Sunday, November 7, 2010

Parti Keadilan Rakyat - Masih Relevankah?

Saya melihat mutakhir ini DSAI dan PKR dikritik hebat tentang kelangsungan mereka menterjemahkan perjuangan mereka. Terbaru kritikan bekas mufti perlis Dr. Asri terhadap DSAI supaya berundur dan memberi laluan muka baru .

Selain itu PKR turut 'diserang' oleh ahli dan bukan ahli PKR sendiri dlm menguruskan pemilihan Parti.

Bagi saya , Kritikan Dr. Asri mungkin betul sekiranya beliau menyarankan agar bukan DSAI sahaja yang patut berudur. Dr. Asri perlu juga memberi kritikan yang sama terhadap Tun Mahathir , TG haji Hadi , TG Nik Aziz, Dr.Hasan Ali , Harun Taib , Taib Mahmud dan beberapa pemimpin melayu islam yang lain.

Dr.Asri juga perlu menyarankan supaya mufti Perak Ustaz Harussani untuk berundur kerana gagal memertabatkan islam dan org melayu di Perak. Sekiranya benar dakwaan dr.asri bahawa DSAI sudah tidak relevan, maka siapakah yang layak untuk menggantikannya?

Dr. Asri kemudiannya membidas sikap tidak berlapang dada penyokong DSAI kerana memberi response yg negatif terhdap saranannya. Siapa yang tidak berlapang dada? Penyakong DSAI ataupun dr.asri sendiri.

Dr.Asri sepatutnya menyarankan agar Mufti2 dimalaysia ini supaya berhenti / meletak jawatan memegang jawatan Mufti kerana gagal memertabatkan islam pada landasan yang sebenar.

Beliau perlu berjuang supaya mufti diletkkan di tempat yang dihormati oleh pemimpin / pemerintah Malaysia. hari ini mufti tidak ubah sepaerti iman besar di Amerika syarikat. Hanya diperlukan untuk hal-hal yang berkaitan dengan Puasa dan Hari raya sahaja.

Sepatutnya Dr.Asri menggunakan sikapnya yang neutral utk mempengaruhi pimpinan negara segera membanteras gejala sosial yang sangat parah seperti buang bayi, seks bebas , jenayah dikalangan muda mudi melayu islam dan banyak lagi kegiatan moral melibatkan melayu islam. Dr. Asri yang di'respek' oleh UMNO dan PAS boleh menggunakan peluang tersebut untuk sekurang2nya menasihati isteri2 / anak2 pemimpin UMNO dan Keadilan ( yg. beragama islam) supaya menutup aurat, mengajak mereka melakukan kebaikan dan menjauhi larangan agama dan sekira perlu menubuhkan NGO sendiri bagi tujuan tersebut.

Nasihat saya , Dr. Asri perlu berterus terang sekiranya mahu berpolitik, masuk saja gelanggang politik.




malangnya , Dr. asri lebih cenderung kepada politik,menghadiri program2 politik ,pentas2 politik termasuk dipentas PAS.

Apakah peranan mufti pada hari ini .

No comments:

Powered By Blogger

Anda adalah pelawat yang ke.....

;

King Of The KOPS

King Of The KOPS

About Me

Hanyalah Manusia Biasa.............

My Blog List

Selamat Datang - Trafik Tak Jem Hari Ini !!

Followers

Islamic Hijri Calendar