Friday, November 13, 2009

Hujan Lebat Pantai Timur

Kenyataan Akhbar (Kemaskini pada 9.00 pagi, 13 November 2009) NASIHAT HUJAN LEBAT (PERINGKAT KUNING)
I) Nasihat Hujan Lebat Peringkat Kuning telah dikemaskini pada 12.55 petang, 12 November 2009. Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat dijangka turun di Kelantan (Daerah Tumpat, Kota Bahru, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang), Terengganu (Daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Daerah Kuantan, Jerantut, Pekan, Rompin dan Maran) bermula pagi Ahad, 15 November 2009 hingga Khamis, 19 November 2009.

Keadaan cuaca yang sama dijangka berlaku di Perak Utara (Daerah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Larut dan Matang dan Kerian) dan Kedah bermula malam Isnin, 16 November 2009 hingga Jumaat, 20 November 2009. Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah berdekatan tebing-tebing sungai. Ombak kuat dijangka berlaku di perairan pantai Kelantan dan Terengganu mulai dari Sabtu, 14 November 2009 hingga Ahad, 15 November 2009.
II) Nasihat Hujan Lebat Peringkat Kuning telah dikemaskini pada 9.00 pagi, 13 November 2009. Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat yang turun di Pahang (Daerah Kuantan, Jerantut, Pekan, Rompin, Maran, Bera dan Temerloh) dan Johor (Daerah Mersing dan Kluang) terutamanya pada sebelah pagi dijangka berterusan sehingga 14 November 2009 (Sabtu).

Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah berdekatan tebing-tebing sungai.
Semasa tempoh hujan lebat, orang awam diminta untuk lebih berhati-hati dan mengikut arahan pihak berkuasa. Orang awam juga diminta untuk mematuhi arahan berpindah oleh pihak berkuasa apabila diarahkan jika banjir berlaku di kawasan mereka atau jika keadaan memerlukan.
AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA) Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora (Kategori Pertama) telah dikemaskini pada 09.20 pagi, 13 November 2009 di mana angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di perairan Samui (Kelantan dan Terengganu), Condore, Reef North, Layang-Layang, Palawan dan Utara Sabah (Kudat) bermula pada Selasa, 17 November 2009 sehingga Khamis, 19 November 2009. Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Jabatan Meteorologi Malaysia Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi 13 November 2009
Posted by serupasekala at 10:29 AM
Labels: 13 November 2009) NASIHAT HUJAN LEBAT (PERINGKAT KUNING), Kenyataan Akhbar (Kemaskini pada 9.00 pagi

No comments:

Powered By Blogger

Anda adalah pelawat yang ke.....

;

King Of The KOPS

King Of The KOPS

About Me

Hanyalah Manusia Biasa.............

My Blog List

Selamat Datang - Trafik Tak Jem Hari Ini !!

Followers

Islamic Hijri Calendar