Dipetik Dari Siasah :-
KOTA BHARU, 13 Julai: Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyeru semua bakal pengundi N41 Dewan Undangan Negeri Manek Urai turun awal untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam pilihan raya kecil Dun berkenaan esok, 14 Jun.
Beliau juga turut mengingatkan bakal pengundi khususnya menunaikan solat sunat dua rakaat di rumah masing-masing sebelum turun untuk membuang undi .
Beliau berkata demikian dalam sidang medianya hari ini. Lagipun, tambahnya mengundi seumpama menunaikan amalan fardhu yang lain seperti solat, puasa bulan Ramadan yang dilakukan hanya untuk Allah.
“Allah telah menetapkan dunia ini Dia yang punya, oleh yang demikian apabila kita ingin membuang undi, ianya hendaklah selaras dengan kehendak Allah SWT.
“Kalau rakyat Kelantan membuat rumah di tepi jalan, itu bererti setinggan, kita kena roboh, kalau orang luar negara datang buat pembangunan juga kena roboh sebab setinggan,”ujarnya lagi.
Katanya, manusia ini adalah hamba Allah yang tidak boleh melakukan perkara lain mengikut landasanNya di mana akhirnya ada balasan syurga dan neraka.
Menurutnya, sekiranya perkara itu dilakukan juga dengan menolak hukum Islam, dengan mengambil hanya soal demokrasi semata-mata, tetap menjadi setinggan.
“Kerana itu saya ingatkan kepada semua rakyat Kelantan tidak kira sama ada orang Umno atau PAS, mesti keluar mengundi esok.
“Sudah banyak contoh yang kita buat di Kelantan ini telah dapat diterima oleh rakyat pelbagai peringkat peringkat dan bangsa sama ada Melayu, India, Cina dan sebagainya alhamdulillah,”ujarnya lagi.
Menurutnya, tidak kira bangsa apa sekalipun, sama ada Arab, Melayu, India dan Cina akan menjadi ‘setinggan’ sekiranya melakukan sesuatu di luar kehendak Islam.
Beliau juga berharap keharmonian akan berlaku sepanjang proses pilihan raya esok.
Bagaimanapun, tambahnya sesuatu di luar jangkaan kadang-kadang boleh berlaku apabila ‘diganggu’ oleh pihak-pihak tertentu yang sengaja ingin menjadikan suasana agak tegang.
Beliau bagaimanapun tidak menolak perubahan masyarakat dalam menangani politik di negara ini telah jauh berubah berbanding zaman 50-an atau 60 an dahulu.
“Kalau dahulu bendera PAS khususnya dibakar oleh mereka yang tidak bertanggungjawab,”ujarnya lagi.
Sehubungan itu, beliau turut menyeru bakal-bakal pengundi di luar Kelantan diseru pulang untuk menunaikan tanggungjawab yang penting itu.
No comments:
Post a Comment