Dipetik Dari Blog Raksaksa BN
Penangkapan dan soal siasat ke atas Ahli Majlis Tertinggi Datuk Norza Zakaria oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) ternyata mengejutkan semua dalam sebuah parti yang sedang giat bersiap sedia untuk musim pemilihan yang paling mustahak dalam tempoh berdekad.
Norza dan lebih sepuluh perwakilan (termasuk seorang Pengarah Jasa negeri) dari negeri Pahang telah disoal oleh pegawai SPRM – ada yang ditelanjangkan dan dipukul sewenang-wenangnya. SPRM dikatakan telah datang lengkap dengan pita rakaman perbincangan antara Norza dan ejen-ejennya bersama para perwakilan serta bil makanan sewaktu di Kuala Terengganu dan Temerloh. Di Temerloh-lah didakwa ada sampul berisi wang bertukar tangan.
Saya tidak mahu banyak berbicara tentang logika dan rasionalnya SPRM bertindak terburu-buru begini. Persoalan yang paling penting, mengapa Norza, dan siapakah dalang di belakang tabir. Sesiapa sahaja tahu bahawa Norza bukanlah individu yang banyak menabur wang, berbanding sesetengah calon-calon lain.
Bermulanya penundingan jari, sudah pastilah sekali lagi Pak Lah dan KJ dipersalahkan. Ajen-ajen sesetengah pihak sudah mula membuka cerita yang cukup dramatis, kononnya apa yang terjadi di Temerloh adalah angkara Pak Lah dan KJ untuk mengaibkan Dato' Seri Najib di negerinyasendiri supaya Pak Lah dapat kekal sebagai Perdana Menteri untuk jangka masa lebih panjang.
Namun apa yang tidak diceritakan oleh panglipurlara-panglipurlara penipu ini adalah hakikat bahawa Norza dan KJ adalah rakan rapat. Malah, sentiment anti-KJ bermula daripada tuduhan bahawa KJmenggunakan kedudukannya sebagai menantu PM untuk memperkaya kroni-kroninya termasuklah nama Norza yang kononnya berkedudukan paling atas dalam senarai. Maka puak anti-KJ yang dahulunya tidaksegan silu menggambarkan KJ dan Norza seolah-olah kroni tidur sekatil, kini mahu menyalahkan KJ pula atas apa yang telah berlaku kepada Norza. Ternyata sekali cerita ini langsung tidak masuk akal.
Jika seseorang benar-benar meneliti fakta dan keadaan sebenar, suatu gambaran yang lebih realistik akan didapati, yakni dalang di sebalik insiden ini adalah musuh-musuh Pak Lah dan KJ – Tun Dr. Mahathir, Datuk Mukhriz dan Tan Sri Muhyiddin Yassin – yang mahu sesiapa sahaja yang berhubungkait dengan Pak Lah dan KJ untuk tidak berada dalam kepimpinan parti dan negara esok. Taktik memerangkap Norza ini juga ada maksud yang lebih mendalam – Norza bukanlah seseorang yangmemegang jawatan dalan Kerajaan ataupun seorang wakil rakyat, maka tiada sebarang kesan mendalam kepada struktur politik tanahair, melainkan kepada Pak Lah dan KJ.
Yang lebih mengejutkan lagi, konspirasi kompleks ini tidak sahaja wujud melalui SPRM, tetapi juga melalui ejen-ejen dan kroni puak anti-PL/KJ ini dalam Lembaga Disiplin UMNO itu sendiri. Tengku AhmadRitahaudeen – yang memiliki integrity terpuji – kini malangnya telah hilang kawalan atas ahli Lembaga Disiplin, bekas Ketua Bahagian Kuala Pilah Tan Sri Abu Zahar Andika Ujang yang menyiasat segala dakwaan kes politik wang dalam Lembaga Disiplin, kadangkala sebelum fail sampai ke meja Tengku Rithaudeeen pun!
Yang menjadi permasalahan sekarang adalah Abu Zahar merupakan kroni rapat Muhyiddin dan memang tidak berapa selesa bersama Pak Lah. Siapa mungkin lupa pada bulan September lepas, Abu Zahar selaku Pengerusi Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) menggesa secara terbuka (ala Muhyiddin) untuk Pak Lah mempercepatkan proses peralihan kuasa (ini sewaktu pelan peralihan masih dijadualkan pada 2010 dan bukan Mac 2009). Abu Zahar juga telah diberikan jawatan sebagai Pengerusi LadangPertubuhan Peladang oleh Muhyiddin sewaktu Muhyiddin memegang portfolio Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
Tambahan lagi, hanya beberapa hari lepas, Abu Zahar mengeluarkan kenyataan dalam akhbar-akhbar tempatan menyeru agar diadakan 'kompromi' antara calon-calon yang bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden – secara dasarnya dia mahu menekan agar Datuk Seri Ali Rustam dan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib mengundur diri supaya Muhyiddin mampu menang tanpa bertanding sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Bagaimanakah seorang individu sebegini boleh dilihat sebagai objektif dan professional sekiranya secara terang-terangan memihak kepada satu kumpulan anti-PL/KJ?
Serigala-serigala sudah pun menanti untuk membaham Pak Lah dan KJ, sehinggakan wujudnya konspirasi untuk menyalahkan isu penangkapan calon atas tuduhan politik wang ke atas Pak Lah dan KJ. Mereka akan menggunakan segala apa cara sekalipun untuk memastikan tiga perkara tercapai: 1) Pak Lah diaibkan 2) Muhyiddin menang sebagai Timbalan Presiden 3) Mukhriz menang sebagai Ketua Pemuda. Mereka kini sedang cuba menyusun penangkapan dan pemberkasan calon-calon, atau pengugutan pun, untuk memastikan Mukhriz dan Muhyiddin masing-masing menang 'free'. Apa tidaknya, Ali Rustam dilihat kini sebagai 'favourite' untuk menang Timbalan Presiden, dan Mukhriz jauh ketinggalan Khir Toyo dan KJ. Najib pula tidak dapat berbuat apa-apa kerana terhutang budi kepada puak-puak Mahathir-Mukhriz-Muhyiddin yang membolehkannya naik menjadi Perdana Menteri Mac depan.
Kita perlu tanyakan diri sendiri, siapa sebenarnya yang menjual parti? KJ?
Republicans Win Control of House, Cementing a G.O.P. Trifecta Under Trump
-
The party protected vulnerable incumbents and picked off Democrats in
competitive districts, handing the president-elect a unified Congress to
enact his ag...
13 minutes ago
No comments:
Post a Comment