Tuesday, September 8, 2009

Najib Nak Berbaik Dengan PAS!!! Sasau Ape!!!!!

DS Najib ketika hadir pada satu majlis di manek Urai kelantan semalam, mempelawa PAS utk berkerjasama tetapi dengan syarat jangan menghina UMNO.

Saya terfikir apakah golongan2 pemimpin umno ini ingat rakyat di bawah ini terlalu bodoh seperti ahli2 Umno cawangan seksyen 23, S.Alam serta Pekida Pewaris??

Umno ketika berkuasa dan ketika era pemerintahan Tun Mahathir telah menjadikan Kelantan khasnya tempat untuk membalas dendam. Hak rakyat kelantan yang majoritinya 99.99% adalah melayu dan beragama islam tidak ubah dijadikan seperti pelarian Palestin.Hinanya Pas ketika itu sehingga Ali Rustam tidak membenarkan anggota kerajaan negeri melaka melakukan lawatan ke kelantan.

Di dalam media massa digemburkan kelantan seolah-olah padang jarak padang terkukur seolah2 tiada pembangunan. Tetapi , usaha MB Kelantan TG Nik Aziz mengharungi halangan2 tersebut akhirnya membuahkan hasil .

Kelantan hari ini lebih maju dari terengganu yang pernah diperintah oleh penyamun yang bernama w.mokhtar , Idris Jusoh dan kini tokoh yang berjaya meroboh masjid Kg.Bujal , iaitu ahmad said.

Terengganu , yg pernah diperintah oleh PAS selama sepenggal turut menjadi mangsa. Rakyat negeri ini yang 99% melayu dan beragama islam telah dinafikan hak royalti minyak. Idris 'Natang' Jusoh bersama2 dengan koncu2nya berjaya meyakinkan Tun Mahathir agar Royalti minyak Terengganu tidak disalurkan kepada kerajaan negeri tetapi melalui kerajaan perskutuan. Akibatnya , hingga ke hari ini , royalti minyak yg. menjadi hak rakyat negeri terengganu masih lagi belum lagi dikembalikan.

Rakyat negeri yang 'hardcore' umno terutamanya golongan tua , dihasut agar menerima hakikat bahawa terengganu tidak berhak mendapat royalti minyak.Golongan ini yg. majoritinya yg. tidak bersekolah dan juga merupakan JKKKKK , telah disuap dengan wang ihsan. malah, kadang2, Ketua JKKK lebih berkuasa dari pegawai daerah.

No comments:

Powered By Blogger

Anda adalah pelawat yang ke.....

;

King Of The KOPS

King Of The KOPS

About Me

Hanyalah Manusia Biasa.............

My Blog List

Selamat Datang - Trafik Tak Jem Hari Ini !!

Followers

Islamic Hijri Calendar