Sultan Muhammad Ke-5 telah menarik balik gelaran Datuk yang dianugerahkan kepada Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ibrahim Ali menurut laporan The Star hari ini.
Selain Ibrahim yang merupakan Ahli Parlimen Bebas bagi Pasir Mas, Sultan Kelantan juga menitahkan gelaran Datuk juga ditarik daripada bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Wan Hashim Wan Daud.
Tidak ada butiran lanjut diperolehi setakat ini berhubung alasan gelaran tersebut ditarik balik.
Bagaimanapun Ibrahim dilihat amat lantang 'memperjuangkan' hak serta 'ketuanan' Melayu sehingga menimbulkan kontroversi dengan pemimpin Umno seperti Ketua Pergerakan Pemuda, Khairy Jamaluddin dan juga rasa tidak senang dikalangan masyarakat Cina dan India.
Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) Mendakwa Tambang ECRL Yang Tular Di Media
Sosial Cuma Spekulasi, Kadar Rasmi Sedang Diperhalusi
-
*SHAH ALAM:* Kadar tambang perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)
sedang diperhalusi bagi menyediakan kemudahan pengangkutan awam yang
berkualiti ke...
8 hours ago

No comments:
Post a Comment