Tuesday, October 26, 2010

Hadi Awang bergurau senda dengan Sharizat Jalil

Kepada penyokong-penyokong Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional, kalau korang setakat penyokong tahap pencacai parti masing-masing dok gebang lebih kat kedai kopi mengalahkan ahli parlimen, korang tak payahla nak tunjuk samseng lebih-lebih hanya kerana perbezaan ideologi politik. Otai-otai tenang-tenang je lepak sama-sama bawah satu khemah.

Hari ini Ustaz Hadi Awang sempat bergurau senda dengan Shahrizat Jalil dan Rais Yatim di dalam majlis penamaan calon DUN Galas sebentar tadi. Malah Rais Yatim juga menawarkan 'lubang' untuk pakatan rakyat menggunakan masa 15 minit di RTM untuk program bersama rakyat.


GUA MUSANG, 26 Okt: “Kita tak pergi ke khemah sana (BN) sebab presiden sana (Umno) tak ada," ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berseloroh.

Jawapan bersahaja Ahli Parlimen Marang itu merujuk ketidakhadiran Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak bagi mengiringi calon BN pada proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas, pagi tadi.

Beliau menyatakan demikian sebagai membalas kehadiran Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil ke khemah yang disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk pemimpin Pakatan Rakyat.

Shahrizat dengan nada selamba berkata, beliau pergi ke khemah tersebut untuk bertemu Presiden PAS.

"Kita datang sebab nak bertemu presiden (PAS)," katanya sewaktu menunggu pengumuman rasmi SPR mengenai calon-calon yang akan bertanding pada PRK Galas, 4 November ini.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Muslimat PAS Pusat, Nuridah Mohd Salleh turut berbual dengan Shahrizat.

Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim juga berbuat demikian sambil bersetuju memberikan ruang selama 15 minit kepada Pakatan Rakyat melalui RTM.

PRK N.45 Galas menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Dr Zulkefli Mohamad daripada PAS yang mewakili Pakatan Rakyat dan calon BN, Abdul Aziz Yusoff. [Harakahdaily]


Source: Hadi Awang bergurau senda dengan Sharizat Jalil - MiLo SuaM http://milosuam.blogspot.com/2010/10/hadi-awang-bergurau-senda-dengan.html#ixzz13TRqq1zY

No comments:

Powered By Blogger

Anda adalah pelawat yang ke.....

;

King Of The KOPS

King Of The KOPS

About Me

Hanyalah Manusia Biasa.............

Blog Archive

My Blog List

Selamat Datang - Trafik Tak Jem Hari Ini !!

Followers

Islamic Hijri Calendar