Thursday, November 26, 2009

RAYA HARI JUMAAT, KENAPA KORBAN HARI SABTU ?

Di petik dari blog perakexpress:



Nov 26th, 2009 | By Admin | Category: DAP Melayu, utama



Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hariraya Haji pada hari Jumaat ini, 1 Dzulhijjah 1430 bersamaan dengan 27 November 2009. Walapun hariraya jatuh pada hari Jumaat, banyak masjid dan surau yang melaksanakan ibadah korban akan melakukannya pada keesokan hari, yakni hari Sabtu.

Tempoh melakukan ibadah korban seperti yang disyariatkan ialah bermula selepas Solat E’id dan berakhir apabila terbenam matahari pada hari Tasyriq. Berdasarkan sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

“Artinya:Barangsiapa menyembelih sebelum solat hendaklah menyembelih sekali lagi sebagai gantinya, dan siapa yang belum menyembelih hingga kami selesai solat maka menyembelihlah dengan bismillah”. (Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim)

Juga hadits Jubair bin Mut’im dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, bersabda:

“Artinya: Pada setiap hari-hari tasyriq ada sembelihan”. (Dikeluarkan Imam Ahmad dan Ibnu Hibban dalam shahihnya dan Al-Baihaqi. Dan terdapat jalan lain yang menguatkan antara satu dengan riwayat yang lainnya.)

Di dalam Al-Muwatha’ dari Ibnu Umar:

“Artinya : Al-Adha (berkorban) dua hari setelah dari Adha.

Demikian pula dari Ali bin Abi Thalib. Dan ini pendapat Al-Hanafiah dan mazhab Syafi’iyah bahawa akhir waktunya sampai terbenam matahari dari akhir hari-hari tasyriq.

Dalam konteks ibadah korban tahun ini, sembelihan korban boleh dibuat selepas Solat E’id pada hari Jumaat dan berakhir apabila terbenam matahari hari Isnin. Tetapi kebanyakan masjid dan surau melakukannya pada hari Sabtu. Kenapa?

Bila ditanya kepada beberapa pihak yang menguruskan ibadah korban, jawapan yang diberikan seperti berikut ;

Golongan pertama mengatakan kami mengadakan ibadah korban hari Sabtu kerana hari Jumaat orang sibuk hendak ziarah menziarahi berhariraya. Lagipun ibadah korban tidak semestinya dibuat pada hariraya, kerana boleh dibuat juga pada-pada Tasyriq iaitu 11, 12 dan 13 Dzulhijjah.

Golongan kedua pula mengatakan kami mengadakan ibadah korban hari Sabtu kerana hari Jumaat begitu suntuk masa. Sudahlah pagi pergi solat hariraya, tengahari nak kena pergi solat Jumaat pula. Sebab itulah kami sembelih korban hari Sabtu.

Kedua-dua jawapan diatas ada asasnya kenapa sembelihan dibuat pada hari Sabtu, namun jawapan golongan pertama lebih menepati hadits-hadits yang dinyatakan di atas. Golongan kedua pula mungkin belum menemui hadits-hadits tentang rukhsah atau kelonggaran sekiranya bertemu dua hariraya, iaitu hariraya jatuh pada hari Jumaat.

Telah meriwayatkan Abu Dawud (1070), An Nasa-i (3/194), Ibnu Majah (1310), Ibnu Khuzaimah (1464), Ad Darimi (1620) dan Ahmad (4/372) dari Iyas bin Abi Ramlah Asy Syami ia berkata:

Aku menyaksikan Mu’awiyah bin Abi Sufyan bertanya kepada Zaid bin Arqam, ia berkata, Apakah engkau pernah menyaksikan bersama SAW apabila bertemunya dua hari raya pada satu hari? Zaid berkata, Ya. Mu’awiyah berkata, Lalu apa yang beliau lakukan? Zaid menjawab, Baginda solat Eid (hariraya) kemudian Baginda memberi keringanan untuk solat Jumaat, beliau bersabda ‘Siapa yang inginSsolat Jumaat maka solatlah’. (Imam Ali Ibnul Madini mensahihkan hadits ini sebagaimana dalam At Talkhisul Habir (2/94))

Abu Hurairah dan selainnya membawakan riwayat tentang hal ini dari Nabi SAW dan ini yang diamalkan para sahabat Radhiyallahu ‘anhum.

Abdurrazzaq meriwayatkan dalam Al Mushannaf (3/305) dan juga Ibnu Abi Syaibah dalam Al Mushannaf (2/187) dengan sanad yang sahih dari Ali Radhiyallahu ‘anhu, bahawasanya berkumpul dua hari raya pada satu hari, maka ia berkata:

“Siapa yang ingin menghadiri solat jumaat maka hadirilah dan siapa yang ingin duduk di rumah maka duduklah”.

Dalam shahih Bukhari (5251) disebutkan riwayat yang sama dengan ini dari Utsman Radhiyallahu ‘anhu. Dalam Sunan Abi Dawud (1072) dan Mushannaf Abdurrazzaq (5725) dengan sanad yang sahih dari Ibnu Zubair:

“Dua hari raya bertemu dalam satu hari, maka ia mengumpulkan keduanya bersama-sama dan menjadikannya satu. Ia solat E’id pada hari Jumat sebanyak dua rakaat pada pagi hari, kemudian ia tidak menambah solat hingga solat Asar”.

Asy-Syaukabi yang bermazhab Syafi’e berkata dalam Nailul Authar (3/348) mengikuti riwayat ini, zahir riwayat ini menunjukkan bahawa ia tidak mengerjakan solat Zuhur.

Dalam riwayat ini menunjukkan bahawa solat Jumaat jika gugur dengan sebab telah bersolat hariraya, maka tidak wajib bagi orang yang gugur darinya solat Jumaat untuk mengerjakan solat Zuhur. Kerana itu Atha’ berpendapat.

“Nampak bahawa orang-orang yang berkata demikian kerana Jumaat adalah pokok. Dan engkau tahu bahawa yang diwajibkan oleh Allah Ta’ala bagi hamba-hamba-Nya pada hari Jumat adalah solat Jumat, bukannya solat Zuhur. Maka mewajibkan solat Zuhur bagi siapa yang meninggalkan solat Jumaat kerana uzur atau tanpa uzur perlu kepada dalil, dan tidak ada dalil yang boleh dipegang dalam hal ini sepanjang yang aku ketahui”.

Berdasarkan petunjuk yang diajar oleh Rasulullah SAW, adalah lebih wajar umat Islam menerima rukhsah (kelonggaran) yang dianugerahkan itu. Sembelihan korban jika dibuat pada hari Jumaat, hariraya tampak lebih meriah suasana. Bilangan lembu korban yang banyak pula boleh disambung sembelihan pada hari-hari berikutnya.

Sebaik-baik petunjuk, ialah petunjuk Rasulullah SAW.

2 comments:

Unknown said...

kenapa nak buat hari sabtu, sedangkan hari raya korban hari jumaat. analisa konteks sekarang.
1. hari jumaat hari kelepasan am, sedangkan sabtu dah beekerja, ada diantara kita tak berkesempatan, nak turut serta kerana kerja..
2. hari raya korban tak sama seperti raya puasa, kalau lepas solat raya tak ada korban, dah macam tak ada apa.
3. kenapa amalan baik nak ditangguhkan kalau sempat hari tu teruskan aaja.
4. kelam kabut solat jumaat... boleh di sesuaikan, awalkan solat raya pendekkan khutbah, pkl 8 pg dah boleh start korban.takkan tak swmpat.

saya adalah seorang yg terpaksa kerja hari sabtu.....sedih...tak bleh ikut menyaksikan koban..

Unknown said...

kenapa nak buat hari sabtu, sedangkan hari raya korban hari jumaat. analisa konteks sekarang.
1. hari jumaat hari kelepasan am, sedangkan sabtu dah beekerja, ada diantara kita tak berkesempatan, nak turut serta kerana kerja..
2. hari raya korban tak sama seperti raya puasa, kalau lepas solat raya tak ada korban, dah macam tak ada apa.
3. kenapa amalan baik nak ditangguhkan kalau sempat hari tu teruskan aaja.
4. kelam kabut solat jumaat... boleh di sesuaikan, awalkan solat raya pendekkan khutbah, pkl 8 pg dah boleh start korban.takkan tak swmpat.

saya adalah seorang yg terpaksa kerja hari sabtu.....sedih...tak bleh ikut menyaksikan koban..

Powered By Blogger

Anda adalah pelawat yang ke.....

;

King Of The KOPS

King Of The KOPS

About Me

Hanyalah Manusia Biasa.............

My Blog List

Selamat Datang - Trafik Tak Jem Hari Ini !!

Followers

Islamic Hijri Calendar