Thursday, December 31, 2009

Pas Makin Bercelaru - Hamidah Osman

Dipetik dari Blog h YB Hamidah Osman



Kesempurnaan PAS dan Kecatatan UMNO ?

1. Setiap kejadian yang berlaku sejak kebelakangan ini banyak menimbulkan persoalan dalam masyarakat kita. Kemelut yang berlaku didalam PAS masih lagi mampu ditutupi oleh PAS dengan menuding jari bahawa segala yang berlaku adalah konspirasi politik UMNO.

2. PAS masih lagi mahu kelihatan dengan 'wajahnya' yang warak dan bercahaya bahawa PAS merupakan parti yang maksum dan sangat sempurna, sehingga apa sahaja yang berlaku adalah dari 'tangan-tangan jahat UMNO'

3. Sudah boleh diduga bahawa UMNO akan dituduh menjadi dalang apabila sekumpulan penyokong Pas yang bergerak atas nama Badan Bertindak Gerakan Kesedaran dan Pengundi Pas (GKPPNS) mengadakan perhimpunan di pejabat parti itu di Shah Alam mendesak Pas keluar daripada pakatan pembangkang di Selangor.

4. Dakwaan seumpama ini bukanlah perkara baru, malah sebelum ini apa pun yang berlaku di Selangor segala-galanya akan ditunding kepada UMNO, seolah-olah UMNO mempunyai kehebatan luar biasa bagi mengkucar-kacirkan Pas di mana sahaja.

5. Mahfuz dalam kenyataan akhbar hari ini, berterus terang dan sangat yakin bahawa ini merupakan perbuatan UMNO yang maha jahat itu. Apakah Mahfuz sedar bahawa menuduh pihak lain melakukan perbuatan khianat merupakan satu dosa, atau apakah dosa hanya akan diperolehi oleh orang UMNO tetapi tidak kepada orang PAS ?

6. Tuduhan seumpama itu tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya hanya akan meretakkan hubungan antara dua parti induk Melayu itu. Ketika ini tiada siapa pun tahu apa motif kumpulan berkenaan dan siapa dalang di sebalik kewujudan mereka. Oleh itu melalui laporan polis yang dibuat oleh Dewan Pemuda Pas Selangor adalah lebih baik Mahfuz menanti sahaja hasil siasatan polis.

7. Menuduh UMNO terlibat dalam apa juga kemelut yang terjadi kepada Pas, bukanlah suatu tindakan yang bijak kerana semua orang sedia maklum mengenai kemelut yang berlaku di dalam parti itu. Adalah lebih wajar jika Pas berfikir juga teori apakah mungkin di dalam Pas atau pakatan pembangkang sendiri ada politiking yang sedang berlangsung bagi menjatuhkan pemimpin tertentu dalam Kerajaan Negeri Selangor.

8. Janganlah terlalu melihat bahawa hanya 'musuh' kita sahaja mempunyai agenda tanpa memikirkan bahawa 'kawan' kita juga mungkin ada agenda. Politik tetap politik, ia tidak ada musuh dan kawan yang kekal. Dalam politik yang sering menjatuhkan rakan dalam sesama parti adalah kawan kita sendiri.

9.Oleh itu tindakan beberapa pemimpin PAS termasuk Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Harun Taib yang menyatakan perhimpunan berkenaan adalah perancangan politik didalangi UMNO dalam usaha pihak terbabit merampas semula pemerintahan di Selangor adalah tidak munasabah

10. Bagaimana pula jika demonstrasi itu dirancang bagi memalukan pemimpin PAS di Selangor dan ia diadakan dengan tujuan untuk menunjukkan bahawa kononnya pemimpin PAS berkenaan sememangnya bermasalah dan tidak mendapat sokongan padu ahli PAS di negeri itu? Inilah antara konspirasi-konspirasi yang perlu difikirkan.

11. PAS perlu ingat, mereka juga bukanlah sebuah parti yang sempurna, pasti ada kelemahan di sana-sini yang perlu diperbaiki, termasuklah gejolak secara diam di kalangan ahli parti itu. Tuduhan bahawa setiap yang berlaku merupakan 'tangan-tangan' jahat UMNO semakin kurang diterima oleh masyarakat dan ahli PAS sendiri. Bersiap sedialah untuk menerima hakikat.

Kak Midah
Kuala Lumpur
Posted by Kak Midah at 10:47 PM

No comments:

Powered By Blogger

Anda adalah pelawat yang ke.....

;

King Of The KOPS

King Of The KOPS

About Me

Hanyalah Manusia Biasa.............

Blog Archive

My Blog List

Selamat Datang - Trafik Tak Jem Hari Ini !!

Followers

Islamic Hijri Calendar