Wednesday, May 5, 2010

UMNO ..Dah la Bodoh..Celaka pulak Tu!!!!!

Keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar agar kes liwatnya tidak diteruskan, nampaknya dipandang enteng oleh institusi kehakiman di negara kita. Amat memalukan malah lebih mengelirukan bilamana Peguamcara Negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwa dalam kes tersebut mendakwa bahawa terdapat "empat calitan kapas" yang diambil menunjukkan wujudnya "air mani". Bagi menyokong dakwaan itu, beliau telah merujuk buku "Forensic Medicine for Lawyers" alam satu topik mengenai kesalahan homoseksual. Menurut beliau penemuan spermatozoa pada calitan kapas yang diambil dari kawasan lurah dubur ataupun mucosa dubur membuktikan tindakan liwat berlaku. Katanya lagi, kehadiran bahan pelinciran dan spesimen DNA dua lelaki dijumpai pada tiga daripada empat calitan kapas di dubur memperkuatkan lagi hujahnya bahawa penetrasi memang berlaku. "Ini yang apa pendakwaan cuba buktikan, kita akan panggil doktor bagi menjelaskan berhubung calitan kapas itu,” kata Yusof. Sementara Peguam pembela Karpal Singh sebelum itu berhujah bahawa tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur berkata tiada penemuan klinikal yang konklusif bagi membuktikan bahawa berlaku penetrasi di dubur. "Jika tidak ada kemasukkan, maka bagaimana ia boleh menjadi satu jenayah?” soal Karpal kepada pendakwa di mahkamah semalam. Ada banyak perkara yang amat memusykilkan kita ialah tentang dakwaan yang dibuat terhadap Anwar Ibrahim itu sendiri yang dilihat semakin bercelaru dan amat meragukan.

Dakwaan Seksyen 377B Yang Amat Mengelirukan

Melihat kepada dakwaan yang dibuat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu berdasarkan kepada Seksyen 377B, Kanun Keseksaan itu sendiri dilihat agak kabur dan boleh dipertikaikan sebenarnya. Apa tidaknya, Anwar didakwa atas kesalahan yang kononnya dilakukan secara sukarela tanpa paksaan atau dipanggil "consensual". Ini bermakna kesalahan yang berlaku melibatkan sekurang-kurangnya dua orang pesalah yang secara sesama boleh didakwa di Mahkamah. Di dalam jenayah-jenayah consensual atau dengan kerelaan, tidak ada victim atau mangsa yang terlibat. Hanyalah pesalah, seperti kes-kes rasuah di mana terdapat dua pihak bersalah, si pemberi dan si penerima. Oleh itu, sekiranya seseorang itu mengadu sebagai mangsa kesalahan tersebut, maka orang yang telah melakukan kesalahan ke atasnya haruslah didakwa mengikut Seksyen 377C dan bukan Seksyen 377B. Amatlah menghairankan sekiranya orang yang disuspek (Anwar) membuat kesalahan tersebut ke atas orang yang membuat aduan sebagai mangsa (Saiful) didakwa mengikut Seksyen 377B dan bukannya Seksyen 377C. Perbezaan di antara kedua-dua seksyen adalah seperti berikut :

•Seksyen 377B adalah kesalahan yang dilakukan secara sukerala tanpa paksaan, atau dipanggil consensual. Seksyen 377B: “Whoever voluntarily commits carnal intercourse against the order of nature shall be punished with imprisonment for a term which may extend to twenty years, and shall also be liable to whipping.“
•Seksyen 377C pula adalah kesalahan yang dilakukan tanpa keralaan, secara paksa atau dengan ugutan. Seksyen 377C “Whoever voluntarily commits carnal intercourse against the order of nature on another person without the consent, or against the will, of the other person, or by putting the other person in fear of death or hurt to the person or any other person, shall be punished with imprisonment for a term of not less than five years and not more than twenty years, and shall also be liable to whipping.“
Kekeliruan Bermula Ketika Saiful Lapor Ke Polis

Terkadang sebagai rakyat Malaysia, kita amat hairan dengan sikap "double standard" yang diamalkan di negara kita. Apa tidaknya, dalam mana-mana kes jenayah seperti liwat, rogol atau sebagainya sudah pasti "laporan perubatan hospital" akan menjadi bukti bahawa pengadu memang telah menjadi mangsa. Maknanya ketika pengadu membuat laporan polis, maka pihak polis akan mendapat "bukti klinikal" untuk menyokong laporan yang dibuat. Malah, pengadu atau mangsa akan dihantar untuk menjalani rawatan perubatan di mana-mana hospital yang berdekatan. Jika sah kes berlaku, barulah laporan tersebut akan diterima dan diambil tindakan. Maka, mana-mana suspek yang dikatakan terlibat mulalah dijejaki dan tangkapan dibuat untuk siasatan. Tahanan reman akan dilakukan terhadap suspek yang dinyatakan oleh mangsa berkenaan. Inilah lazimnya berlaku dalam kes jenayah seperti ini di negara kita selama ini. Tanyalah mana-mana pegawai polis atau mereka yang mahir dengan undang-undang jenayah seperti ini. Soalnya sekarang, kenapa dalam "kes liwat II" semua ini tidak berlaku malah dipersetankan oleh pihak berkenaan?. Apakah kerana namanya "Anwar Ibrahim"? Dan apakah kerana yang individu yang menjadi suspek itu adalah "musuh politik" kerajaan memerintah, maka prosedur sepatutnya berlaku diabaikan. Lihat sahaja apa yang terjadi kepada Saiful Bukhari Azlan. Pihak polis sepatutnya merujuk dulu kepada laporan perubatan hospital terbabit sebelum membuat tangkapan dan mendakwa Anwar. Ini tidak berlaku, hanya dengan "laporan mulut Saiful" maka pihak polis melakukan operasi yang cukup drastik, seolah-olah menjejaki penjenayah untuk menangkap Anwar. Bukankah Saiful telah berjumpa doktor sebelum membuat laporan polis. Kenapa, pegawai yang menerima laporan polis itu tidak merujuk pihak hospital bagi mengesahkan Saiful memang diliwat. Mungkin juga beliau membuat satu fitnah atas kepentingan tertentu. Tambahan pula Saiful dikatakan ada bertemu Najib Razak dan pegawai polis tertentu sebelum laporan dibuat.

Bukti DNA Air Mani, Diperlukan Bila Adanya Kes

Agak aneh dan menakjubkan, dakwan kes terhadap Anwar berdasarkan Seksyen 377B dibuat tanpa "bukti klinikal dan saintifik". Alasan pihak pendakwa terdapat bukti "4 calitan kapas air mani Anwar" yang dijumpai pada dubur Saiful. Soalnya sekarang, ketika mana calitan itu diambil dari dubur Saiful agaknya?. Apakah ketika beliau membuat laporan polis itu atau selepas itu. Dari manakah datangnya DNA air mani Anwar?. Malah, bukti itu sebenarnya hanya boleh digunakan sekiranya "ada kes yang berlaku", iaitu mangsa dibuktikan telah diliwat oleh Anwar secara saintifik oleh pihak hospital. Jika tiba-tiba DNA digunakan untuk mensabitkan kesalahan seseorang dalam kes jenayah seperti ini, maka mudah benar undang-undang di Malaysia dilaksanakan. Sepatutnya, bukti klinikal dulu diperlukan dan kiranya Anwar masih tidak mengaku di mahkamah selepas bukti klinikal itu digunakan maka barulah DNA air mani beliau boleh digunakan bagi menyokong hujjah pendakwa. Bukankah ini mengelirukan rakyat bahkan pengamal undang-undang seantero dunia. Ini kerana bukti seperti itu boleh sahaja diada-adakan oleh pihak pendakwa melalui berbagai cara. Amat malang bagi seseorang individu apabila DNA digunakan terlebih dahulu sebelum pertikaian berlakunya kes itu masih diragui. Jika tiada kes dan tidak berlaku tusukan, bagaimana DNA air mani boleh berada di dubur Saiful?. Inilah yang amat meragukan kita sebagai rakyat. Kenapa dalam kes yang melibatkan orang lain, DNA air mani tidak digunakan terlebih dahulu sebaliknya "laporan perubatan hospital" dirujuk sebagai bukti "adanya kes". Oleh itu, sudah tentu keputusan Mahkamah Persekutuan membenarkan juga kes Anwar diteruskan sebenarnya masih lagi "khilaf" dan membuktikan kepada kita wujudnya satu lagi "teori konspirasi terancang dalam kes liwat II" ini.

No comments:

Powered By Blogger

Anda adalah pelawat yang ke.....

;

King Of The KOPS

King Of The KOPS

About Me

Hanyalah Manusia Biasa.............

My Blog List

Selamat Datang - Trafik Tak Jem Hari Ini !!

Followers

Islamic Hijri Calendar