Monday, March 23, 2009

Umno Di Felda ...Peneroka Tak kenang Budi???

Pergilah berjumpa mana-mana orang UMNO dalam rancangan Felda. Apabila ada aje tuntutan yangmembabitkan tidak puas hati peneroka terhadap Felda dan Kerajaan, maka mereka mempunyai persoalan yang standard.

"Mereka tu tak tahu mengenang budi, tak tahu bersyukur. Kerajaan dah beri macam-macam, masih tak puas hati, kalau tak suka kepada rancangan Felda, keluar saja dari rancangan!"

Orang UMNO ni sama saja, baik Menteri, Exco, Wakil Rakyat, Ketua Cawangan atau ahli-ahli biasa. Pemikiran mereka macam katak bawah tempurung, otak tak ada oxygen agaknya, bengap, dan tersumbat!

Mari kita lihat perjalanan seseorang peneroka Felda. Mereka menjadi peneroka dengan syarat mereka menjadi ahli UMNO. Maka yang tidak menjadi ahli UMNO tergesa-gesa mengisi borang UMNO.
Apabila masuk mereka diberikan 10 ekar tanah ladang, 1/4 ekar tanah kampong dan sebuah rumah kayu. Ini free ke? Ini tidak free.

Peneroka kena bayar hutang selama 25 tahun. Dalam masa berhutang itu, peneroka kena bayar semua perkara didalam rancangan Felda itu, buat jalan tertanggung kepada peneroka, maintain jalan pertanian, peneroka kena bayar, buat masjid peneroka kena bayar, CAC iaitu cukai yang disatukan peneroka kena bayar, ladang -- peneroka kena bayar, rumah -- peneroka kena bayar, kadang-kadang yuran ahli UMNO, peneroka kena bayar samada suka atau tidak, baja -- peneroka kena bayar, racun -- peneroka kena bayar, masuk elektrik -- peneroka kena bayar, masuk air -- peneroka kena bayar, dan bila dibandingkan dengan pemilik-pemilik tanah di luar rancangan Felda, peneroka kena bayar semua aktiviti didalam rancangan Felda, termasklah untuk tanam semula (pekebun kecil dikampung-kampung dapat peruntukan tanam semula, tapi peneroka Felda kena bayar sendiri).

Bila nak keluarkan geran, peneroka kena bayar premium dan kena bayar cukai, sedangkan Felda sudah kutip CAC berjumlah hampir RM6000.00.

Ertinya peneroka Felda telah dibebankan dengan semua perkara yang sesetengahnya kalau diluar rancangan Felda lazimnya dibiayai oleh Kerajaan.

Kerajaan sangat untung dengan adanya Felda dan kesanggupan peneroka menerima apa saja yang dibebankan terhadap mereka. Kotor cakap "kerja malam" pegawai Felda tu pun dibayar oleh peneroka.

Hasil dari rancangan Felda mendatangkan pendapatan besar kepada Negara, export getah dan sawit.

Peneroka kadang-kadang mendapat raw deal. Buah sawit yang mengkal, buah sawit yang tangkainya panjang, buah sawit muda yang dihantar ke kilang Felda diasingkan dan tidak ditimbang sama (tak dikiralah, maknanya), tapi setelah dibuang yang tak dikira itu, perahan tak pernah melebihi 19%. Sepatutnya perahan bagi buah-buah yang baik adalah 21%-22%.

Ertinya peneroka sentiasa rugi 2 hingga 3%, lebih kurang RM100 setiap kali penghantaran. Kiralah, berapa ratus ribu peneroka setiap bulan kehilangan 2-3% tu?
Disamping itu buah yang tak dikira tu pulak, dicampur dengan timbangan buah baik, dan Felda tidak pernah mengambalikan timbangan tambahan itu.

Siapa yang kebas timbangan tambahan tu?
Peneroka-peneroka UMNO, bersikap cerdiklah sikit, apa yang diperjuangkan oleh ANAK adalah untuk kepentingan peneroka seluruhnya. ANAK ada Persatuan dari kalangan Generasi Kedua dan Ketiga Peneroka-Peneroka Felda.

Mereka itu orang terpelajar. Mereka mahu berbakti kepada ibu-bapa mereka, kepada masyarakt peneroka.

Aku pernah perjuangkan nasib peneroka-peneroka Felda di tahun-tahun 80-an dulu, berjuang untuk mendapatkan Hakmilik (Geran Tanah) Secara Individu kepada Peneroka-Peneroka. Yang menentang aku pada waktu itu adalah orang UMNO, mereka tidak mahu hakmilik individu ni. Mereka mahu tanah mereka berkongsi seramai 20 orang dibawah satu geran diatas nama Koperasi.

Felda menentang aku, Peneroka UMNO menentang aku, pimpinan UMNO menentang aku. Tapi dengan perjuangan gigih peneroka-peneroka dengan tidak kurang beribu orang dari mereka dipecat dari rancangan Felda, akhirnya perjuangan itu berjaya, maka dapatlah peneroka-peneroka itu memiliki tanah ladang mereka secara geran individu.

Aku juga perjuangkan isu perwarisan dikalangan peneroka Felda, kerana banyak kes terjadi apabila peneroka itu meninggal dunia, maka hanya seorang waris saja yang dapat, biasanya isteri kepada peneroka. Isteri peneroka itu yang berkahwin baru dan isteri itu meninggal dunia, maka suami baru itu yang menjadi waris. Tak kah itu kerja gila, madu kepada suami (yg meninggal menjadi perwaris).

Tetpi semua usaha aku itu ditentang oleh UMNO, oleh Cawangan UMNO dan pimpinan UMNO. Sekarang pun UMNO yang bengap itu juga yang menentang tindakan ANAK yang mahu membela nasib peneroka-peneroka Felda.

Oi, banyak sangat lagi isu-isu. Ini Technoplant, tengoklah tanah-tanah yang dimajukan oleh anak syarikat Felda ni, banyak yang ditanam dan tidak dijaga dengan baik. Semua mereka itu serah kepada Kontraktor yang menjadi kroni pemimpin-pemimpin UMNO. Mereka dapat untung, peneroka tanggung beban.

Cerita lagi baru! Semua peneroka sekarang kena ambil resit dari Felda sebelum hantar buah ke Kilang Felda. Apabila ambil resit Felda, 20% dari pendapatan peneroka ditahan oleh Felda, maka kalau pada hantaran itu peneroka berpendapatan RM2000.00 maka RM400.00 ditahan oleh Felda. Felda tidak telus, dia buat apa dengan tahanan 20% tu. Bayangkan juta ratus juta ditahan oleh Felda tanpa perganggungjawaban. Kalau Felda invest, kenapa peneroka tak dapat keuntungannya.

Peneroka-peneroka dah tak dapat nak jual kepada Kilang swasta. Dikilang swasta, harga sawit peneroka diambil lebih tinggi, dan duit dibayar terus.
Ramai pulak pemegang-pemegang Lesen MPOB, kebanyakannya dipegang oleh Koperasi-Koperasi Peneroka sendiri. Mereka ada timbangan sendiri, tetapi diatas tekanan Felda, Lesen-Lesen mereka dibatalkan.

Banyaklah koperasi-koperasi peneroka ini akan lingkup, tidak ada sumber pendapatan lagi. Sesetengah koperasi itu menjalan khidmat bas dengan tambang murah kepada anak-anak peneroka untuk kesekolah yang kadang-kadang terletak di rancangan Felda yang jauh dari rancangan mereka. Mereka beri perkhimatan dengan bantuan tambang murah kerana mereka dapat keuntungan dari pembelian/timbangan buah sawit peneroka-peneroka. Kini koperasi seperti itu menghadapi masa depan yang gelap, dan anak-anak peneroka terpaksa membayar bayaran tinggi untuk pengangkutan ke sekolah.
Salah siapa? Salah UMNO dan Felda. Kes macam ni, tak boleh ke ANAK memperjuangkannya. Nak tunggu ahli-ahli UMNO, pemimpin-pemimpin UMNO, Menteri-Menteri UMNO tolong, macam nak tunggu emas jatuh dari langit.

Sekarang, wahai ahli-ahli UMNO, hang bengap lagi ke? Berjuang untuk diri sendiri pun hang kata tak kenang budi, tak bersyukur. Jangan jadi bodoh macam lembu!

Posted by Suhaimi Said at 1:54 PM

No comments:

Powered By Blogger

Anda adalah pelawat yang ke.....

;

King Of The KOPS

King Of The KOPS

About Me

Hanyalah Manusia Biasa.............

Blog Archive

My Blog List

Selamat Datang - Trafik Tak Jem Hari Ini !!

Followers

Islamic Hijri Calendar