Segala puja dan puji bagi Allah yang telah mengutuskan RasulNya dengan membawa petunjuk dan cara hidup yang benar untuk Dia mengatasi cara hidup-cara hidup keseluruhannya. Walau pun orang yang menyengutukan Allah itu membencinya. Amma ba’du.
Telah berfirman Allah di dalam kitabnya yang mulia, “Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan kepada kamu berpuasa sepertimana telah diwajibkan ke atas mereka yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa….”
Apakah dia taqwa…
Telah berfirman Allah SWT, “Wahai sekelian manusia, sesungguhnya telah kami jadikan kamu daripada laki-laki dan wanita dan telah Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak, untuk kamu saling berkenalan antara kamu. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa diantara kamua.”
Bukanlah bangsa seseorang yang menyebabkan seseorang itu mulia tetapi ukurannya ialah taqwa.
Apakah sebenarnya dia taqwa itu?
Allah berfirman lagi, “Wahai keturunan Adam, sesungguhnya Kami beri kepada kamu pakaian untuk menutup kemaluan kamu dan menjadi perhiasan kamu. Dan pakaian taqwa itu adalah sebaik-baiknya. Demikianlah daripada tanda-tanda kekuasaan Allah mudah-mudahan kamu berfikir.”
Apakah dia taqwa itu yang selalu ditekankan oleh Allah?
Allah berfirman lagi, “Jikalau sebenar-benarnya ahli sesebuah kampong itu beriman dan bertaqwa, nescaya Kami bukakan keatas mereka barakah dari langit dan bumi…”
Apa tak percaya ke? Jadi apakah dia taqwa itu?
Berfirman Allah lagi mengenai taqwa, “Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, dijadikan baginya jalan-jalan keluar (dari sebarang masaalah) dan dikurniakan kepadanya rezki dari punca yang tidak disangka-sangkanya. Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya dicukupiNya (daripada sebarang kekurangan)…
Masih tidak yakin lagi?
firman Allah lagi, “Sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak rasa takut keatas mereka dan tidaklah mereka itu berdukacita. Mereka itu adalah orang-orang beriman dan adalah mereka itu bertaqwa ..”
Apakah dia taqwa itu? Taqwa ialah mengerjakan apa yang diperintah oleh Allah dan meninggalkan apa yang ditegah olehNiya. Mudah bukan? Perintah Allah bukannya banyak tetapi adalah mengikut kemampuan manusia, yakni memang boleh dilakukan oleh manusia. Begitu juga dengan larangan Allah, bukannya banyak dan sememangnya manusia sanggup meninggalkannya
Tetapi sayang, orang-orang yang bertaqwa dalam sesebuah negara itu, tidak termasuk dalam janji-janji Allah ini jika mereka mempunyai pemimpin yang fasik, yang melawan perintah Allah dan yang terus menerus mengadakan aktiviti-aktiviti kemaksiatan.
Tugas pertama kita ialah menjadikan diri kita ini seorang yang bertaqwa, kemudian kita usahakan terhadap orang yang paling dekat dengan kita, kemudian kita sama-sama tentukan agar orang-orang fasik tidak diberi tempat untuk menentukan perjalanan hidup penghuni sesebuah negeri..
Sekian, semoga Allah memberi taufik dan hidayahNya kepada kita semua.
California man jailed for life over hate-crime murder of teenage
ex-classmate
-
Samuel Woodward, 27, sentenced to life without parole over stabbing of
Blaze Bernstein, who was gay and Jewish
A California man convicted of stabbing to ...
1 hour ago
No comments:
Post a Comment