Sunday, April 26, 2009

Antara Mat Said Dengan Derih Jusoh

Salam ,

Lama sungguh tak menaip..bulan ini aku sangat sibuk dengan kerja sampai tak sempat nak menulis kat blog nih....


Tak ade bende sgt yg. nak diulas..cuma berkenaan ngan politik Trg shj.

Sudah sah yang mat said digugurkan drpd jwt. Pengerusi Perhubungan Umno Negeri. Nampaknya berjaya juga Geng 10 Budak Hitam membalas dendam pada mat said.

Ade rakan-rakan aku dari luar Negeri trg bertanyakan akan hal politik negeri trg. Bagi aku mudah ajer .

Apa yang berlaku sebenarnya timbul rasa tak puashati dikalangan puak-puak derih berkaitan dengan 'pitih', itu aje.Mananya tidak kalau semua jawatan pengarah GLC hatta JKKK pun dibolot oleh puak mat said.

malah ADUN-ADUN yang bukan exco hanya ade peruntukan ADUN saja , tak merasa utk dpt duit lebih , jauh sekali utk dapat rase duit projek.

ade yang tanya aku apa mat said buat selama setahun perintah trg. aku tanya balik. ape derih buat ? " ooo..macam2 derih buat , masjid kristal , stadium baru ,besarkan airport, Monsson Cup " kata kawan aku dari KL." Cehhh...khak ptuih " jawab aku.

Aku bukan Pro Mat Said atau anti- derih Jusoh. Bagi aku 2-2 nie lebih kurang 2x5 ajer...takde beza banyak.

Baik , Derih Jusoh..Benar banyak projek mega...tapi utk sapa ? Hari ini yang aku boleh terima ialah pembesaran airport Trg ajer...tu pun bagi aku punyelah bodoh design mcm sial!!!

monsoon cup,masjid kristal ,stadium baru langsung tidak menjana ekonomi rakyat trg..cuba bagitau aku ..berapa ramai rakyat trg yang dapat berubah hidup selepas wujudnya projek mega ini.

Kalau anda pegi ke K.T , Mydin Mall ( depan Bukit Besar ) lebih banyak buat untung dari projek mega derih Jusoh. Monsoon cup, apakah kelebihan yang diperolehi rakyat trg..takde.. melopong ajer tengok mat saleh main kapal layar tak ubah mcm budak-budak main kapal kertas dlm baldi.Cuba pegi sendiri ke pulau Duyong ..lihat sendiri kesengsaraan penduduk asal kg. duyong ..tanya diorang ..ape yang diorang dapat.. nak Tahu!!! Di tepi rumah mereka terletak logi pemerosesan air kumbahan daripada chalet mewah yang dibina oleh Patric Lim .Itu yang diorang dapat.

Stadium Negeri berharga lebih RM 300 Juta. Wahhh...cantiknya..comelnya ...canggihnya.
Kalau dah RM 300 Juta , apa tak cantiknya..canggihnya... Tapi rakyat tetap susah.Saya dari dulu lagi berpendirian bahawa rakyat bukannya nak mintak kerajaan bagi RM 10,000.00 sebulan. Tidak.Kita pun tahu jugak wang mestilah dibelanjakan dengan cara yang berhemah.Rakyat Tapi kalau dah belanja beratus juta tetapi hanya memberi keuntungan pada kroni sahaja..apa rasionalnya??

Masjid Kristal...RM 350 Juta ( Mungkin kurang mungkin lebih -saya tak ingat ) .
Pernahkah saudara-saudari kesana...wah ..cantiknya ..semua masjid ade..

Benar , ia akan menjadi salah satu produk pelancongan negeri ..tetapi apakah atas nama produk pelancongan , ia harus melupakan tanggungjawab terhadap rakyat? tak cukupkah dengan berjuta ringgit dihanguskan dengan monsuun cup ?

Cuba bandingkan dengan pentadbiran Ahmad Said. Beliau juga meluluskan projek bandar baru kijal di Kijal kemaman Trg , iaitu di kawasan pengundinya. Tetapi manafaat akan dirasai oleh rakyat seperti peluang berniaga , kenaikan nilai hartanah dan sebagainya. Beliau juga membina sebuah zoo negeri yang juga terletak dikawasan pengudinya tetapi dengan kos yang tidak melampau serta membelanjakan RM 50 juta bagi membina 5 produk pelancongan di tasik kenyir iaitu Taman Orkid , Burung dan 3 lagi projek yang saya tidak berapa ingat. Konsep Taman orkid yang terletak disebuah pulau ditasik kenyir itu juga adalah yang pertama di dunia dengan konsep ala kampung.

Cuba kita bandingkan dengan projek 'Bodoh' dibawah derih jusoh yang gah dengan Kosnya tapi tidak menafaat kepada rakyat keseluruhannya.

No comments:

Powered By Blogger

Anda adalah pelawat yang ke.....

;

King Of The KOPS

King Of The KOPS

About Me

Hanyalah Manusia Biasa.............

My Blog List

Selamat Datang - Trafik Tak Jem Hari Ini !!

Followers

Islamic Hijri Calendar