Thursday, March 12, 2009

Sikap Pemaaf Amat Di tuntut Dalam Islam

Suatu hari para sahabat melihat Rasulullah s.a.w duduk sambil tertawa dengan gembira sekali. Saidina Umar r.a pun bertanya, " Mengapa ?"
Rasulullah menjawab, "Ada 2 orang umatku yang memperhitungkan hak-haknya .
Yang seorang berkata: "Berikanlah haknya yang telah engkau zalimi itu!"
Maka berkatalah yang dituntut itu dengan kesedihan: "Ya ALLAH, wahai Tuhanku ! Sesungguhnya kebaikanku telahpun habis semuanya , maka tiadalah lagi yang dapat aku berikan kepada saudara ini."

Maka lantas dijawab oleh orang yang menuntut itu, "Oleh itu maka orang ini mesti mengambil segala dosaku sebagai gantinya!,"

Tatkala itu kelihatan Rasulullah s.a.w mengalirkan air mata nya menahan kesedihan yang menimpa nasib orang yang dituntut itu, lalu meneruskan sabdanya: "Kemudian ALLAH S.W.T berfirman kepada orang yang menuntut itu, "Angkatlah kepalamu dan lihatlah syurga, "Apabila dilihat oleh si penuntut itu atas syurga yang penuh di dalamnya kota-kota yang berlantaikan perak dan gedung-gedung indah yang diperbuat daripada emas bertahtakan perak, intan , permata yang elok-elok. "Apakah itu semua untuk nabi-nabi atau apakah untuk orang yang syahid?"

Maka dijawab ALLAH S.W.T: "Itu untuk sesiapa sahaja yang sanggup membayarnya !"

Maka kata si penuntut, "Ya ALLAH ! Siapakah yang memiliki harta yang banyak untuk membeli syurga yang amat hebat itu?"

Maka dijawab ALLAH S.W.T, "Engkau pun dapat membayarnya. Iaitu dengan mengampuni saudara yang telah menzalimimu. "

Maka kata si penuntut itu: "Kalau begitu aku sanggup mengampuni dosanya terhadapku!"

Firman ALLAH S.W.T: "Pimpinlah tangan saudaramu bersama-sama kedalam syurga itu". Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: "Maka berbuat baiklah kepada saudara mu sesama muslim".

No comments:

Powered By Blogger

Anda adalah pelawat yang ke.....

;

King Of The KOPS

King Of The KOPS

About Me

Hanyalah Manusia Biasa.............

Blog Archive

My Blog List

Selamat Datang - Trafik Tak Jem Hari Ini !!

Followers

Islamic Hijri Calendar