Saturday, November 14, 2009

Tips Berlari Di tempat Curam

Agak lama saya tidak menulis tentang rekreasi dan kegiatan luar. Apa pun saya suka untuk kungsikan beberapa teknik untuk berlari di tempat yang curam dengan selamat. Ramai orang mahukan kepantasan. Pantas berjalan, cepat sampai. Maka waktu rehat pun akan menjadi lebih lama dari orang lain.

Dalam kegiatan rekreasi dan mendaki, perkara yang amat penting adalah keselamatan. Biasanya bila menuruni bukit atau cerun kita akan terbawa mengikut rentak atau momentum badan, momentum pula akan ditentukan oleh berat badan dan beban, kecuraman cerun dan kepantasan bergerak. Kalau kita gagal untuk mengimbangi badan dengan momentum kita boleh jatuh atau tercedera. Kalau cerun atau lurah yang dalam, kita boleh menemui maut sebagaimana yang telah berlaku kepada dua orang Doktor Pakar di Bukit Tabuh/Tabur sebelum ini.

Ada beberapa perkara yang perlu diutamakan untuk perimbangan badan di lokasi seperti ini. Pertamanya kasut. Kasut mestilah yang ringan dan mempunyai permukaan tapak yang mencengkam dan agak lembut. Yang keduanya adalah teknik pergerakan badan. Ketika di dalam keadaan berlari atau berjalan laju menuruni cerun badan hendaklah sedikit bongkok dengan lutut di bengkokkan sesuaikan dengan darjah kecerunan. Kedudukan begini akan merendahkan pusat graviti dan memantapkan perimbangan badan. Kalau terjatuh pun ketika kita di dalam kedudukan sebegini, impaknya tidaklah teruk. Kedudukan betis hendaklah tegap dengan buku lali dan tapak kaki yang fleksibel mengikut keadaan permukaan tanah.

Ketika memijak akar atau batu, hendaklah memijak dengan melintangkan kaki supaya tidak tergelincir. Elakkan dari memijak di atas daunan yang gugur. Daun yang gugur dan basah sememangnya licin. Sambil berlari turun, pandangan dan perhatian mata serta fikiran mestilah tajam dan tumpukan 100 peratus terhadap trek, persekitaran dan tanah tempat di mana kita akan akan meletakkan kaki. Mesti bersedia untuk menghadapi kemungkinan tergelincir atau tersalah pijak. Lembutkan pergerakan sendi buku lali untuk mengelak dari terseliuh sekiranya tersalah pijak. Kaki hendaklah diletakkan secara mendatar dan lembut. Jangan dihentak. Hentakan akan memudaratkan tulang rawan lutut dan buku lali.

Berlari untuk mendaki pula hendaklah dengan langkah yang pendek dan memijak pada tapak yang teguh. Gunakan akar atau pokok kecil untuk berpaut menolong meringankan beban memanjat. Dengan langkah yang pendek akan meringankan beban pada kaki, lutut dan sendi. Langkah yang pendek juga akan menjimatkan tenaga.


Posted by mountdweller at 11:00 AM

No comments:

Powered By Blogger

Anda adalah pelawat yang ke.....

;

King Of The KOPS

King Of The KOPS

About Me

Hanyalah Manusia Biasa.............

My Blog List

Selamat Datang - Trafik Tak Jem Hari Ini !!

Followers

Islamic Hijri Calendar