya Paklah. Paklah tidak mempunyai sebab untuk melarang penerbitan harakah dan suara keadilan kerana beliau telah hampir untuk bersara. Najib telah cuba menunjuk sikap baik untuk memancing undi dengan menarik balik larangan penggantugan 2 akhbar pembangkang dan pembebasan tahanan ISA hindraf dengan harapan pengundi atas pagar dan kaum india di Bukit selambau menyokong BN.
Saya menjangkakan bahawa DSAI akan tersungkur didalam kes Liwatnya nanti. Ini adalah peluang terbaik najib untuk memastikan kebangkitan Pakatan Rakyat dapat dilemahkan dan hapuskan.
Bagi najib , DSAI adalah punca keatas huru hara yang berlaku dan juga punca kemerosotan sokongan rakyat kepada UMNO dan BN . Pakatan Rakyat ,terutamanya PAS dan DAP mustahil boleh duduk semeja jika tidak kerana peranan DSAI. kebangkitan rakyat pada hari ini adalah berpunca dengan peyatuan dan persefahaman yang jitu antara Keadilan ,PAS dan DAP. Operasi lalang yang dilakukan oleh Tun mahathir beberapa dekat yang lalu dalam usaha melemahkan PAS mungkin digunapakai kembali . Oleh itu, tak perlu bagi kita terlalu gembira dengan berita pembebasan 13 tahanan ISA kerana mungkin 13 tahanan politik akan disumbat balik , terutama pemimpin utama Pakatan Rakyat.Sama-sama kita tunggu.
Tahniah dan Selamat Menjalankan Tugas Datuk Seri najib.......
No comments:
Post a Comment