ALASAN SPR TAK MUNASABAH
February 3, 2009 · Print This Article
IPOH: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak perletakan jawatan Adun Behrang dan Adun Changkat Jering dengan menyifatkan surat perletakan jawatan mereka masing-masing hanya diserahkan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Perak
SPR hanya menerima salinan surat atau penduanya sahaja, maka surat perletakan jawatan itu tidak terpakai atau sah.Pada kebiasaannya SPR akan menunggu pakai surat atau pemakluman speaker dewan undangan negeri mengenai perletakan jawatan seseorang Adun.
Sebenarnya teramat nyata lucu untuk SPR berkata demikian. Alasan yang tidak munasabah. Namun oleh kerana itu setakat ini Jamaludin Mohd Radzi dan Kapt (B) Osman Jailu kekal masing-masing sebagai Adun Behrang dan Adun Changkat Jering.
Sesungguhnya menghairankan jika itulah alas an SPR untuk mempertahankan dua adun itu. Secara akliah dan legislatifnya, seseorang Adun akan menghantar surat perletakan jawatannya kepada Speaker Dewan Undangan Negeri, yang merupakan secara legislatifnya adalah seorang ketua.
Berbelit nampaknya alas an kali ini. Sepatutnya selepas seseorang Adun menghantar surat pada speaker , maka baharulah speaker memanjangkan surat perletakan jawatan berkenaan. Umpamanya seseorang jika berlaku kematian pada seseorang Adun, maka menjadi kewajipan speaker negeri berkenaan memaklumkan kepada SPR untuk mengadakan pilihan raya.
Tidak pernah kedengaran setakat ini SPR membuat pilihan raya kecil tanpa surat pemakluman speaker negeri berkenaan.
Pelik.
Republicans Win Control of House, Cementing a G.O.P. Trifecta Under Trump
-
The party protected vulnerable incumbents and picked off Democrats in
competitive districts, handing the president-elect a unified Congress to
enact his ag...
34 minutes ago
No comments:
Post a Comment