Friday, November 5, 2010

PRK BATU SAPI & GALAS-KEMENANGAN YANG MEMBAWA REBAH

Keputusan rasmi Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi Sabah akhirnya sah milik BN, bila berjaya mempertahankan kerusi tersebut apabila calonnya Datin Linda Tsen Thau Lin (foto), menang dengan majoriti 6,359 undi pada pilihan raya kecil kawasan itu hari ini. Linda yang bertanding di kerusi yang dikosongkan mendiang suaminya Datuk Edmond Chong memperoleh 9,773 undi mengatasi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ansari Abdullah dan calon Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee. Ansari memperoleh 3,414 undi manakala Teck Lee pula memperoleh 2,031 undi sementara undi rosak adalah sebanayk 372.

DUN Galas, Calon BN Menang Majoriti 1,069 Undi

Sementara itu keputusan rasmi bagi Pilihanraya Kecil DUN Galas Kelantan pula turut menyaksikan calon BN berjaya merampas semula kerusi tersebut. Calon BN, Mohd Aziz Yusof (foto), menang menewaskan calon PAS, Dr.Zulkifli Mohamed dengan majoriti 1,190 undi. Calon BN itu mendapat 5,324 undi manakala calon PAS hanya memperolehi 4,134 undi. Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya, Che Hashim Sulaima (Pas) akibat kanser usus, akhir September lalu. Pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu, Che Hashim tewaskan calon BN, Mohamad Saufi Deraman dengan majoriti sebanyak 646 undi.

[Keputusan rasmi telah dikeluarkan. Biar pun ada bukti banyak penyelewengan yang berlaku dalam dua pilihanraya ini, namun kenyataan haruslah diterima sekarang bahawa BN mampu lakukan apsa sahaja untuk mengembalikan imej dan maruah mereka. Kemenangan di dua pilihanraya tersebut sebenarnya bukanlah petanda jelas yang rakyat sudah boleh menerima dasar-dasar kerajaan itu. Sebaliknya kemenangan ini jelas sekali membuktikan yang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih gagal melaksanakan pilihanraya yang telus dan adil untuk dinikmati oleh seluruh rakyat dalam negara demokrasi seperti Malaysia ini sebenarnya. Apapun, tahniah kepada calon BN yang menang dan buat yang kalah lakukan sesuatu untuk teruskan perjuangan sebenar dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang ini

No comments:

Powered By Blogger

Anda adalah pelawat yang ke.....

;

King Of The KOPS

King Of The KOPS

About Me

Hanyalah Manusia Biasa.............

My Blog List

Selamat Datang - Trafik Tak Jem Hari Ini !!

Followers

Islamic Hijri Calendar