Monday, November 8, 2010

Zaid Ibrahim Yang Sebenar

Hari ini Zaid Ibrahim mengumumkan menarik diri dari bertanding Jawatan Timabalan presiden PKR dan meletakkan semua jawatan dlm parti. Berita ini amat mengejutkan bagi Utusan malaysia ,RTM dan TV3 serta komponen BN tetapi tidak bagi PR.

Apa sebenarnya yang zaid mahu?? Beliau mengatakan dlm blognya bahawa beliau tawar diri menyertai parti ini atas kepercayaan dia boleh membawa politik progresif; memupuk dan memperkembangkan demokrasi dan ketelusan di negara ini. tetapi sebenarnya dia silap.

Katanya lagi 'Saya mengambil keputusan ini kerana tidak ada usaha oleh kepimpinan parti untuk menangani manipulasi dan amalan tidak adil serta penyelewengan dalam pemilihan itu meskipun ia telah berulang-kali ditimbulkan.'

saya minta Zaid Ibrahim nyatakan parti politik mana dlm malaysia bahkan dlm dunia yang sempurna? dan sekirannya ada kelemahan tertentu tidakkah zaid terfikir bahawa PKR adalah satu-satunya parti di malaysia yang melaksanakan satu ahli satu undi?
PAS, parti yang berteraskan islam juga semasa pemilihan parti menghadapi kelemahan malah pengiraan undi dijalankan ditengah malam hari sehingga Nasahruddin Mat Isa menang.Adakah Husam Musa letak semua jawatan dlm parti??

Adakah Zaid melihat UMNO lebih mulia dari PKR? Dlm blog beliau juga menyatakan'saya berharap peminat Anwar Ibrahim tidak lagi menganggap saya sebagai 'spoiler'yang akan menghalang perarakan mereka ke Putrajaya. Saya ucapkan maju jaya kepada mereka.' Apakah maksud beliau tentang 'Peminat Anwar' ? adakah zaid tidak sedar diri ketika beliau dihina oleh Mukriz mahathir yang melebalkan beliau sebagai kaki rasuah ,datang ke konvensyen PKR dan kemudiannya berbincang dengan Anwar utk masuk PKR? Dan dia kemudiannya diangkat sebagai salah satu pemimpin PKR dan seterusnya menjadi calon hulu selangor.

Sebenarnya apa yang dimahukan oleh zaid ibrahim? Kuasa.Zaid berpendapat dengan hanya berjawatan timbalan presiden maka beliau boleh membawa perubahan total dlm parti. Beliau lupa akan pengorbanan Tian Chua , CheGu Bard dan bebrapa pemimpin PKR yang pada hari ini tidak setamak beliau dlm parti malah pejuang2 ini terus berjuang bersama parti. Beliau menuduh anwar menyebelahi Azmin, mengapa tidak????Walaupun saya sendiri tidak setuju dengan cara Anwar tetapi jasa azmin pada anwar tidak boleh disangkal. Kesetiaan dan sokongan Azmin adalah jitu walaupun W.azizah dan Nurul dikatakan tidak bersetuju.

PKR akan terus kehadapan.Pemimpin seperti zaid tidak diperlukan dlm PKR. Benar ,sebahagian daripada PKR adalah dari 'keturunan' UMNO tetapi keikhlasan dlm memperjuangkan hak rakyat adalah jauh lebih baik dari UMNO.

Sekiranya dengan hanya kelemahan pemilihan parti Zaid sudah meletak jawatan dan merajuk, apa yang boleh kita harap pada Zaid Ibrahim sekirannya berlaku perjuangan dijalanan dengan semburan air kuning, pastinya zaid terlebih dahulu melarikan diri.

No comments:

Powered By Blogger

Anda adalah pelawat yang ke.....

;

King Of The KOPS

King Of The KOPS

About Me

Hanyalah Manusia Biasa.............

My Blog List

Selamat Datang - Trafik Tak Jem Hari Ini !!

Followers

Islamic Hijri Calendar