Sunday, April 12, 2009

DUN Terengganu Bubar ??

Angin perubahan dijangka akan belaku di Negeri Terengganu apabila sidang DUN akan bermula esok 13 April 2009.Berita tentang Undi Tidak Percaya keatas menteri besar Ahmad Said tersebar luas di negeri ini sejak penghujung Disember 2008 lagi.Ianya mungkin bakal diusulkan oleh bekas hulubalang Derih Jusoh ,iaitu Rosol Wahid.

Namun ,hari ini Ahmad Said memberi amaran mana-mana ADUN dari BN yang cuba mengemukakan usul tersebut akan dipecat.Malah beliau juga tidak teragak-agak untuk membubarkan DUN jika keaadaan memaksa.

Sebenarnya , BN sudah tidak releven lagi.

Kekalahan mereka di Bukit Gantang dan Bukit selambau jelas merupakan satu keputusan yang membuktikan rakyat masih tidak berpuashati dengan BN.

Walaupun Najib Razak telah mengumumkan barisan kabinet yang baru,namun ia masih tidak dapat meredakan kemarahan rakyat,malah kabinet yang dilantik oleh najib adalah rapuh dan menimbulkan rasa tidak puashati dikalangan parti kompenan BN sendiri.

Terbaru , Samy vellu -MIC telah membuat press statement yang kemungkinan untuk mengarahkan menteri dan timbalan menteri dari MIC meletak jawatan sebagai bantahan kerana ahli parlimen mereka tidak mendapat jawatan menteri kerjaraya.

Sebenarnya , bukan setakat samy vellu , malah ramai lagi ahli -ahli parti kompenen yang tidak berpuashati malah ianya berlaku dikalangan ahli umno sendiri.

Khairy Jamaludin , Ketua Pemuda umno sendiri telah dipinggirkan. Apakah rasional seorang ketua pemuda tidak di beri jawatan dlm kabinet tetapi timbalannya mendapat jawatan timbalan menteri malah Mukriz yang tewas didalam pemilihan umno turut menjawat jawatan timbalan Menteri - MITI.

Begitu juga keatas apa yang berlaku dinegeri Terengganu. Sewaktu pemilihan ketua bahagian umno November 2008 ,Ahmad Said telah mengarahkan beberapa individu untuk tidak bertanding tetapi tidak dituruti.Malah khabar angin turut tersebar yang ADUN Alur Limbat bakal mengantikan Ahmad Said sebagai MB terengganu yang baru.

No comments:

Powered By Blogger

Anda adalah pelawat yang ke.....

;

King Of The KOPS

King Of The KOPS

About Me

Hanyalah Manusia Biasa.............

My Blog List

Selamat Datang - Trafik Tak Jem Hari Ini !!

Followers

Islamic Hijri Calendar