Wednesday, June 30, 2010

Bongkar Kisah Taib Mahmud

Hari ini 3 orang rakyat Sarawak telah tampil sebagai Wira Sarawak dengan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyalahgunaan kuasa dan juga termasuk dakwaan rasuah yang telah dilakukan oleh Ketua Menteri mereka iaitu Tan Sri Taib Mahmud.

Penggadu tersebut terdiri daripada 3 rakyat Sarawak iaitu John Brian Anthony, Ting Cek Ming dan seorang lagi bernama Kung Chin Chin.Mereka ber-3 telah mendesak dan membuat laporan kepada SPRM untuk menggesa SPRM menyiasat empayar perniagaan Taib dan keluarganya itu yang didakwa bernilai lebih daripada RM 3 bilion berdasarkan apa yang telah dilaporkan oleh sebuah blog yang bernama sarawakreport.org.

Aduan yang telah dibuat oleh 3 rakyat Sarawak itu telah dibuat kepada pegawai SPRM iaitu Ranjit Singh dan aduan yang dibuat hari ini merupakan aduan yang ke-2 berhubung perkara yang membabitkan empayar Taib tersebut dan aduan yang pertama telah dibuat di SPRM Sarawak semalam oleh Ahmad Nazib Johari.

Salah seorang pengadu tersebut yang bernama Ting Chek Ming berkata proses membuat laporan kepada SPRM telah berjalan lancar tidak sepertimana ketika beliau dan Ahmad Nazib dan juga James Wong membuat laporan kerana ketika beliau, Ahmad Nazib dan juga James Wong membuat laporan pihak SPRM enggan menyerahkan salinan aduan yang ditulis dengan tangan sehingga mereka bertiga terpaksa menarik semula laporan mereka yang telah dibuat di SPRM itu dan kali ini mereka telah datang dengan salinan laporan yang ditaip dan pegawai SPRM tersebut menandatanganinya menandakan mengesahkan penerimaan aduan berkenaan dan mereka juga telah memastikan tidak ada perubahan yang dibuat terhadap aduan tersebut.

Turut hadir menemani mereka ketika mereka membuat aduan kedua tersebut ialah pimpinan wanita PKR iaitu Rozaini Mohd Rosli untuk menunjukan sokongan PAKATAN RAKYAT kepada aduan tersebut dan mereka bertiga telah dinasihatkan bahawa mereka mungkin akan dipanggil untuk memberi kenyataan terhadap apa yang telah diistilahkan oleh SPRM mengenai kes itu sebagai "KES BESAR".

Menurut Ting mereka bertiga telah diberi jaminan dimana SPRM akan menyiasat kes itu dan mereka juga di nasihatkan supaya menulis surat kepada Pengarah Siasatan untuk mendapatkan perkembangan mengenai aduan yang telah dibuat oleh mereka bertiga itu.

Dalam pada itu sarawakreport.org telah mendakwa Taib dan keluarganya mempunyai empayar perniagaan antarabangsa termasuk memiliki hotel mewah di Australia dan juga hartanah terbesar yang juga dianggap kontrovesi di Kanada.Selain itu blog berkenaan yang dikendalikan oleh rakyat prihatin itu juga turut mempersoalkan pembabitan keluarga Taib dalam syarikat milik kerajaan negeri Sarawak itu dimana dakwaan 85 % saham CMS dimiliki oleh Taib dan keluarganya dan juga termasuk rakan-rakan karib mereka ketika syarikat berkenaan diswastakan sehingga menimbulkan soal penyalah gunaankuasa.

Dipetik Dari:
Posted by ustaz CS at 11:58 PM

No comments:

Powered By Blogger

Anda adalah pelawat yang ke.....

;

King Of The KOPS

King Of The KOPS

About Me

Hanyalah Manusia Biasa.............

My Blog List

Selamat Datang - Trafik Tak Jem Hari Ini !!

Followers

Islamic Hijri Calendar