Jurublog telah mengambil sedikit masa memantau sebelum memberi komen tentang perjanjian terbaru Malaysia-Singapura untuk memajukan tanah KTM sepanjang landasan keretapi Tanjung Pagar. Jurublog sendiri merasa kecewa kerana rasanya ada peluang lain yang sepatutnya dipertimbangkan, seperti:
Perobohan Tambah Johor digantikan dengan sebuah jambatan baru yang membenarkan perairan Selat Teberau kembali lancar untuk pergerakan kapal serta pemulihan alam sekitar pesisir selat. Panambahan landasan MRT/LRT/Keretapi masih boleh dimajukan dengan jambatan baru tersebut.
Kemungkinan mengembangkan atau meningkatkan fungsi landasan ke Tanjung Pagar untuk membawa kargo barangan untuk kemudian diekspot melalui pelabuhan Singapura. Kedudukan Tanjung Pagar sekarang sebenarnya lebih strategik untuk merealisasikan cadangan ini.
Timbal-balas pelaburan di Tanjung Pagar dan Iskandar Malaysia oleh Singapura rasanya tidak sepadan dengan nilai penyerahan tanah KTM mahupun kerugian berterusan dari adanya Tambak Johor yang kekal menghalang penyambungan semula perairan antara pelabuhan Pasir Gudang dan Tanjung Pelepas. Malaysia seharusnya menuntut ekuiti bukan sahaja di JV tetapi GLC Singapura yang bakal memajukan tanah KTM tersebut juga.
Yang di atas tidaklah menidakkan nilai yang dicapai oleh Malaysia dari segi kewangannya tetap setimpal, malah lumayan seperti diperjelaskan oleh blogger Op Ed. Cuma rasanya nilai strategik yang dapat dicapai oleh pihak Malaysia tidak dilunaskan secara penuh melalui perjanjian yang dimetrai ini. Pada jurublog, ini bukan soal nilai tanah perlu dibayar tetapi juga nilai strategik dari pemilikannya oleh Malaysia yang harus diambil peluang.
Namun pendapat yang lebih berunsur ilmu ekonomi jurublog bukanlah apa yang difikirkan rakyat pada masa ini! Yang difikirkan rakyat adalah, wajarkah kerajaan BN berunding tentang pemberian tanah milik negara apabila skandal Brunei-Limbang di mana persempadanan Malaysia digadai-murah dengan sewenang-wenangnya masih belum ditangani? Keyakinan rakyat sudah terlalu digoncang skandal tersebut sejurus selepas kehilangan Pulau Batu Putih tempohari.
Malah, pol yang dijalankan oleh jurublog menunjukkan kehendak 82% pengundi supaya isu skandal Brunei-Limbang ditangani dengan lebih telus, tak kiralah siapa yang bakal tertuduh, walau Menteri sekalipun. Pada hemah jurublog, apa-apa juga usaha kerajaan berhubung tanah, persempadanan atau mana-mana harta negara dengan mana-mana pihak asing akan disangsi selagi skandal Brunei-Limbang tidak disiasat melalui Suruhanjaya DiRaja.
Menarik lagi, rakyat Malaysia, khususnya yang di Johor akan dapat mengajukan isu perjanjian Tanjung Pagar dengan Singapura ini kepada Tun Dr Mahathir pada pagi 29 Mei di Hotel M-Suite, Johor Bharu. Majlis anjuran Kelab Veteran MAYC tersebut akan dihadiri juga Menteri Besar Johor dan pasti mengundang soalan tentang isu ini. Majlis terbuka ini mengundang kedatangan sesiapa yang berminat berinteraksi dengan Tun Dr M, terutama sekali penggerak NGO.
Apakah rasanya pendapat Tun Dr M nanti? Adakah Rakyat akan disyorkan menerima perjanjian ini, atau mungkinkah maklum-balas beliau bakal menimbulkan lebih banyak sangsi? Wallahualam
‘You betrayed us’: how UK farmers swiftly turned on Labour over inheritance
tax plans
-
Despite winning a swathe of rural seats, the government’s budget has caused
a rupture with the farming community, who have vowed to ‘fight their corner’
...
56 minutes ago
No comments:
Post a Comment