Friday, June 19, 2009

Isu Kerajaan Perpaduan- PAS UMNO

Semenjak berakhirnya muktamar PAS yang lalu , isu kerajaan perpaduan Pas-Umno kembali menjadi isu hangat terutamanya kepada pengikut akar umbi Pas. Idea penubuhan ini kembali dibualkan setelah Presiden Pas sendiri ingin merealisasikan impian tersebut bersama - sama dengan Timbalan Presiden yang baru dilantik dan beberapa orang prmimpin PAS yang senior lain.

Namun, tiba-tiba ia meledak bagaikan bom apabila TGNA mencadangkan agar tim.Presiden Pas segera tinggalkan parti itu dan segera masuk UMNO apabila timbalan pas itu menyambut baik ulasan Presiden Umno yang mahu perbincagan lebih lanjut tentang idea kerajaan perpaduan Umno - Pas.

Bagi saya , Presiden Pas , Timbalan presiden , mustafa Ali serta pemimpin senior yang lain yang bersetuju akan idea ini secara sedar ataupun tidak telah kembali menyuntik semangat UMNO untuk kembali berpengaruh setelah imejnya terhakis teruk selepas PRU ke 12 2008.

Saya tidak faham akan keperluan kerajaan perpaduan antara Pas-Umno sedangkan PAS telah 'menikmati' akibatnya bebrapa dekad dahulu akibat bergabung dengan BN.Kebiasaanya , kerajaan perpaduan diperlukan ketika negara menghadapi malapetaka ataupun menghadapi risiko utk berperang atau sebagainya dimana ianya memerlukan sokongan semua pihak utk menghadapi ancaman luar negara.

Tetapi , agak malang bagi kes ini, Pas yang telah terbukti kuat dengan dapat mempengaruhi orang bukan islam dan bukan melayu menyokongnya , tiba-tiba mengambil jalan jauh kebelakang dengan idea utk bergabung dengan umno utk menubuhkan kerajaan perpaduan Pas-Umno.

Pada pendapat saya , inilah yang dikatakan sebagai Pemimpin yang lemah. Pemimpin yang lemah akan gagal mengemudi bahteranya kerana gagal membaca skrip politik yang tepat. Kemungkinan pemimpin Pas yang menyokong idea ini menghidapi penyakit sama seperti penyakit yang dihadapi oleh penyokong-penyokong hardcore umno iaitu , yang bagi makan , minum kepada mereka adalah umno, tanpa umno mereka mati.

Pemimpin UMNO telah melihat isu ini seperti 'Orang Mengantuk disorongkan bantal ' , kini begitu taksub dengan perpaduan melayu dan islam sambil memuji-muji presiden pas dan timbalanya. Presiden Pas ini dan timbalannya samada sedar ataupun tidak bahawa parti umno inilah yang telah menyiksa rakyat Terengganu dan Kelantan selepas Pilihanraya 1999 dengan menghentikan bayaran royalti minyak kerajaan Pas terengganu dan menyekat sebarang bentuk bantuan Kepada kerajaan Pas Kelantan.

Umno kini bersemangat menjaja isu perpaduan islam dan melayu dan mahu Pas melupakan sengkata lampau semata -mata ingin memujuk Pas agar menyegerakan idea penubuhan kerajaan Perpaduan Pas-Umno.Umno sedar , hanya dengan peluang ini ia akan dapat memecah belahkan Pas dan Pakatan Rakyat.

Selepas tamatnya PRU yang ke-11 pada tahun 2004 yang menyaksikan kerajaan Pas tumbang , saya yakin bahawa antara faktor tumbangnya kerajaan Pas pada waktu itu antaranya adalah disebabkan oleh kehadiran pengundi hantu yang mengundi. Namun pada hari ini saya yakin, tumbangnya kerajaan Pas Terengganu pada waktu itu adalah disebabkan kepimpinan Haji Hadi sangat lemah dan banyak keputusan dibuat adalah berlandaskan oleh nasihat orang kanan beliau iaitu Mustafa Ali.

Oleh itu , sekiranya Pas kekal dengan Pakatan Rakyat dan apabila ditakdirkan PR memerintah Malaysia , saya sangat berharap agar Perdana Menteri yang dilantik bukanya Haji hadi Awang. Bagi saya , isu Kerajaan Perpaduan Pas -Umno ini telah menunjukan kelemahan Haji Hadi sebagai pemimpin kerana beliau tidak boleh membuat keputusan. Ianya adalah sama dengan pemerintahan sekarang dimana Rosmah Mansur lebih berpengaruh daripada najib, manakala Mustafa Ali lebih berpengaruh dari Haji Hadi .

No comments:

Powered By Blogger

Anda adalah pelawat yang ke.....

;

King Of The KOPS

King Of The KOPS

About Me

Hanyalah Manusia Biasa.............

My Blog List

Selamat Datang - Trafik Tak Jem Hari Ini !!

Followers

Islamic Hijri Calendar