Sunday, April 25, 2010

Fairus- Sibedebah-Patutlah lompat masuk UMNO

Seminggu berkampong di Hulu Selangor, hampir setiap malam saya turut berceramah. Bermula di Batang Kali, Bukit Beruntung, Taman Widuri, Stadium Kuala Kubu Baru dan malam terakhir di Bukit Sentosa.

Saya diminta oleh pimpinan amk pusat untuk dedah kes Fairus.

Ini adalah satu dari 10 laporan kes terhadap Fairus.

Fairus tanpa perasaan malu dan rasa bersalah telah meminta tauke kuari agar membiayai kos lawatannya ke London bagi menghadiri majlis forum pendidikan, tanpa kebenaran dan kelulusan kerajaan Negeri Pulau Pinang.



Ketika itu, Fairus mengiringi Timbalan Ketua Menteri 2 Prof. Dr Ramasamy yang dijemput secara rasmi oleh pihak penganjur.





Kunjungan beliau dibuat tanpa pengetahuan Ketua Menteri Lim Guan Eng dan anggota exco kerajaan negeri dan lawatannya hanya disedari apabila beliau sudah berada di luar negeri.







Isu lawatan itu, kemudiannya telah dibincangkan dalam mesyuarat exco kerajaan negeri.


Bahkan, perkara tersebut juga telah dibangkitkan oleh Pembangkang pada sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang berlangsung pada 21 Julai 2008 sehingga 31 Julai 2008.




Lawatan kontroversi tersebut pernah disiarkan oleh portal berita Malaysiakini bertajuk ‘Saya tidak guna wang negeri ke London’ di http://www.malaysiakini.com/news/86562




Berikut adalah SMS Fairus (019-62337300) kepada tauke kuari:






SMS 1
23 Jun 2008
10.00 pagi




Good day. I’ve cheked the latest cost needed for the London mission. Inclusive of all related cost.ie local cost-accomotion,transportation, airfares, (to & fro) & meals for 5 day, the actual cost needed is only RM20k. Please assist in depositing the needed help into this acc 14153010028073 (Bank Islam). The ass is needed to arranged today as the purchase of flight ticket need to done urgently. Tq so much to ur help. Pls delete this sms once u have read & deposit the help. Pls reply.




Tauke kuari kemudiannya memaklumkan kepada Fairus, bahawa di Juru Bukit Mertajam, tidak terdapat cawangan Bank Islam. Justeru itu, Fairus menghantar SMS berikut yang disertakan nombor akaun Maybank miliknya.






SMS 2
23 Jun 2008

10.19 pagi
This is maybank acc no 16401468986970. Tq so much.




Tauke kuari kemudiannya telah memasukkan wang berjumlah RM10,000 ke dalam akaun Maybank Fairus bernombor 16401468986970 pada 23 Jun 2008. ( Salinan resit bernombor 7474847 ( 246832) disertakan..







Namun, apabila isu itu mula heboh diperkatakan dalam media, terutamanya apabila bekas Ahli Majlis Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) Amizudin Ahmat membangkitkan dalam media berkenaan penyelewengan dan rasuah kuari, yang membabitkan dua pemimpin keADILan ( tidak disebut nama ) Fairus mula terasa bahangnya.



Dipetik dari blog sharpshooter

No comments:

Powered By Blogger

Anda adalah pelawat yang ke.....

;

King Of The KOPS

King Of The KOPS

About Me

Hanyalah Manusia Biasa.............

My Blog List

Selamat Datang - Trafik Tak Jem Hari Ini !!

Followers

Islamic Hijri Calendar