Di Petik Dari Blog Hussin LempoyangBesar terpampang ana lihat akhbar Sinar Harian memberi suara Anwar mempertahankan Khalid Ibrahim berkenaan isu rasuah lembu. Maka hari ini, ana mahu cerita pasal lembu.
Mengingatkan kembali cerita peristiwa Nabi Allah Musa, semasa Musa naik ke bukit untuk menerima perintah firman tuhan, ia memakan masa dan kaumnya yang tak sabar telah ditiu helah oleh seorang yang lain. Mereka telah memberi barang kemas emas mereka dan dilebur menjadi sebuah patung lembu emas untuk disembah. Lembu itu disembah macam tuhan.
Bagi orang Hindu, lembu dianggap binatang suci. Ana kurang fahami teologi Hindu tapi ana anggap ia suatu penghormatan kepada binatang yang banyak gunanya kepada masyarakat Hindu India. Mana tak, Lembu mengeluarkan susu untuk diminum dan dijadikan makanan. Ia juga menjadi bintang bebanan untuk menarik kereta, membajak tanah, dan pelbagai macam kerja. Hinggakan taik lembu dijadikan sumber gas methane untuk dijadikan bahanapi di dapur.
Dalam usaha Khalid Ibrahim untuk menjaga tiga kawasan - Parlimen Bandar Tun Abdul Razak, DUN Ijok, dan Menteri Besar Selangor - dia telah menyumbang sebanyak 46 ekor lembu untuk korban Adil Adha. Rupanya Khalid mengikut-ikut Dolah dan lembu DiGi. Cuma silapnya Khalid, kerja sedekah yang amalan suci itu tercemar kerana SPRM kata ada kes.
Muncullah Brader Anwar Bin Ibrahim mempertahankan Khalid dan menuduh SPRM macam-macam. Apalah sangat lembu berbanding dengan berjuta-juta yang dituduh telah disapu. Amalan suci membabitkan lembu oleh Khalid itu tidak apa-apa. Dari cuba menyucikan amalan Khalid, Anwar telah menjadikan dirinya dan parti perjuangannya lembu suci yang ... tidak boleh ditegur dan tidak boleh dilarang. Nona nona Elizabeth Wong.
Hai Brader, kalau harga lembu RM1,500 seekor, 46 ekor itu RM69,000. Bukan sedikit jumlahnya. Khalid pula kata dia tak pakai kereta kerajaan tetapi pakai Lexus sebagai kereta rasmi. Ada pula tuduh SPRM yang mereka sokong diketuai oleh seorang yang anak ada masaalah. Salah anak, hukum bapak? Berbelit rasional masing-masing ini macam ekor lembu.
Dalam pada itu, Nik Aziz pula mempersoalkan tindakan Ibrahim Ali mengaruk menghempas songkok di Parlimen tempoh hari mempertahankan Raja. Takiyuddin, gedebe sebelah PAS, yang mula mempersoalkan Berahe. Mula-mula Tok Guru ghoyak, "Tokse tokse ..." Tokse tu tok mahu kecek la. Akhirnya disebut di TV pulo, "Tokle bebas sesuka gitu, kena ada ikate. Lembu pun ade tali. ... " Sudoh, Tok Guru nak buak Brahim Ali lembu tambate pulok?
Lembu lembu ... dari disembah menjadi tuhan, dihormati sebagai suci, menderma amalan suci, mahkan diri taraf kesucian mu, berbelit seperti ekor mu, dan yang bebas dijadikan mu.
Wow! Masih lagi untung jual orang dari jual unta.
No comments:
Post a Comment