Saturday, November 14, 2009

TGNA dan Isu Tajaan Ke Makkah

KOTA BHARU: Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membatalkan hasratnya menunaikan fardu haji musim ini kerana bosan dengan kerenah media, yang katanya banyak mempersoalkan permergian beliau ke tanah suci itu yang ditaja pihak tertentu.

Beliau berkata pemergiannya ke Tanah Suci yang dijadual 17 November ini ditangguhkan kerana media heboh mempersoalkan pemergiannya itu kerana ditaja orang tertentu yang didakwa mempunyai kepentingan dengan kedudukannya sebagai Menteri Besar.


Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas, berkata laporan dalam media dan laman blog mengenai tajaan untuk beliau itu bertujuan untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

"Kalau di zaman Nabi dahulu baginda pernah dihalang oleh orang Quraisy daripada memasuki Kota Makkah, maka kini saya dihalang daripada niat untuk mengerjakan haji di tanah suci itu oleh Qurasy Malaysia," katanya ketika menyampaikan kuliah pagi Jumaat di sini hari ini.

Dalam ceramah itu, Nik Aziz berkata, beliau tidak begitu "pelahap" (menagih) tajaan oleh seseorang untuk menunaikan ibadah haji kerana beliau mempunyai wang sendiri, tetapi menerima tawaran itu kerana mahu memenuhi niat orang yang ingin menaja pemergiannya.

"Tapi oleh kerana akhbar geger (bising) sangat, saya tangguhkan dulu niat untuk pergi ke Makkah kali ini," katanya.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Nik Aziz mengakui ada pihak membiayai perbelanjaannya untuk menunaikan ibadah haji dan beranggapan ia tidak salah selagi tidak melanggar peraturan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya beliau menerima terlalu banyak tawaran daripada pelbagai pihak yang sanggup menanggung perbelanjaannya ke Makkah.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan bahawa SPRM telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan yang Menteri Besar Kelantan dan keluarganya mendapat tajaan untuk menunaikan ibadah haji.

Laporan yang memetik sumber itu menyebut, jika ada unsur rasuah dan salah laku dalam kes itu, SPRM akan mengambil tindakan sewajarnya. - Bernama


Kata saya :

Bukan masanya!


Kekalutan di dalam kepimpinan PAS berkaitan integriti Presiden PAS berkenaan UG dan Hassan Ali belum lagi reda, PAS diasak pula oleh bai'ah. Belum lagi hilang bising kesemua isu tadi, timbul pula isu siasatan SPRM ke atas PMBK kini ditambah pula dengan isu tajaan haji kepada TGNA.

Memang bagi orang Kelantan, seseorang yang kaya dan berharta berpeluang menaja seseorang Tok Guru atau manusia yang dihormati oleh masyarakat setempat untuk menunaikan haji adalah satu perkara yang amat menggembirakan dan dipandang baik serta membanggakan. Tetapi di dalam keadaan yang pantang kain terselak, mata akan terjegil bernafsu sepatutnya TGNA tidak bersetuju dan menolak tajaan tersebut. Ini juga adalah isu yang "berpersepsi". Semua orang boleh membuat tanggapan.

Bagi Kakitangan Perkhidmatan Awam untuk menerima hamper pun dilarang inikan pula tajaan melibatkan puluhan ribu RM untuk menunaikan Haji. Apakah persepsinya menjadi elok bila TGNA adalah seorang Menteri Besar? Ketika kilat dan halilintar melanda PAS dan Pimpinannya belum berakhir dan reda, TGNA pula seolah membuka gelanggang untuk di belasah.

Di setiap Kedai Kopi dan Madrasah di Kelantan, puak-puak UMNO sudah menjaja dan melariskan isu tajaan ini. Ramai dah berbuih mulut menghentam dan banyak pula taik telinga yang menggelupur. Isu ini adalah isu logik. Masyarakat dan Rakyat akan termakan. PAS yang berdegar-degar dengan kata-kata anti rasuah, TGNA sendiri menerima pula satu tajaan yang bernialai puluhan ribu RM!

Keihklasan. Di dalam politik siapakah akan pedulikan keikhlasan?


Tapi ada juga pertanyaan di benak saya, "Adakah TGNA saja mengacah?"


Posted by mountdweller at 5:40 AM

No comments:

Powered By Blogger

Anda adalah pelawat yang ke.....

;

King Of The KOPS

King Of The KOPS

About Me

Hanyalah Manusia Biasa.............

My Blog List

Selamat Datang - Trafik Tak Jem Hari Ini !!

Followers

Islamic Hijri Calendar